Akhirnya Tertengok Jua K-Drama Zombie All of Us Are Dead & Happiness

Assalamualaikum semua. Bila mama menaip tajuk post hari ni, mama sendiri rasa nak tergelak. Rasanya sana sini mama komen yang mama takkan tengok cerita-cerita zombie ni. Tapi apakan daya Akhirnya Tertengok Jua K-Drama Zombie All of Us Are Dead & Happiness ni meskipun cerita zombie ni bukanlah kegemaran mama. Mama review sekali harung la ye. 

Alkisahnya mama ni bukan seorang peminat cerita zombie sebab mama tak suka scene makan-makan dan gigit-gigit orang pastu berdarah-darah pula tu. Mungkin juga mama dah jemu melayan cerita zombie (teman en hubby tengok The Walking Dead sampai 10 season) dan Fear of the Walking Dead. Tapi disebabkan en hubby gak le yang buat mama tengok sama-sama 2 drama zombie Korea ni. Sebelum ni mama pernah tengok Drama Kingdom juga, 


Review K-Drama Zombie All of Us Are Dead & Happiness

Mama tengok cerita ll of Us Are Dead dulu dan surprisingly cerita ni sebenarnya OK takdelah seburuk review yang mama baca. Mama bagi 8/10 bintang dan mama rekemen siapa yang nak tengok tu boleh la layan.

Bagi cerita Happiness pula ia bukan 100% cerita zombie. Dia lebih kepada keadaan dan drama orang-orang dalam apartment di zaman zombie ni. Cerita dia slow sket. Mama bagi 7/10 bintang.


Review K-Drama Zombie All of Us Are Dead  

Jumlah Episod: 12

Tarikh tayangan: January 2022


Mengisahkan seorang guru sains di sekolah tinggi Hyosan yang mencipta virus yang pada mulanya untuk membantu anaknya yang menjadi mangsa buli. Eksperimen awal pada tikus menunjukkan tikus tu jadi lebih agresif dan dia nak anak dia melawan pebuli-pembuli dia. Tapi perkara yang tak diingin berlaku. Anak dia menjadi zombie dan akhirnya ramai yang terjangkit. 

Pelajar di sekolah menengah kini mesti berjuang untuk hidup mereka, sementara mereka mencari jalan keluar. Nam On-Jo ( Park Ji-Hu ) & Lee Cheong-San ( Yoon Chan-Young ) berkawan sejak kecil. Mereka adalah dua daripada pelajar yang terperangkap di dalam kelas dan dikelilingi oleh zombi pemakan daging. Sementara itu, tentera Korea bekerja untuk mengasingkan wabak dan melindungi negara daripada wabak yang lebih besar.

Mulanya mama tak meletakkan apa-apa harap sebab nampak cerita ni tentang cerita zombie di sekolah. Tapi rupanya cerita ni OK, intense dan jalan cerita dia bukan hanya di sekolah. Drama ni ada plot twist dan situasi yang tak dapat diramal. Ini adalah typical cerita zombie, mesti ada yang selfish, bodoh-bodoh sikit, kerajaan nak cover incident awal-awal tu. Tapi mama suka cerita ni sebab ada juga nilai murni yang diterapkan seperti semangat setiakawan, teamwork, bantu membantu, etc. 



Review K-Drama Happiness

Tajuk Drama: Happiness

Jumlah Episod: 12

Tarikh Tayangan: November - December 2021

Genre: Thriller


Mengisahkan Detektif Jung Yi-Hyun yang sedang menyiasat kes dadah dan didapati penagih dadah bertindak aneh dan menggigit orang. Pada masa yang sama polis khas Yoon Sae-Bom juga melalui perkara aneh bila rakan setugasnya mula bertindak pelik di kem. Impian Yoon Sae-Bom adalah mempunyai apartment sendiri dan akhirnya mengajak Jung Yi-Hyun menyamar sebagai pasangan berkahwin supaya dapat bersama duduk di apartment.

Tetapi, sebaik sahaja berpindah ke sana, dia menghadapi masalah. Bangunan pangsapuri itu mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang, tetapi penyakit berjangkit tiba-tiba muncul. Kerana wabak itu, apartmen bertingkat tinggi itu ditutup/ lock down dan penduduk berjuang untuk terus hidup, sambil dilanda ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap orang lain.

Cerita ni lebih kepada reaksi penduduk apartment tentang zombie yang menyerang mereka. Disamping tu macam mana mereka bertindak dengan berpolitik, menikam belakang sesama sendiri dan berbuat apa saja untuk survive. Adegan zombie takdelah banyak sangat tapi drama ni lebih kepada jalan cerita, bukan action. Bolehlah kalau nak layan tengok bila bosan..


OK, itu je lah nak cerita. Mama memang takde plan langsung nak tengok cerita zombie tapi tertengok juga. Itulah akibatnya jika mendapat suami yang suka cerita zombie. Sekian...


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. belum habis tengok lagi, tengok sekejap je artu

    ReplyDelete
  2. Ironi betul drama Happiness dengan jalan cerita dia. Stress layan perangai penduduk dekat situ especially doktor dengan wakil penduduk tu

    ReplyDelete
  3. Macam menarik kedua-dua drama tu.

    ReplyDelete
  4. samalah..tak brp minat genre zombie..entah2 tertengok jg nanti...haha..

    ReplyDelete
  5. tak berapa minat sgt cite zombie ni. tgk drama Happiness pun sebab Park Hyung Sik tapi stress giler mengadap perangai manusia dalam citer tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita tu mmg utk stress kan org kut tiara haha

      Delete
Previous Post Next Post