Kenapa Squid Game Bukan Drama Untuk Saya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, October 2, 2021

Kenapa Squid Game Bukan Drama Untuk Saya

Kenapa Squid Game Bukan Drama Untuk Saya. Viral betul drama Squid Game ni sana sini bercerita tentang Squid Game. Sampaikan anak sedara mama dan adik2 mama pun cakap cerita ni best. Tapi.. tapi kan.. Kenapa Squid Game Bukan K-Drama Untuk mama? 

Tak dinafikan Squid Game memberikan banyak impak kepada yang telah menontonnya. Hari Jumaat pagi semalam mama dengar di radio ada dinyatakan yang no telefon untuk join Squid Game & no akaun bank yang tertera dalam drama tu sebenanrya wujud di dunia ni dan ramai yang call nombor tu sepanjang masa sampai pemilik nombor tu jadi murung dan on medication. Bukan dia saja, wife dia pun kena tempias juga sebab perbezaan no handphone diaorang cuma 1 angka. Last2 ada sorang politician nak beli nombor tu dgn harga USD85,000. Peh..

Selain tu, no akaun bank tu pula org tak putus bank in duit sebab nak tahu nombor akaun tu wujud ke tak.. aduyai sampai macam tu sekali. Untung laa siapa pemilik nombor akaun tu.


Kenapa Squid Game Bukan K-Drama Untuk Saya

Mama ada reason sendiri  kenapa drama ni NOT FOR ME.

Squid Game, cerita berkenaan 456 orang, yang kesemuanya berdepan masalah kewangan yang meruncing dalam hidup, ditawarkan untuk bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri. Bersaing dalam satu siri permainan kanak-kanak tradisional Korea tetapi dengan penuh risiko, mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hadiah ₩45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang (sumber: En wiki) 

Walau macam mana orang lain kata best, tapi pada mama tetap juga cerita ni tak berapa sesuai untuk di tonton. Jangan marah ye kalau ada die hard hard SG kat sini. Ini pendapat peribadi mama. Antara sebab mama cakap macam tu boleh baca kat bawah ni.

  • Violent & Graphic - setiap game yang dimainkan pasti ramai yang akan terkorban dibunuh kerana kalah selain dari yang berbunuhan sesama sendiri tak mengira umur, hubungan dan sebagainya semata untuk menang dan menyelamatkan nyawa sendiri. Memang semua ni due to desperation tapi mama tak dapat rasakan langsung ada nilai kemanusiaan dalam ni. Ini bukan perkara yang mama nak tengok dan ajar pada ahli keluarga dan orang disekeliling mama.

  • Unnecessary nudity & sex scene -  mama tak faham kenapa diorg nak masukkan scene sebegini. Banyak movie Korea yang selalu gak buat macam ni. Mungkin sebagai salah satu taktik untuk pancing penonton. Tapi pada mama this is very unnecessary dan tak sesuai sangat dengan budaya asia huhu.. 

  • Immoral message - seperti yang mama ada sebut di atas, cerita ni takde sebarang moral melainkan mesej menjadi selfish, bertuhankan duit, violent dan banyak lagi. Walaupun ada juga sikit-sikit positive value tapi apa gunanya bila semua orang akhirnya mati dan tinggal ko sorang sebagai pemenang. Uish, malas pula nak nyatakan satu persatu. Alangkah bestnya kalau plot dia ditukar menjadi lebih value added.


Itu lah antara point yang mama terfikir sekarang ni. Mama tengok sikit-sikit je cerita ni. Mama tak nafikan memang ada juga cerita dan nampak ada unsur2 hormat org tua, setiakawan etc tapi apa gunanya sampai mereka bercekau sesama sendiri dan membiarkan kengkawan dan keluarga mereka dibunuh depan mata..  

So, kesimpulannya.. Squid Game maybe is the masterpiece for everybody, but definitely not me.. make sure kalau nak tengok hanya adult aje yang tengok cerita ni. Please jangan bagi anak2 tengok ye.. Lebih baik tengok Istana Takeshi boleh pecah perut dan release tension Cerita SG ni menambah tension ade la haha.. sekian..

Tata... tu je la mama nak bebel arini. babai!


15 comments:

  1. Hehe saya pun baca sinopsis SG banyak tertanya pada diri, tiada ke orang lapor pada polis orang kena bunuh.
    Aduh kasihan orang yang nombor telefon kena dedah.

    ReplyDelete
  2. aah betullah.layan istana takeshi lagi best tapi production team pun banyak menipu juga. last game, peserta dapat pistol air cikai je mana nak boleh lawan dengan pistol air yang mahal..haha

    ReplyDelete
  3. tak apa..boleh juga tu ..hilangkan rasa bosan atau boring...

    ReplyDelete
  4. Ammi pun tak tgk dan tka bagi anak tgk sbb ada anak buah yg dah tgk dia kata tak sesuai utk budak2. So viral ke tak viral ke.. No is no

    ReplyDelete
  5. Padan la tak ada hati nak tengok. Baik layan frontliner. Haha

    ReplyDelete
  6. hehe..kita tak tengok lagi drama ni.tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  7. Istana Takeshi pun tipu mama, sebab pihak istana selalu letak lilin kat kertas diorang. Mana aci. Hehe. Walaupun saya tak tengok sebab memang kurang suka drama Korea, tapi saya setuju point mama tu. Baik layan Downton Abbey.

    ReplyDelete
  8. tak tengok drama yang ganas ganas..bunuh bunuh ni...

    ReplyDelete
  9. Point tu saya setuju. Saya suka part mainan tu je, mendebarkan. part ganas sampai membunuh tu memang tak patutlah.

    ReplyDelete
  10. belum terjebak lagi nak layan squid game ni ,

    ReplyDelete
  11. Kak Sue baru tengok episod satu.. pastu tertangguh sebab macam slow sikit cerita dia bagi Kak Sue.. tak tau lah episod yang lain nanti kan. Apapun Kak Sue setuju jugak pendapat Adda tu..

    ReplyDelete
  12. Point mama Nadia setuju. Sebab Nadia pun tak berapa berkenan dengan cerita ini. Game nya menarik, tapi dari segi cinematography saya rasa element saspen semua kurang . Dia mcm tiba tiba eh mati? Oh mati sudah? What? mati?

    Yang element seks tu juga, saya rasa mcm tiba - tiba??? Macam ntah apa apa pulak sbb tetiba je ada.

    Lepastu sloww betul cerita dia. haha slow sangat.

    ReplyDelete
  13. sy nk tgk jg tp sbb terjumpa spoiler dulu trs x jd tengok hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom