Doa Bermusafir

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Rasanya dah ramai tahu Doa Bermusafir ni kan. Mama pun amalkan juga cuma versi panjang ni mama tak pernah buat. So, mama nak tepek sini untuk memudahkan nak rujuk nanti. Bila tengok maksud doa ni memang bagus sangat dibaca sebelum musafir.

Baca ni juga:


Doa Bermusafir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, 

Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” (HR Muslim No:1342) 

Status: Hadis Sahih


Kesimpulan hadith:



1.  Rasulullah mengajar adab ketika kita melakukan permusafiran dengan membaca doa dan zikir tertentu.

2.  Imam Nawawi berkata: berdasarkan hadis ini, sunat memulakan permusafiran dengan membaca doa ini di samping membanyakkan zikir dan doa agar dipermudahkan permusafiran. Antara doa bermusafir:


سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


3.  Imam al-Baidhawi menyatakan, hadis ini adalah doa bagi tujuan memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan dan daripada kepulangan yang buruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan atau kematian).” [Lihat: Tuhfah al-Abrar, 95/2]

4.  Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam doa ini terkandung permohonan agar dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan, juga dijauhkan daripada perkara yang menyedihkan. Selain itu juga, memohon agar Allah SWT menjaga baginya setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini daripada ahli keluarga serta harta. [Lihat: Bahjah al-Qulub, 197]

Setiap insan yang beriman memerlukan kepada doa agar setiap perkara yang dilakukan dipelihara oleh Allah SWT serta doa juga merupakan senjata dan kekuatan buat orang yang beriman.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Salam Jumaat..syukran, masa musafir (dgn tujuan baik) diantara masa mustajab berdoa..

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat..semoga kita sentiasa dlm redha Allah

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Adda.. good sharing..

    ReplyDelete
  4. Aamin YRA. Lagi-lagi kalau nak berjalan jauh kan. Thanks share Mama. Salam hujung minggu

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat. Terima kasih perkongsian ni. Selalu baca doa naik kenderaan nak jalan jauh je..

    ReplyDelete
  6. selalu time travel mmg akan baca doa nih.. dah lama tak baca sejak covid, jadi lupa pulak thanks ingatkan doa ini

    ReplyDelete
  7. Amalan yang baik patut dilakukan setiap kali bermusafir

    ReplyDelete
  8. semoga perkongsian ni bermanfaat. terima kasih semua

    ReplyDelete
  9. bagus sangat kongsikan doa ni tau.. waktu musafir adalah waktu terbaik untuk berdoa apa pun..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post