Review Korean Drama W: Two Worlds Apart - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, July 22, 2021

Review Korean Drama W: Two Worlds Apart

Review Korean Drama W: Two Worlds Apart. Mama tengok cerita ni disebabkan mama terlalu suka tengok cerita I am not Robot baca ni Review Korean Drama I Am Not A Robot . Sebab mama terbaca komen di rating I am not robot yang cerita W Two World ni pun sama best macam cerita I am not robot. Penulis / director orang yang sama. Maka, terus la mama pergi tengok sinopsis dan terus rasa nak tengok cerita ni. Ada elemen fiction tentulah mama suka. Review Korean Drama W: Two Worlds Apart 


Rupanya memang tak nyesal tengok cerita ni. Mama bagi 10/10 sama macam I am not robot. Cerita ni menarik sangat dan buat mama tak sabar tunggu episod seterusnya. Sentiasa berdebar dan tertanya-tanya apakah ending cerita ni nanti. Mama habis tengok cerita ni dalam masa 2 hari je tau.


Review Korean Drama W: Two Worlds Apart 


Jumlah Episod: 16

Tarikh Tayangan: Julai - September 2016

Genres: Action: Thriller, Romance, Fantasy

Pelakon: Kang Chul (Lee Jong-Suk), Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo), Yoon So-Hee (Jung Eugene), Seo Do-Yoon (Lee Tae-Hwan)


Masa mula tengok episod pertama mama dapat rasakan yang pelakon lelaki ni macam kureng sket. Maaf lah ye mama ni tak kenal pelakon korea. Nampak sama aje semuanya cuma Jong Suk ni first impression dia jambu. Ada adegan dia kena stab dengan teruk tapi muka masih control ensem. So, macam tertanya-tanya juga betul ke mama buat keputusan tengok cerita ni. Tapi bila dah masuk pertengahan episod kedua dan seterusnya terus mama tak x boleh berhenti tengok sebab plot dia sangat menarik dan lakonan semua pelakon memang mantap termasuklah lakonan Jong Suk tu. 


Sinopsis Drama W: Two Worlds Apart 

Cerita ni berkisahkan tentang 2 dunia dimana Oh Sung Moo, bapa pakar bedah kardiotoraks Oh Yeon Joo, hilang secara misteri semasa menulis bab terakhir webtoonnya "W". Yeon Joo pergi ke pejabatnya mencari, tetapi ada tangan keluar dari monitor dan menariknya masuk ke dunia webtoon. 

Rupanya watak utama webtoon ayah Yeon Joo hidup walaupun berada di dunia cartoon. Kang Chul adalah seorang biisnesman yang berjaya dan punyai masa silam yg tragik. Bila wataknya cuba dibunuh oleh penulis, dia berusaha untuk survive dan merubah jalan cerita asal penulis. Kerana desperation ini, Kang Chul secara tak sengaja menbuatkan Yeon Joo masuk ke dunia webtoon. Yeon Joo akhirnya menyelamatkan Kang Chul.

Semua pelakon mantap dan watak semuanya strong dan mengecewakan.

Setiap kali watak Kang Chul ingin dibunuh ayahnya Yeon Joo selalu ditarik ke dunia webtoon sebagai penyelamat. Pada mulanya dia merahsiakan identiti diri dia sebab di dunia Kang Chul Yeon Joo takde identiti dan menjadi buruan. Dia berkenalan dengan Kang Chul dan akhirnya mengungkap misteri dunia webtoon dan dunia sebenar. 

Apapun cerita ni memang thrill, kelakar dan romantik. Seperti membaca webtoon Yeon Joo selalu buat perkara2 pelik supaya episod webtoon berakhir dan dia boleh balik ke dunia sebenar. Macam-macam dia buat secara random dan kelakar tengok reaksi Kaang Chul contohnya kiss Kang Chul, lempang Kang Chul dan sebagainya.

Bersama-sama mereka ingin mengakhiri cerita webttoon mengikut kehendak mereka agar dapat ending happy ever after tapi macam-macam halangan berlaku. Pelbagai counter measure diorang buat seperti berkahwin, recreate webtoon supaya Kang Chul hilang ingatan dsbnya untuk menamatkan dan menyelamatkan dunia komik ni tetapi ada saja rintangan. Ni yang buat mama tengok tak berhenti sebab nak tahu apa yang akan terjadi. Watak Kang Chul memang smart dan reliable, buat kita trust kepada hero yang boleh selesaikan semua masalah.

Babak yg paling sedih bagi mama.  Inilah pengakhiran komik w. Adakah in endingnya? Jeng2 korang kena tgk sendiri. Selain dari babak ni mama rasa sedih gak masa mula2 Kang Chul hilang ingatan. Betapa heartbroken Yeon Joo bila suami sendiri tak kenal dia. Bagus betul lakonan heroin ni.

Cerita ni memang best dari segi visual hero dan heroin memang cantik dan ensem (lepas dah tengok baru pasan Jong Suk ensem haha). Plot hebat & kreatif sgt, byk action, pelakon hebat dan konsepnya memang unik. Cuma mama faham tak semua orang akan suka cerita ni sebab ia agak complicated dan byk putar2. Apapun memang cerita ni kena dengan mama dan mama memang suka sgt2. Nanti nak repeat tengok lagi.


Kalau korang tak tengok lagi citer ni try la tonton. Tak nyesal tau.

13 comments:

  1. Selalu juga ada cerita pasal realiti dan komik.

    ReplyDelete
  2. cite ni dh donlot tp xde ms lg nk layan..
    ni rs xsabar nk tgk ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi tengok cepat nanti bgtaufeedback ezy suka ke tak citer ni

      Delete
  3. konsep drama ni best dan unik tapi bila sampai pertengahan plot semua merapu..haha

    ReplyDelete
  4. syu pomn suka drama ni. dah tgk 2 kali. suka pelakon dan jln cerita dia hehe

    ReplyDelete
  5. Wah, nampak menarik lah jalan cerita nie, sebab ada fantasi sikit... Nak kena cari kat online nie..

    ReplyDelete
  6. ala die punya efforts tu kesian tengok..
    done masukkan dalam wishlist

    ReplyDelete
  7. Citer ni best!!! Dah tengok memang best!! Oh ya, Cik TK suka semua citer yang ada Lee Jong Suk!!

    ReplyDelete
  8. Ulang la banyak kali mesti akan nangis kat beberapa part:

    1. masa terpaksa delete memori hero
    2. masa dorang dah kawen tapi hero lupa
    3. masa konon dah tamatkan kisah dalam webtoon tp hidup balik.

    hUwaaaaa!!! Sedih sangat!!

    ReplyDelete
  9. dah tengok, memang best.. hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom