12 Resepi Aneka Apam Azlina Ina

Assalamualaikum semua. Harini mama nak share 12 Resepi Aneka Apam Azlina Ina. Best betul layan FB Azlina Ina ni dia suka share resepi yang best-best, 

Baca juga:

12 Resepi Aneka Apam Azlina Ina

Jom kita tengok 10 Resepi Aneka Apam Azlina Ina

1. Resepi Apam Mekar Coklat


Bahan2
1 1/4 cawan tepung gandum(125g)
1/2 cawan serbuk koko(50g)
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
sedikit garam
Ayak kan ketepikan
Bahan blender
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kalau xnak manis 3/4 cawan je
  1. Blender 3 mnit
  2. Masuk dalam bhn kering gaul sebati
  3. Masuk dalam cup kecil masuk cup dalam acuan lompang
  4. Panaskan kukusan kukus 15 mnt api besa siap

2. Resepi Apam Nasi

Nasi 1 cwn
Gula 1/2 cwn
Air suam 1 1/2 cwn
🍓kisar semua bhn di atas
Gandum 1 cwn
Tepung beras 1 cwn
Yis 1sdb

🍓
gaul semua bhn
🍒
Tuang bhn yg diblender td ke dlm tepung dan kacau sebati. Ltk sedikit garam.
🍒
Perap 2 jam. Kmdn bahagikan kpd bbrp bhgn n ltk warna pilihan. Isi dlm acuan n kukus selama 15 minit. Acuan tu saya sapu minyak dulu supaya senang nak keluarkan nanti.


3. Resepi Apam Susu Madu


bahan2
5bijik telur( semesti nye telur ayam )
1/2 cawan gula halus
1sb ovalate
sedikit esen vanila
  1. mix smpai kembang
  2. sape xde pakai blender..tp agak lama slet smpai telur tu kembang..
ayak kan
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
  1. bile telur td dah kembang elok
  2. masukkan 5sb susu pekat dan 3sb madu.mix sekejap je.matikan mixer
  3. masukkan tepung dan kaup balik.
  4. bahagikan beberapa bahagian
  5. letak warne kesukaan.
  6. oleskan loyang dgn minyak
  7. masukkan adunan mengikut warne
  8. panas kan kukusan smpai berasap ye
  9. masukkan apam susu madu kita jgn lupe alas atas die dgn plastik wraping.kukus 30 mnt api besar.dan siap lah sudahh yeaaaahh

4. Resepi Apam Pisang Coklat Gebu


bahan2
3 biji telur gred A atau B
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
  1. mix atau blender sampai kembang berbuih kalau dalam blender
  2. tambah 1 cawan pisang lenyek
  3. 1 cawan minyak masak dan mix lg atau blend lg tuang dalam bekas besar
  4. tambah kan 3 cawan tepung self rising+ 1 sk soda bikarbonat/ kacau rata
  5. bahagi dua satu bahagian letak 2 sb serbuk koko dan 2 sb susu segar atau air masak je kacau kan rata
  6. ok dah oles kan minyak dalam acuan
  7. isi kan adunan beselang pas tu kukus 10 mnt

5. Resepi Apam Puteri Pandan Coklat

4 bijik telur
1sb ovalate
1 cawan gula halus xnak manis kurg kan(gule halus)180-200g
2 cawan tepung gandum +1sk baking powder (200g) ayak
1 cawan  santan kotak kara(nak blender daun pandan dgn santan kemudian perah pn boleh)
1sk perisa pandan coconut
1sk pewarna hijau
1sb serbuk koko( nak tambah emolco coklat pn boleh)

cara2
  1. mix telur,gula ovalate sampai kembang gebu tambah kan tepung yg dah diayak td sikit2 beselang dgn santan td sampai habis
  2. bahagi dua bahagian dan satu bahagian letak perisa pandan coconut dan pewarna hijau
  3. lg satu bahagian lg letak serbuk koko /emolco coklat.
  4. kacau kedua2 sampai sebati
  5. kelapa parut gaul sket dgn sedikit garam dan kukus sekejap gaul dgn sedikit tepung ubi tabu2 je dan gaul kan kemudian ambik satu -2 sudu masuk kan dalam acuan yg dah disapu minyak sket.Tekan pd dasar nya sampai padat.Masukkan adunan dalam piping beg dan pipe kan dalam acuan td beselang coklat dan pandan.
  6. dah siap masukkan dalam pengukus dan kukus 10 mnt api sederhana🤩 siap bia sekejap dan keluakan siap untuk dihidang

6. Resepi Apam Santan Gula Merah


bahan2 apam santan gula merah

1 cawan gula merah 
1 cawan gula putih
1 cawan air masak 
masak larut kan  ( mesti atas api )
* boleh tambah simpulan daun pandan.

matikan api tapis dan biar sejuk.

sediakan blender xde blender pakai whisk pn boleh kalau dah semua xde elok ko masuk gua je la

masuk dalam bekas besar dulu
tambah semua bahan2 ni
2 cawan tepung beras
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan air masak
1/2 cawan santan pekat xkisah ori ke kotak ke janji santan kelapa 
3 sb yis kering
whisk kan sebati atau
kacau rata dan  boleh blender sebati

  • tuang dalam bekas besar ttup pakai kain lembab bia 1 jam.
  • dah kembang kacau kn die tuang dalam loyang.sapu siap2 minyak ya.
  • kukus 40 mnt kalau acuan kecil2 tu 10 mnt je kukus.
  • wokey siap dah makan la dgn kelapa muda 

7. Resepi Apam Madu Caramel (apam madu gula hangus)


Bahan2 (A)
versi kurg manis kalau nak cuba manis tambah gula ya
1 cawan gula 
2 cawan air panas betul2 panas 
masak gula smpai keperangan kalau pakai non stick bagus xde pn boleh je 
masukkn air panas slow2 
bira smpai gula mencair semua
ketepikan bia sejuk/suam

bahan lain(b)
1/2 cawan madu 
4 bijik telur
4sb susu pekat
butter atau majerin cair kan awal2 eh 1 cawan 
sedikit esen vanila

Bahan (c)
tepung gandum 3 cawan
ayak bersama 2sk soda bikarbonat

cara2
  1. mix kan telur dan susu pekat sekejap baru masukkan  madu dan butter cair td serta esen..mix dalam 5 mnt kalau pakai blender pn boleh blend sampai berbuih...
  2. masukn bahan pertama td slow kan mixer atau pakai whisk pon boleh..last masukkn tepung sket2 dan kacau sebati...
  3. panas kan kukusan..sapu minyak acuan tuang adunan penuh..kukus 10 /15 mnt api besar tp tgk acuan la kalau guna loyang 30 mnt baru masak kalau  acuan yg korg gune secoet2 kejap je la kukus ye...

8. Resepi  Apam Manis


makan guna sambal boleh,kari boleh kalau org belah pantai timur makan guna kuah santan atau kuah yg manis2 pn sedap juga. 

Bahan2
3 cawan tepung beras
1/2 sachet yis kering yg dalam peket kuning tu 
5-7 sb gula
Sedikit garam
1 cawan air suam
Satukan dan kacau ttup bia 30 mnt

Bukak ttup dan masukkn 1 biji telur
1 cawan santan pekat kacau rata adunan 

cara2 masak
kalau nak wat serabai korg guna non stick pan yg kecil buat tebal atau pn korg boleh guna acuan benjo beger tu pn boleh tp kalau xde boleh buat biasa aje kat kuali mcm buat lempeng.
Panaskan kuali letak minyak sket atas tisu dan sapukan pd kuali
tuang 1 senduk dan lenggang kan kuali atau pakai  ratakan pakai senduk 
ttup pakai penutup periuk sekejap dan siap gulung kan


9. Resepi Apam Balik


dapat dalam 3-4 keping 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
sedikit garam halus 
3-4 sb  gula
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
 yellow lemon colour kalau korg nak colour die cantik sket
1 biji telur
3/4 cawan air kalau nak sedap guna susu segar 
Sedikit majerin nak sapu kat pan kite ya
Bahan tabur atau hiasan 
Kacang tanah sangai dan blender kasar 
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin
cheddar cheese
coklat rice
antara pilihan2 topping dalam die

Cara-cara:

1. Gunakan mixer atau blender 
mix telur dan gula agak berbuih.Masukkan soda bicarbonate, air /susu segar dan pewarna kuning.
mix lagi atau blend sehingga sebati dan 

2 masukkan tepung gandum yg dah korg tambah garam halus dan mix sekejap bg sebati je.atau blend sekali sahaja pindah kan ke dalam bekas dan gaul rata

3 mak guna kan tisu dapur Oleskan menteg/margerin pada tisu dan sapu kan pd kuali non stick yg kite panas kan ok boleh tuangkan 1 senduk kalau nak yg biasa kalau nak gebu 2 senduk ya ratakan tgh2 die putaran senduk membulat 

4. Biarkan seketika kalau mak ttup pkai penutup periuk nasik😂 dalam 1-2 mnt bukak bile nampak lubang2 permukaan apam balik boleh taburkan kacang, jagung, gula dan majerin dan cheese kalau suke.tebalik kan atau lipat dua kemudian ttup sekejap dgn penutup periuk td dan siap😂
senang nye buat apam balik korg weh😂😂😂😂

10. Reaepi Apam Kampung


(loyang 11”)
Bahan A
1/2cwn gula pasir
1/2cwn gula merah
2 cwn air
2 helai daun pandan
=>satukan semua, masak atas api hingga larut,tapis,ketepikan biar sejuk
Bahan B
1 sk gula halus
1 paket yis
1/2 cwn air suam
=> satukan semua, kacau rata, biarkan 4min atau hingga berbuih
Bahan C
4 cwn tepung gandum
Secubit garam
=> satukan
Bahan D
1/2 biji kelapa parut putih
Secubit garam
=> satukan, gaul rata, kukus dalam 10min

Cara2:
1. Masukkan bahan A ke dalam bahan C,kacau sebati.
2. Masukkan bahan B pula. Gaul sebati, perap lebih kurang 1jam
3. Sapu loyang dengan minyak, tuang adunan, kukus 35-45min@ hingga masak. Guna api besar.
4. Tunggu sejuk baru potong dan dimakan bersama kelapa parut
Selamat mencuba!


11. Resepi Apam Susu Gebu

Apam ni rasa nye lebih sedap sebab kurang gula tp lebih susu mabeless

bhn2
4 bijik telur
1/4 cwn gula castor
1 sb ovalate
1sk esen vanila

  1. mix kan sampai gebu maksud nya adunan jd warna putih
  2. masukn 1/2 cwn susu pekat. mix lg 5 mnt...matikan mixer
  3. ayak 11/2 cwn tepung gandum+ 1sk baking powder
  4. masukn dalam adunan td dan kaup balik
  5. masukkn pula 2 sb minyak dan kacau rata
  6. bahagikan pd beberapa bekas letak pewarna dan kacau rata masuk piping beg
  7. oleskan loyang dgn minyak sambil tu panas kan kukusan
  8. ok paip kan permukaan loyang beselang warne sebesar duit 50 sen die akan mengembang cepat2 buat nye tu hehe
  9. ok dah siap sampai atas ttup permukaan dgn plastik kukus 30 mnt

12. Resepi Kuih Apam Puri


Bahan Inti
- 3 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 2 cawan gula
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- blend semua bahan bahan di atas and then masak atas api yang kecik, jangan stop kacau sampai dia pekat likat, ada ketulan sikit sikit takpe🤣. And then tutup api biar sejuk sikit
Bahan Kulit
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan air
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu pewarna kuning
- blend semua lepastu masak kulit tu atas NON STICK PAN. Kalau pakai pan biasa kulit lekat jadi tak cantik
Ambik inti letak dalam kulit tadi pastu lipat je
cantik cantik. Selamat mencuba!



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. kue apem yang rasa pandan itu enak sekali. pernah mencobanya

    ReplyDelete
  2. fav sy apam puteri tp tu laaa x ramai yg jual nk buat x reti😂

    ReplyDelete
  3. Kena belajar buat ni...nampak sedap tu ha...semua akak suka..

    ReplyDelete
  4. Bestnya boleh , free-free boleh try nanti...

    ReplyDelete
  5. Azlina ina ni kan.. tangan dia macam magic tau.. buat apa pun jadi je.. nampak sedap pulak tu.. teringin nak gi kedai dia satu hari nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post