Lepak di Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah

mamapp
15

Semasa di Baling aritu mama dan family sempat Lepak di Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah. Sebenarnya dah lama nak ke sini sebab tengok rating dia boleh tahan tapi tak berkesempatan sebab kami selalu terkejar-kejar bila kat sana. Akhirnya ada juga masa untuk lepak dan makan di situ.


Lepak di Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah

Dari jalan besar nak masuk ke cafe ni pada mama agak mencabar. Sambil tu tertanya-tanya juga dalam hati betul ke ada cafe kat sini. Sebab laluannya sempit dan seperti dalam hutan dimana tiada rumah pun dipenjang jalan curam. Macam jalan nak naik cameron tapi berhutan. Akhirnya lega mama bila nampak ada kedai makan dan masa mama datang tu ramai juga yang sedang menjamu selera.

Baca juga


Setelah melalui hutan2, lega mama bila nampak ada kedai hihi


Menu Pilihan di Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah

Ini adalah menu yang kami order hari tu

Masa duduk mama ternampak meja sebelah tengah makan ais kepal warna warni. Terus mama teringin..


Warna warni sedap juga.. En hubby minum ABC dan anak mama teh o ais favorite dia

Chicken chop menu anak mama. Sedap tapi kuah dia sedikit pekat dan manis. Kalau kurangkan sikit manis mama rasa better.

Ramen meatball menu mama. Meatball dia sedap. Ramen tak pedas sgt.. mujur juga sebab mama terlupa mama ada ulser kat dalam mulut. Ramen ni pun kuah dia pekat. Kalau kurangkan sket rasa manis tentu lagi sedap.  Agaknya betul kawan mama cakap, tekak selangor ni mmg tak suka manis.. tak tau la sejauh mana kebenarannya. Eh lupa mama orang Johor haha..

Order meatball sebab chicken chop anak mama mcam tak cukup. Tu la order single chicken chop lagi. Ni kitaorg share2..

Mee kari en hubby. Ini sedap okey..

Seronok juga lepak sini. Memang sesuai dengan namanya. Kebetulan semasa kami makan tetiba hujan lebat sangat-sangat. saspen juga mama mengenangkan jalan nak balik nanti yg sempit dan curam.. Makanan kat sini semuanya nampak fusion dan ada menu of the day. Kalau tak silap mama hari tu ada asam pedas dan satu lagi menu. Air kosong free aje. Total kami bayar RM 45 termasuk tapau satu lagi meatball.

Ada juga jual kek RM 5 aje, boleh ambil sendiri di depan. Servis ok, makanan kena tunggu sikit tapi puas hati. Presentation makanan memang terbaik dan makanan disediakan sepenuh hati. Ntah mengapa mama rasakan yang owner ada pengalaman memasak di restoran atau hotel.


Order tulis sendiri ye


Senarai Menu dan Harga di Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah






Maklumat Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah

Borak-Borak Santai Cafe Baling Kedah

Alamat: Kampung Jenalik, 09100 Baling, Kedah

Waktu operasi: 10 am–7 pm (Jumaat tutup)



Tags

Post a Comment

15Comments

Words of wisdom

  1. Es nya warna warni cantik...kenyang juga makan full isian di piring.

    ReplyDelete
  2. mendamaikan ya makan dalam hutan, menu pun nampak menarik

    ReplyDelete
  3. Sedap nya, semua menu yang order tu lebih kurang selera kami.

    ReplyDelete
  4. Apa ni Mama, orang Baling sendiri pun tatau haha ...nampak sangat lama PH tak balik kampung hikhik

    ReplyDelete
  5. kalau saya pun cuak gak, mama..jalan nak kedainya lalu hutan..betul ke idak ada kedai kat situ..tapi bila dah sampai, berbaloi...nampak menu2 dia menarik..part ada yang rasa extra manis tu, kita sama taste..saya pun tak suka yang manis-manis sgt..rasa spoiled makanan tu...

    ReplyDelete
  6. meriah ABC diaaaaa
    tp mi kari tetap menggoda๐Ÿคญ

    ReplyDelete
  7. Unik juga tempatnya yaaa masuk hutan ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘. Tapi Skr ini memang ada banyak kafe atau resto yg buka di hutan, Krn mau bertemakan nature. Saya suka sih, apalagi di dalamnya terasa sejuk biasanya. Krn banyak pohon kan.

    Ini pun makanannya kliatann sedaap, trutama es kepal tuh nak coba rasanya ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  8. Harganya tak mahal mana, lokasi kedai pun nampak tenang je..kalau dekat ni mau pergi untuk cuba jugak

    ReplyDelete
  9. Kalau sedap memang berbaloi. Ais kepal tu menarik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!