Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, July 8, 2021

Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka. Tu dia adakah tajuk akan mengundang kontroversi? Disebabkan macam dah lama tak travel (padahal baru 2 bulan lepas mama merentas negeri haha), mama dah mula rindu nak pergi ke tempat-tempat favourite kami. Nak tengok sunset tepi pantai, nak stay hotel  dan explore makanan di tempat baru huhu.. cepatlah Covid berlalu. Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Mama di tahap dah mula termenung tengok gambar-gambar percutian lama dan buat wallpaper di hp dan desktop. Adakah mama di tahap kritikal? Harap-harap masih boleh control lagi. Bila cerita tentang travel, kalau ada kat sini yang nak bina banglo di Klang boleh roger Kontraktor Rumah Klang ni ye.


Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka (Virtual visit)

Mama nak share pengalaman melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka secara virtual visit beberapa hari lepas. Best ke tak virtual visit ni? Memang best sangat tau. Sebab kita dibawa oleh petugas di sana berjalan di sekitar taman buaya, masuk sangkat buaya, tengok diorang bagi makan buaya dan binatang lain. Penerangan yang diberi memang superb dan ala crocodile hunter steve irwin pula sampai mama rasa lagi syok virtual visit ni. Sebab bila ke sana kita kena baca sendiri semua info. Kat virtual visit ni kita cuma dengar dan lihat saja. 

Jom layan gambar


Dapat tengok up close and personal. Cute baby emu tu kan

Rasa macam berada di sana. Penerangan dari staff lengkap dan informative contohnya macam mana nak kenal jantan dan betina, macam mana nak kenal ular berbisa dgn tak, macam mana nak buat kalau buaya serang, etc


Boleh lihat keeper masuk kandang buaya dan dpt lihat interaksi keeper dgn buaya. 

Paling best, mama tgk ni dgn anak mama kat dapur sambil memasak. Sila abaikan periuk belanga dan meja yang bersepah dgn bawang bagai tu ye hik hik.. Habis live, lauk pun siap dah boleh makan dah. Siap 2 lauk. Tempoh masa live sepatutnya 1 jam setengah tapi actualnya 2 jam. OK la tu kan. Berbaloi.

Bagi korang yang terasa nak pergi melawat taman buaya mama rekemen join virtual visit ni. Yang mana ada anak-anak kecil tentu diorang akan rasa seronok. Kalau boleh tengok kat TV lagi best. Bila mama tengok feedback visitors melalui grup whatsapp semuanya positive dan happy. Syabas Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.


Macam Mana Nak Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka Musim Covid-19 (Virtual Visit)

Mudah aje kalau korang nak join boleh whatsapp kat no di bawah ni

Detail


Grup wasap. Dalam ni ada lebih kurang 200 orang. 


Tempahan Lawatan Maya Taman Buaya & Rekreasi Melaka
Berikut adalah prosedur bagi tempahan dan lawatan maya Taman Buaya & Rekreasi Melaka:

1. Lawatan Maya ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad.
2. Terdapat dua sesi lawatan bagi setiap satu hari iaitu 11.00 pagi (sesi 1) & 2.30 petang (sesi 2)
3. Slot lawatan akan ditentukan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka berdasarkan kekosongan slot yang ada.
4. Penyertaan lawatan terbuka untuk setiap peringkat umur.
5. Sesi penerangan sepanjang lawatan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.
6. Lawatan maya akan dibuat menggunakan medium aplikasi You Tube (private link).
7. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM7.00 seorang bagi kanak-kanak dan dewasa.
8. Setelah butiran lawatan diisi, pembayaran hendaklah dibuat ke akaun berikut:
MAYBANK 5540 1763 7193 - Taman Buaya & Rekreasi (Melaka) Sdn Bhd
9. Setelah pembayaran dibuat, pihak kami akan hubungi anda bagi penetapan slot lawatan maya bergantung kepada slot kekosongan yang ada.
10. Setiap tarikh & slot akan ditentukan oleh pihak Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi 017 455 2294.



12 comments:

  1. Bijak kan buat secara dalam talian. Lagi bagus sebab duduk sambil dengar penerangan. Pengalaman berbeza.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Bolehla bantu income mereka untuk mantain taman tu dan bagi makanan untuk haiwan. Kalau saya tak boleh kot masak or makan tengok tayangan pasal buaya. Saya penggeli dengan makhluk reptilia. Huhu

    ReplyDelete
  3. Ok.. nanti lawat muzium pulak...Minggu depan buat lagi..

    ReplyDelete
  4. Menarikk! Boleh jana pendapatan walaupun orang ramai tak boleh pergi kann, jadi buat secara online pun okey.

    ReplyDelete
  5. dulu time cuti sekolah memang ke taman buaya nilah

    ReplyDelete
  6. woahhh kreatif cara diorang nak tarik pengunjung. Nak try jugak lah, dah lama tak pergi zoo tapi takut nak tengok ular dekat2

    ReplyDelete
  7. Musim pandemik ni. Tengok virtual online pun dah rasa seronok dah.

    ReplyDelete
  8. Menarik mama lawatan dari maya ni..bagus juga!
    masa croll tgk gmbar buaya terkejut hahahaa

    ReplyDelete
  9. menarik.. cuma tak faham pasal bayaran.. kalau sekeluarga yang nak tengok dari satu gajet ni kira macamana adda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayo rm7 je ta.. tapi kalau nak bayar lebih boleh je support diorg

      Delete
  10. korang try la beli tiket dan tgk online. confirm x nyesal.

    ReplyDelete

Words of wisdom