6 Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, December 6, 2022

6 Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah

Assalamualaikum semua. Kalau bercerita tentang dekorasi rumah, trend sekarang ruangan dapur bukan saja untuk memasak, ia kini lebih moden dan menjadi ruangan aktif untuk bergaul sesama ahli keluarga, berhibur, melayan tetamu, berehat dan bersifat lebih functional.  Melalui pengalaman peribadi, perkara pertama yang mama lakukan setelah memiliki rumah adalah  menentukan dekorasi dapur, bukannya ruang tamu. Malahan lebih banyak masa mama luangkan untuk buat kajian berkenaan deco di bahagian dapur  ini berbanding ruangan lain. Di sini mama nak kongsikan 6  Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah.


Semua orang inginkan ruangan dapur kelihatan mewah tak kiralah bagaimana bajet mereka. Bagi pemilik rumah yang besar tentu beruntung kerana ruangan yang luas secara langsung menunjukkan kemewahan. Namun begitu, jangan kecewa jika mempunyai rumah yang kecil, kita masih boleh membuat dekorasi agar dapur kelihatan mewah. 


Gambaran dapur mewah di mata mama. Dapur ni banyak ciri-ciri dapur mewah. Nanti mama jelaskan apa itu ciri-ciri dapur mewah.


Sebelum tu jom kita kita walk through dapur mewah seperti dalam video di bawah ni. 

Seperti dikongsikan dari Youtube Ibu Syurga, Ruang dapur sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin bukan saja untuk memasak, malah juga untuk ahli keluarga meluang masa bersilaturahim. Semasa isteri sedang memasak, terdapat ruang untuk suami melaksanakan kerja di meja yang dilengkapi palam tenaga dan ruang  makan di bawah lampu pendant.


6  Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah

Berikut adalah 6  Tips Dekorasi Dapur Nampak Mewah yang mama ceritakan secara ringkas.


1 - Material Mewah Untuk Countertops

Material seperti marble, quartz dan granite memberikan sentuhan mewah dan natural kepada dapur. Sekarang ni ada pelbagai warna di pasaran dan boleh disesuaikan mengikut konsep deko dapur kita. Marble, quartz dan granite ini selain dari berkilat dan nampak mewah, ianya juga senang untuk dibersihkan. 


2 - Sentuhan Warna Metallic

Sama ada dapur itu berkonsep minimalis /moden yang mnegutamakan warna neutral atau konsep kontemporari yang warnaya lebih gelap, sentuhan warna metallic terutamanya gold memberikan pemandangan yang berkilau ini memberikan effect glemer dan menarik. Sentuhan warna emas ini boleh disesuaikan sama ada pada perkakasan dapur, sebahagian part kabinet dapur seperti pemegang, pintu atau di keliling tingkap. 


3 - Material Mewah Untuk Backsplash

Backsplash adalah ruangan dinding yang menghubungkan countertops dan kabinet atas, atau ruangan dinding di bahagian atas countertops (jika tiada kabinet atas). Kita boleh menggunakan material yang mewah juga seperti marble, quartz atau jubin untuk backsplash. Material yang berkilat ini memberikan refleksi ruangan dapur kita. Selain nampak mewah, dapur juga nampak luas dan berkilau. Namun begitu trend sekarang terdapat juga backsplash berbentuk 3D yang bercorak dan timbul. Terpulanglah untuk memilih mana yang berkenan di hati, asalkan kena pastikan corak tu nampak mewah. 


4 - Kitchen Island & Kerusi Tinggi

Jika ada ruang, especially untuk dapur konsep terbuka, maka bolehlah beli kitchen island yang nampak mewah. Mama sendiri selalu berangan ada island di dapur tapi apakan daya dapur tak berapa nak beso. Korang boleh pilih mana-mana kitchen island yang nampak mewah. Apabila diletak diruangan dapur tentu memberikan feel yang berlainan. Macam berada dalam shooting masak-masak kan. Mama suka kitchen island yang ada sinki. Selain dari kelebihan visual, kitchen island ini memang praktikal kerana selain dari menggunakannya sebagai tempat simpanan, ia juga boleh digunakan sebagai tempat persediaan bahan memasak, tempat makan atau juga tempat meletak hidangan untuk jamuan tetamu. Selain itu korang boleh gunakan kerusi tinggi / barstool untuk memberikan effect mewah.


5 - Pencahayaan Dapur Yang Elegan

Pencahayaan di dapur sangat penting kerana ia memberikan mood dan effect luas kepada dapur mewah kita. Lampu chandelier kristal di atas ruangan yang sesuai seperti di atas meja makan atau kitchen island memberikan kelainan. Selain itu, kita boleh juga meletakkan lampu lain seperti down lights, lampu gantung atau lampu strip di bawah kabinet. Selain dari nampak mewah, ianya juga bagus untuk keselamatan. Almaklumlah kita banyak menggunakan benda tajam seperti pisau dsb kan. Namun begitu elakkan dari menggunakan terlalu banyak lampu gantung. Contohnya kalau dah ada chandeliaer tak perlulah ada lampu gantung kalau ruangan itu kecil.


6 - Penggunaan Ruang Sebaiknya

Pengertian dapur mewah sebenarnya adalah bagaimana cara kita manfaatkan ruang dan menyusun atur ruang yang sedia ada sebaiknya. Kerana itu hampir semua dapur mewah memerlukan interior designer dan pembuat kabinet yang berpengalaman. Barang-barang dapur perlu disimpan dalam storage yang sesuai agar tidak menyemakkan pandangan dari luaran. Selain itu kita juga boleh menampakkan kemewahan dengan menggunakan peralatan dapur terkini. 


12 Contoh Dekorasi Dapur Mewah Pilihan

Berikut adalah 12 Contoh Dekorasi Dapur Mewah Pilihan mama.

Konsep dapur terbuka dengan penggunaan warna neutral

Kemasan lantai klasik memberikan effect mewah kepada dapur ini

Contoh penggunaan lampu dan island kitchen

Pereabot mewah di gabungkan dengan lampu beserta beam warna emas menaikkan efek mewah di dapur ni

Penggunaan high chair di kitchen island

Kitchen island beserta storage yang efektif

Contoh penggunaan lampu chandelier menampakkan efek mewah

Pengunaan lampu gantung moden dan high chair



Gabungan warna yang cantik dan manfaatkan ruangan sebaiknya

Dapur idaman mama. Sepupu mama ada dapur ala gini. Seronok sangat duduk kat dapur dia sampai taknak pergi living room hihi. Sambil masak boleh berborak dengan tetamu.

Penggunaan backplash dan lampu 

Sentuhan warna metalik  gold


Mama harap post kali ini memberikan serba sedikit idea bagi yang sedang survey deco dapur. Untuk memiliki dapur mewah tak semestinya memerlukan modal yang terlalu mahal. Asalkan kita tahu rahsia tips & tricks nya, insya allah kita boleh memiliki dapur mewah idaman. 

Sambil-sambil tu jom kita tengok video rumah banglo setingkat berkeluasan 4000kps ni. Berkali-kali mama tengok video ni alahai cantik betul binaan dan penataan layout rumah ni. Nampak mewah sangat.


Semoga bermanfaat.

27 comments:

  1. semuanya cantik cantik belakaaaaa... dapur idaman para wanita...

    baca entry ni trs teringat: "alah belajar tinggi2 pun nnt msk ke dapur jugak!" then balas someone: "tp ko tgk lah dapur dia dgn dapur ko mcm mn?" hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anies dgr kat mana tu, lawak betul la. tapi ada betulnya. kesimpulannya kena buat dapur kita ala ado2 la kan. org x kutuk walau tak belajar tinggi

      Delete
    2. x igt baca kat mana. tp lbh krg mcm tu laa... hehehe

      Delete
  2. Cantik dapur-dapurnya.. tapi Kak Sue lebih suka dapur yang warna putih tu Adda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak dah mesti yg putih tu kegemaran kak sue.. mmg cantik dapur putih nampak luas dan bersih kan

      Delete
  3. huishh..ni nak kena jadi mewah baru boleh buat nampak mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin semoga tercapai hasrat tu yan.. tapi boleh aje kita buat mewah. try tips tu

      Delete
  4. mengidam aje la nak dapat dapur macam ni...hehehe...sure mahal giler ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaman semua wanita kan kak.. lagi2 kaum ibu2

      Delete
  5. Keren banget dapurnya Kak........itu semunya dapur impian keluarga

    ReplyDelete
  6. Ingat lagi mula2 masa beli rumah dulu. Part dapur ni lah yang buat ibu rambang mata mama. Asyik survey je nak tgk design contoh. Last2 hasilnya tak dapat pun macam tu. Hahahaha Mama kalau rajin meh singgah entry pasal dapur ibu ni ye. Xoxo! http://ssasliza.blogspot.com/2013/04/dapur-ku-syurga-ku.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah cantiklah dapur ibu.. siap ada corak2 lagi

      Delete
  7. Memang selalu tengok rancangan pembinaan di HGTV. Suka tengok dapur yang direka. Satu ruang banyak kabinet simpanan dan pantri.
    Adik saya pun ada dapur begini. Memang seronok lepak di pulau dapur. Berangan juga hendak ada dapur begini.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya....suka tengok gambar-gambar ni. Mampu tengok je la. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  9. cantiknya...dapur idaman ni.. in sya Allah..one day

    ReplyDelete
  10. Nak effect mewah, better pakai lampu kuning instead of putih. Saya pun teringin dapur ada island table tu

    ReplyDelete
  11. impian setiap wanita nak ada dapur cantik

    ReplyDelete
  12. whhhhh besharnya dapur dalam gambar ni...dapur kita cenonet je. yang corak marble mmg cantikkan.

    ReplyDelete
  13. suka gambar pertama tu sebab simple je, dekat IKEA pun ada banyak design macam tu hehe

    ReplyDelete
  14. yang mewah biasanya diimbangi dengan bahan yang mewah juga

    ReplyDelete
  15. Menarik betul decoration dapur yang ada... nampak sangat mewah

    ReplyDelete
  16. cantik2nya... hakikat payah betul nak buat bila kita asyik menyewa pindah randah

    ReplyDelete

Words of wisdom