Kena Cerai Talak 3 - Babai Adsense - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, July 15, 2021

Kena Cerai Talak 3 - Babai Adsense

Kena Cerai Talak 3 - Babai Adsense. Nampaknya appeal yang mama buat pada google 26 June lepas telah ditolak setelah mama terima reply pada 12 July. Baca ni Berita Gembira & Berita Sedih, Adsense oo Adsense


Ni jawapan dari google

Kejam betul bunyinya kan huhu.. sombong betul adsense ni. eleh kita pun x heran la..

Masa mula-mula baca email ni mama terasa macam bercinta pula nak merayu supaya diterima cinta mama, tapi akhirnya cinta mama di tolak dan terus dikenakan talak 3. Dia taknak rujuk dah dgn mama haha. Perasaan mama takdelah sedih, tapi rasa macam tak percaya. Setelah beberapa minit akhirnya mama dah OK. Kalau dia xnak kita, apa mama boleh buat. Mama pun x heran daa.. Bila direnung balik, tujuan mama berblog adalah sebagai hobi dan tempat untuk menyimpan kenangan mama. Kalau ada income alhamdulillah. 

Tapi mama sebenarnya tertanya-tanya juga apa yg buat ads ni merajuk. Kalaulah dia bagi details kan senang mama nak setel. Kalau korang ada cara untuk tahu dan selesaikan masalah macam ni bgtau la ye. Ada sesapa penah ada pengalaman kena cerai dengan adsense tak?


Isi Invalid Activity Appeal Form - mamapp

Mama isi Appeal Letter Form Google kat link ni https://support.google.com/adsense/contact/appeal_form_adsense_admob

Appeal form yang mama dah isi. Simpan sini buat kenangan. Mama rasa ads tak happy dgn jawapan mama ni.. 

Submission successful and then kena reject haha..


Apa Itu Invalid Traffic Google Adsense?

Mama tinggalkan nota sket kat sini apa punca invalid traffic
  • Mengklik iklan di laman web anda sendiri, saluran YouTube atau aplikasi anda
  • Satu atau lebih pengguna berulang kali mengklik iklan di laman web, saluran YouTube atau aplikasi anda
  • Menjana atau menerima lalu lintas bot atau automatik
  • Menggunakan sumber lalu lintas yang diberi insentif
  • Memanipulasi cara iklan disiarkan
  • Mendorong pengguna untuk menyokong laman web, saluran YouTube, atau aplikasi anda melalui interaksi iklan
  • Penempatan iklan menipu pengguna atau menghasilkan klik yang tidak disengajakan
  • Iklan disertakan dalam aplikasi

Sumber: https://support.google.com/adsense/answer/57153?hl=en


Apakah petua untuk menulis rayuan lalu lintas tidak sah yang berjaya? What are some tips for writing a successful invalid traffic appeal?

Berikut adalah beberapa petua yang mungkin berguna bagi anda semasa membuat rayuan:

  • Semak sebab umum akaun AdSense dinonaktifkan kerana lalu lintas tidak sah . Adakah sebab-sebab ini berlaku untuk anda atau kandungan anda? Adakah rakan anda terlalu banyak mengklik iklan anda? Adakah anda membeli lalu lintas yang menyebabkan lonjakan lalu lintas tidak sah? Bolehkah anda membuat perubahan kandungan dan / atau tingkah laku untuk mengelakkan lalu lintas yang tidak sah berlaku lagi?
  • Tinjau implementasi iklan di situs desktop, situs mudah alih, dan / atau aplikasi mudah alih anda. Fikirkan bagaimana perjalanan pengguna biasa anda, dan lihat apakah pelaksanaan iklan tersebut dapat menyebabkan pengguna mengklik iklan anda secara tidak sengaja.
  • Dalam borang rayuan, berikan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Google AdSense anda yang dilumpuhkan. Ini akan membantu kami mencari akaun anda dan mengurangkan kelewatan dalam memproses rayuan anda.
  • Beritahu kami apa perubahan yang akan anda buat untuk masa depan. Sistem atau tingkah laku apa yang telah Anda buat untuk memastikan perkara ini tidak berulang? Sebagai contoh, beritahu kami bagaimana anda telah menyesuaikan pelaksanaan iklan anda, menilai sumber lalu lintas anda, dll.


Mama baca dan try follow tips ni masa buat appeal tapi still kena reject gak huhu. Ada sesapa yang pernah ada masalah macam mama dan dapat buat balik tak akaun adsense? Kalau ada bgtau la ye. Boleh share2 knowledge dgn mama..

K bai tu je la nak citer arini

37 comments:

  1. lahai.... sabar ya mamapp.... dugaan berblog...

    ReplyDelete
  2. Adoiii! kena cina buta baru boleh rujuk balik MP. #guraujer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ini lawask mrs A.. mama guna innity je la as cina bute haha

      Delete
  3. Sabar Adda..maybe allah nak bagi rezeki lain..tapi memang pelik la bab invalid traffic ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. mmg dari dulu dia jaki dgn blog saya ni kak uii

      Delete
  4. Memang rasa tak percaya jer kan..

    ReplyDelete
  5. susah juga ye... sensitif betul

    ReplyDelete
  6. abe kie pun kdg2 terima warning drp adsense. dia kata abe kie melanggar peraturan itu ini sdgkan abe kie x buat pun. Malas nak ambik pot. Lama2 dia OK balik dgn abe kie. Tapi kes mama ni memang x leh bawak bincang nampaknya. maaf, x dapek den nnak nolong.

    ReplyDelete
  7. Alahai, kesiannya pada mama.. Takpe mama, Insha Allah, ada rezeki mama yang lain nanti..

    ReplyDelete
  8. Rasa nya lately ni mcm ada terbaca kes2 mcm ni cuma memasing pun xde jalan penyelesian.. Bak kata adda la, adsence ni dh sombong sbb dia dh ramai 'pelanggan'

    ReplyDelete
  9. Sampai sekarang saya tak faham tentang Adsense ni. Main letak aje. Hahaha.

    Semoga dipermudahkan segala urusan mamapipie. Harap dapat balik akaun adsense tersebut.

    ReplyDelete
  10. naniey baca yang adsense respond tu pun rasa macam aduh sakitnya hatiku..
    Try guna acc lain apply.. (acc gmail lain)

    ReplyDelete
  11. Hurm
    Rabia pulak pembayaran dihentikan sebab tak sahkan alamat . rabia isi alamat rumah dahh . tapi ada dia sebut no pin. No pin tak dpt lg lah sebabnya USD rabia naik sikit je kan . tak smpai 100 USD lg

    ReplyDelete
  12. Macam renyah jer Adsense ni kan.Syu lepas tukar domain, macam lapang sikit blog Syu tak keluar iklan dari Adsense 😁.Macam aman damai gittew.Ki3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujurnya mama pun rasa lapang pula hati tgk blog x de iklan syu

      Delete
  13. gee pun dah try banyak kali mohon tapi tak lepas juga

    ReplyDelete
  14. Macam tu pulak ye. adoilah.. saya pun seram juga kalau tiba-tiba dia buat hal kan

    ReplyDelete
  15. Sedih kalau bukan salah kita atau tidak pasti apa sebenar kesalahan kita.
    Harap tidak lama AdSense merajuk.

    ReplyDelete
  16. Adoiii, frust jugak kan sebab tak tahu mana silap kita kan mama, sabor ajelah, tak de rezeki nakk beradsense.

    ReplyDelete
  17. Adsense oohhh adsense... Aien pun dah jemu nak tengok dah. Ada ada la. Berblog maksud meluahkan isi hati dan mengisi masa lapang. Hehe Tak apa mama.. in shaa Allah ada rezeki lain dengan ads yng lain.

    ReplyDelete
  18. CCL sampai sekarang takda rezeki nak beradsense . .dah cuba banyak kali tetap gagal .

    ReplyDelete
  19. bebaik la korang yg ada ads ni.. ibarat boyfren/girlfren yg sensitif. salah buat sket terus dia minta putus kiki

    ReplyDelete
  20. sib baik kita tak apply adsense. sentitif jugak dea eh :)

    ReplyDelete
  21. adeh takda dah ads kt sini. Kalau mama buat sebagai hobi untuk blogging ni should be ok la kn

    ReplyDelete
  22. Allahu. Kesian mama. Moga ada rezeki lain Allah gantikan

    ReplyDelete
  23. Kenapa yea? Sha pernah dapat warning gini, tapi memang terklik sendiri.. anak yang klik..geram betul masa tuu...

    ReplyDelete
  24. aduhhh sedihnya. Risau jugak jadi macam ni. Sekarang makin lama makin ketat pulak semua rules digital platform ni.

    ReplyDelete
  25. sabar la adda.. sedih betul baca.. tapi still ada innity kan?

    ReplyDelete
  26. Kalau dipikirkan jadi pening kenapa ads bg invalid klik tuh, Moga ada rezeki lain InsyaAllah

    ReplyDelete
  27. Sabar ya Adda.. mungkin ada rezeki lain yang lebih baik untuk Adda nanti..

    ReplyDelete
  28. Strict betul adsense sekarang ni. Ada je yang tak kena. Kadang tak faham juga apa salah yang kita buat. Semoga ada rezeki lain yang datang. Aaaminn...

    ReplyDelete
  29. Saya x pernah lagi dengor ada kes gini.. pestimeee baca ni haa... Wahduh, gawat dong.. Hmm.. org dh x nak, buatpe terhegeh hegeh kan.. EHHHHHH.... Tak nak try email out lagik ke

    ReplyDelete
  30. Cik TK pun tak berapa faham pasal macam mana boleh jadi invalid trafik ni sedangkan kita tak buat. Satu lagi, macam strict sangat je.

    Cik TK pun actually kurang faham juga pasal adsense ni, main letak je adsense tu, lagipun blog tu untuk hobi dan sharing.

    Tak apa, sabar ya mamapp.. mana tau ada rezeki yang lebih baik lepas ni...

    ReplyDelete

Words of wisdom