Juadah Raya Paling Bahagia Syawal 1444h

Assalamualaikum semua. Pejam celik dah 17 Syawal kita harini. Mama sejak anak masuk asrama last week kurang ceria bila pergi beraya. Mungkin sebab dia tak sempat nak beraya di KL. So, bila pergi bertemu saudara mara di KL mama teringat anak mama. Sambil-sambil tu mama tengah mengumpul kekuatan nak hapuskan mood M mama utk update blog huhu.. Harini mama tetiba teringat tentang Juadah Raya Paling Bahagia Syawal 1444h. 

Kenapa pula juadah tu bahagia yek? Baca la sampai habis hihi..


Antara juadah hariraya mama di pagi raya.

Antara juadah raya mama ialah nasi impit, ketupat, lontong, kuah kacang, lodeh, daging dendeng, ayam rendang dan satay goreng daging. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap dan puas hati kami sekeluarga makan.

Yang membuatkan mama bahagia ialah mama tak perlu pun masak semua tu. Mama order aje tau haha.. Tu yang buat mama bahagia. Setelah bertahun2 mama masak lauk raya akhirnya buat pertama kali, tahun ini mama tak perlu masak. Mama terpaksa order sebab mama balik ke kampung sehari sebelum raya. Memang tak sempat nak masak memandangkan adik-adik mama pun tiada dan ada yg bekerja di malam raya. Mama minta adik di kampung survey siapa yang ada ambil order di Muar.

Alhamdulillah mama order dengan Linda yang memang menyediakan masakan raya dan juga ada katering. FIrst time order dengan dia saspen juga sebab tak tahu rasa masakan macam mana. Mama order untuk 20pax aje sebab kitaorg tak ramai pun dalam 7 orang aje. Awalnya mama order ayam rendang, daging dendeng dan kuah kacang. Tapi Linda beri mama FOC kuah lodeh dan beberapa biskut raya. Satay goreng pula adik mama yang masak. Nasi impit masak sendiri dan lemang beli aje. Alhamdulillah cukup lauk semuanya. Mama siap bawa separuh ke gathering di rumah makcik mama di hari raya pertama. RM300 untuk menu yang mama order rasanya sgt berpatutan kan.

Kalau nx year raya di Muar lagi mama nak order lagi la nanti hihi.. Badan tak penat, makanan pun sedap.Modal lebih kurang macam masak sendiri juga.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. dah masuk tengah2 syawal ni teringin pula tengok menu raya

    ReplyDelete
  2. mama dh repeat seminggu selepas raya afzan.. moh le raya lagi

    ReplyDelete
  3. ooo patut lah bahagia..haha..mmg bahagia sgt bila order je..bdn tak penat..hehe...

    ReplyDelete
  4. wahhh memang best ni...tak pe sekali sekala beli mknn utk beraya... yg penting semua happy

    ReplyDelete
  5. Ha ha...memang bahagia sgt kan... 😊

    ReplyDelete
  6. hahaha tertanya jugak menu mana yang membahagiakan rupanyaaaaa

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap semua menu Raya, patut lah bahagia.. tak payah susah-susah masak, tau-tau dah siap semua ya.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya maaf zahir batin
    sedap2 semua menu mama

    ReplyDelete
  9. mmg bahagia sgt sebab selalunya nak raya punyalah bersilat kat dapur. ni rilek2 aje hihi

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya. waah banyaknyaaa menu raya

    ReplyDelete
  11. berbaloi2 oii rehat2 makanan terhidang haha

    ReplyDelete
  12. oklah tu...sebab kalau nak merendang sendiri bukan cerita 1 jam...mula dari membeli sampai siap rendang tu mau dekat 5 jam jugakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe ammi.. mana tak bahagianya bila tetiba makanan dh terhidang kan

      Delete
  13. yummy dan nyammy sangat lezat

    ReplyDelete
  14. Salam, blh share no catering tak sis ? Sbb Ingat nk order juga Raya nie ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, boleh..Linda Ratu Catering Muar 0166690190, area sepang pun ada dia ambil rasanya. cu call

      Delete
Previous Post Next Post