Bersarapan di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Wednesday, December 22, 2021

Bersarapan di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Bersarapan di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor. Kepada penggemar kopi sekitar Shah Alam bolehlah cuba minum Kopi Pokok di Seksyen 6 Shah Alam pula. Kedai ni bebetul terletak kat tempat mama selalu parking kereta masa amik anak dari sekolah dulu. Hihi tetiba terimbau pula kenangan bebrapa tahun lepas. Dah dekat bebenor dengan rumah.


Baca ni juga:


Bersarapan di Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Inilah menu pilihan kami untuk pagi tu

Best juga makan sambil lepak bawah pokok.

Yum.. yum.. jemput makan.

Total yang kami order ialah 3 bungkus nasi lemak, 1 bungkus lemang + rendang daging, 1 air mocha, 1 air chocolate dan 1 air kopi pokok signatures. Pada mama makanan dia semuanya sedap. Bayaran untuk semua tu ialah RM 29 . Air minumannya pada mama seperti air minuman biasa. Kalau korang suka air ala tradisional bolehlah cuba. Suasana makan kat sini memang damai aje. Siap ada buaian dan meja dibawah pokok. Meja tak terlalu banyak so kalau ramai orang korang kenalah tunggu ye.


Menu & Harga Kopi Pokok

Ni mama ambil menu dan harga kopi pokok dari en google.







Maklumat Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Kedai Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam Selangor

Alamat: Jalan Bangau 6/5b, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu OPerasi : Setiap hari kecuali Isnin dari 9 pagi hingga 5ptg



14 comments:

  1. menikmati kopi suasana desa di bandar...

    ReplyDelete
  2. Murah..mata tertancap pada lemang dan rendang tu..dapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemang dgn rendang tu mmg sedap kak. staff kopi pokok sendiri ckp, lemang tu mmg laku

      Delete
  3. bestnya..rasa macam dulu-dulu. semoga warga Shah Alam yang terkesan dengan banjir dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. Saya suka kopi cara lama. Hehe unik ada buaian. Main buai sambil ambil angin mesti seronok.

    ReplyDelete
  5. menarik..nostalgia Sek. 6, tempat belajar dulu..

    ReplyDelete

Words of wisdom