Dinner di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Wednesday, January 5, 2022

Dinner di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Dinner di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan.  Malam di Bahau, kami yang kelaparan teringin nak makan makanan Thai. Sebab sebelum ni dah 2 kali makan wesrtern, iaitu Time to Glebe dengan De Soru so kali ni nak makan makanan Thai pula. Cari punya cari akhirnya kami Dinner di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan.


Baca juga ni


Menu Pilihan di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Inilah antara menu pilihan kami Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan. Gambar gelap sebab kitaorang makan kat open space dalam keadaan yang sedkit gelap.


Sotong goreng tepung. Sedap sotong ni.

Sup ekor yang juga sedap.

Telur bungkus feveret mama. Sejak menjak ni memang mama suka makan telur bungkus.

Sup Kambing

Ayam masak kunyit

Ayam merah


Air minuman kami. Mama minum lai chi kang yang juga feveret mama. Selepas tu order. Teh tarik pula satu. 

Semua makanan dan minuman kat sini sedap-sedap. Memang puas hati makan makanan Thai kali ni. Semasa kami kat sini memang ramai sangat orang. Waiter tak berapa peramah mungkin sebab dia memang jenis tak peramah atau tak berapa reti cakap melayu. Apapun overall ok je makan kat sini. Parking pun banyak.


Senarai Menu & Harga di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Berikut ialah Senarai Menu & Harga di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Harga actual Set B RM 69, Set C RM 89, Set A RM129 tau. Jangan ikut harga tu.


Total kami makan berempat ialah RM 67. Berbaloi sangat kan. Macam-macam lauk ada dan air pun byk juga kami order. CUma RM67 aje.


Maklumat Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Kedai ni takde signboard, so pepandai lah korang cari hihi.. Ada sesapa orang Bahau kat sini. Boleh rekemen kedai makan maa yang sedap2 area ni. Ni first time mama sampai Bahau tau.

Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Alamat: No 9, Jalan Pulai 1, 72100 Bahau, Negeri Sembilan



10 comments:

  1. Sup kambing, sup ekor...semua kita suka. Slurrrpp...sluuurrpppp!

    ReplyDelete
  2. Murah tu total makan untuk 4 prang. Yumms banyak pilihan menu

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap supnya..Harga pun murah juga total makan berempat tu.
    Naniey nampak nama tomyam cari mana tomyamnya. hehe...

    ReplyDelete
  4. Memang nampak sedap semuanya Adda..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan kat sini..pernah makan hat yang lain...tapi tengok macam sedap tu...nanti la kalau balik sana bleh la cuba

    ReplyDelete
  6. Tidak lalu Bahau sangat. Adda nasib baik dapat makan makanan sedap.

    ReplyDelete
  7. Jarang sangat ke Bahau so tak pernah sampai. Mesti tukang masak orang Thailand

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap dari presentation foodnya. Nanti nanti lalu bahau boleh singgah makan kat sini.

    ReplyDelete

Words of wisdom