Rupanya Ini Rahsia Kejayaan Asyraf Khalid

Assalamaualikum semua, tentu semua orang kenal penyanyi nombor 1 negara kita iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan perkahwinan dengan Datuk K menjadi wedding of the year beberapa tahun dulu. Kali ni mama nak berkongsi tentang Rahsia Kejayaan Asyraf Khalid, yang merupakan anak tiri kepada Tokti ini. Seronok tengok orang yang berjaya ni kan maka marilah kita sama-sama jadikan inspirasi kisah sebegini.


Tokti, Datuk K dan Asyraf Khalid.

Datuk K Dedah Rahsia Kejayaan Disebabkan Azizan Osman

Rupanya rahsia kejayaan  Asyraf Khalid seperti yang didedahkan oleh ayahnya sendiri, Datuk K adalah atas bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Perkara ini dikongsikan dalam satu hantaran video yang dikongsikan oleh Asyraf, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. Asyraf  penyatakan bahawa Datuk K bangga dengan kejayaannya yang sebelum ini merupakan 'big why'. 

Asyraf  bersyukur bisnesnya Mutyara menjad lebih maju atas bimbingan mentor Dr Azizan dan merubah hidupnya. 


Siapa Kata Budak Nakal Tidak Boleh Berjaya

Dikatakan 'big why'"dulu kerana Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.



Akhirnya Asyraf  telah berjaya menangkis persoalan 'big why' dan menjadi anak kebanggaan Datuk K. Dia amat gembira atas  luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.


Formula Bisnes Berjaya Yang Dipelajari Asyraf



Antara Formula Bisnes Berjaya Yang Dipelajari Asyraf sepanjang berada di bawah bimbingan Richworks seperti berikut.

  • Bimbingan komprehensif dalam berbisnes
  • Penekanan perkara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.
  • Berada dalam suasana positif dimana nilai-nilai baik ketika dalam lingkungan anak didik Azizan dan Titan RichWorks, meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.


Datuk K Kagum Pendekatan Richworks



Datuk K menyatakan dia cemburu dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. Jutawan yang Azizan bimbing ini sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan dengan beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka dan Datuk K percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbinganm didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” - Datuk K.


Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.


Dr Azizan sendiri terharu dengan perkongsian dari Datuk K.


Kisah Inspirasi Yang Boleh Dijadikan Pemangkin Semangat

Selepas membaca kisah Asyraf Khalid ini tentu sekali mama sendiri merasa terinspirasi dengan kejayaannya. Bayangkan sebelum ini dia dipandang sebanyai seorang yang tidak berjaya akhirnya dikagumi dan dibanggakan oleh bapanya sendiri. Marilah sama-sama kita jadikan iktibar.




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah.. Atas kehendak Allah SWT jualah.. Yang penting usaha.

    ReplyDelete
  2. Wah menarik.. tahniah RichWorks dan Asyraf..

    ReplyDelete
  3. tahniah Asyraf dah Tya dah makin berkembang bisnes.

    ReplyDelete
  4. ada duit pun kena belajar ilmu perniagaan jugak kan,kalau tak rugi. benda baik kita jadikan contoh ikutan

    ReplyDelete
  5. tak sangka kan... aku selama ni ingatkan anak ahli perniagaan berjaya mesti belajar dari ibu bapanya..

    ReplyDelete
  6. tak sangka Asyaf pun anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman... berbaloi join Richwork

    ReplyDelete
Previous Post Next Post