Dinner di Laman Grill, Steak & Bar-B-Que Shah Alam, Selangor

Dinner di Laman Grill, Steak & Bar-B-Que Shah Alam, Selangor. Alkisah mama yang takde langsung perancangan makan kat sini tetiba datang dan makan malam kat sini sampai penuh perut mama. Mama ni memang tak berapa lapar tapi disebabkan kakak ipar mama teringin nak makan steak kat sini maka mama temankan aje. Mama cuma order air, fish&chip dan soup untuk share 3 orang anak beranak. Tapi end up dengan makan macam-macam sebab ahli keluarga lain dah order macam-macam dan mama kena paksa rasa haha.. Sharing is caring la katakan..

Jangan lupa baca ni juga


Menu Pilihan di Laman Grill, Steak & Bar-B-Que Shah Alam, Selangor 

Ini antara menu yang mama makan malam tu. 

Ni lah fish and chips yang kononnya nak share 3 orang tu. Sedap juga fish & chips ni. Salad ni ada potongan epal hijau. Rare kan


Mushroom soup dan garlic bread. Sedap..



Selain tu ada juga rib eye steak (mujur tinggal 1 hidangan, takdelah kempunan kakak ipar mama). Dimasak medium raw memang sedap, juicy dan lembut aje. Ada beef soup, nachos tostada, onion ring semuanya rasa sedap-sedap.


Carbonara  dia pun sedap gak

Air minuman dan dessert kami. 

Puas hati makan kat restoran Chef Zubir ni.Semua menu memang sedap cuma kami tak berapa biasa rasa tostada nachos tu sebab ada bau masam. Bila diajukan kepada chef rupanya dia ada letak vinegar dan salsa. Disebbakan kami complaint, so kami dapat gantian yang takde vinegar da salsa. Baru kena di tekak  melayu mama ni.

Servis ok, laju dan tempat pun selesa. Mama sekeluarga makan kat outdoor so rasanya lagi selamat di musim covid ni. Ternampak chef Zubir dan chef Jo kat sini. Alhamdulillah semua happy dan kenyang. 


Maklumat Laman Grill, Steak & Bar-B-Que Shah Alam, Selangor 

Laman Grill, Steak & Bar-B-Que Shah Alam, Selangor

Alamat:  Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Masa operasi :  3:00 petang – 11:00 malam (Sabtu dan Ahad buka 11 pagi)



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. nasibaik trus komplen dpt tukar yg baru..menarik nmpk dessert tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorg mmg jenis komplen kalau tak ok haha

      Delete
  2. Sedapnya....lama x makan mushroom soup yang macam tu...nampak creamy dan sedap tu

    ReplyDelete
  3. Saya pun kalau masam sangat tak boleh hadap juga tambahan yg guna cuka buatan tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila rasa masam dia kuat sgt mmg tak boleh masuk kan

      Delete
  4. Menu western yang melazatkan ni mamapp. Ada pulak pemanis mulutnya.

    ReplyDelete
  5. Untunglah makan di restoran selebriti terus nampak ownernya. Lama tak makan steak

    ReplyDelete
  6. Jauh pulak dari rumah kalau tak boleh ajak asben bawak anak2 makan di sini.

    ReplyDelete
  7. Patut pernah dengar rupanya Chef Zubir punya.
    Hehe kena merasa itu yang seronok sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merasa itu ini sampai sentak perut na haha. mcm mana nak kurus ni

      Delete
  8. Sedapnya. Tiba-tiba rindu nak makan kat kafe masakan barat.

    ReplyDelete
  9. Huyoooo... Sedapnyaa!!! Lapo pulak tengok

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah berbaloi makan kat sini. seronok sgt bila makan dgn famili

    ReplyDelete
Previous Post Next Post