Jangan Malu Bersedekah Walaupun 10 Sen - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, June 17, 2022

Jangan Malu Bersedekah Walaupun 10 Sen

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Harini mama nak share sedikit tentang sedekah. Sedekah itu selain dapat membantu orang lain, dapat menambahkan pahala buat kita. Namun begitu ada juga yang malu-malu untuk bersedakah kerana hanya mampu memberikan sedikit. Jangan Malu Bersedekah Walaupun 10 Sen

Baca juga:


Sedekah Yang Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan 


Kesimpulan Hadith:


1.  Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2.  Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari harta yang dimilikinya (dua dirham) walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar pada dirinya.

3.  Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4.  Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.

5.  Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih


Marilah  kita hulurkan sedekah yang berkualiti. Jangan malu untuk bersedekah walau sedikit.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor


9 comments:

  1. Betul, bersedekahlah walaupun sedikit..Pahalanya tu ada bila kita bebetul ikhlas....Moga bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Sedekah waktu susah yang susah buatkan?
    Itulah sejauh mana sanggup dan ikhlas memberi.

    ReplyDelete
  3. bersedekah la kerana ia akan menerangi kubur kita kelak..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Yang penting ikhlas, Insha Allah ada pahalanya

    ReplyDelete
  5. betul sekali dan sependapat. Kalau tidak punya uang 10 sen maka ya bisa sedekah dengan tenaga kita

    ReplyDelete
  6. biar sedikit tapi berterusan..

    ReplyDelete
  7. betul tu kak, sedekahlah biarpun sikit

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi Adda, betul tu.. tak kisah sikit atau banyak kan, mana yang mampu dan berterusan..

    ReplyDelete

Words of wisdom