Pengalaman Pergi Aquaria KLCC di Musim Pandemik Covid-19 (Video) - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, June 30, 2021

Pengalaman Pergi Aquaria KLCC di Musim Pandemik Covid-19 (Video)

Pengalaman Pergi Aquaria KLCC di Musim Pandemik Covid-19. Cerita ni adalah cerita yang agak basi. Cerita sebelum anak mama masu MRSM lagi. Mama lupa nak story kat sini sebab kebizian waktu tu. Baru sekarang mama sempat nak share Pengalaman Pergi Aquaria KLCC di Musim Pandemik Covid-19.


Alkisah sebenarnya mama memang takde plan nak ke Aquaria tapi disebabkan anak mama yang teringin nak pergi sebelum masuk asrama so kami usahakan juga lah pergi,. Kebetulan masa tu cuti sekolah. Kami ke sini 3 April yang lepas. Kami bertolak dari Shah Alam pagi. Perjalanan smooth aje tak banyak kereta sangat. Ramai yang tinggal di Klang/ Shah Alam sekarang sebab kos bina rumah yang berpatutan.


Pengalaman Pergi Aquaria KLCC di Musim Pandemik Covid-19

Disebabkan kami x plan ke sini, maka tak sempat mama nak beli tiket online. Kami terus pergi dan bila sampai kesana memang crowd agak ramai dah.

Suka sangat tengok gambar ni. Cantik kan. Pandai juga mama ambil gambar hihi.. 

1) Register dulu melalui staff bertugas

Mula-mula sekali kami kena beratur dan register dengan staff yang berada di ruangan pintu masuk ke Aquaria. Tak perlu risau sebab ramai staff yang bawa tablet/handphone. Dia akan minta detail termasuk no handphone kita.

2) Tunggu SMS

Seterusnya kita kena tunggu SMS macam di bawah ni. Bila dah dapat SMS baru kita boleh masuk dan beratur beli tiket pula. Honestnly mama rasa beli tiket kat sana OK juga sebab bila tengok orang yang beli online sama aje lane dia dgn kami. Takde laju sangat pun. 

Ambil masa juga tunggu SMS ni. Mama rasa sebab dia limitkan bilangan orang yang masuk ke dalam.

3) Enjoy Aquaria KLCC

Selepas beli tiket, bolehlah kita masuk ke Aquaria. Memang agak ramai tapi memasing nampaknya masih menjaga dan terjaga penjarakan sosial. Ni antara gambar yang mama ambil





Tengok ketam gergasi ni teringat kat Under waterworld Langkawi [Baca Pergi Underwater World Langkawi ]


Video Aquaria KLCC 

Bila rindu Aquaria bolehlah korang tengok video di bawah ni. Setelah 2 bulan bila tengok balik video ikan-ikan ni rasa tenang pula perasaan ni. Mari mama bawa korang ke Aquaria. Jom tengok video ni...


Cakk.. sempat selfie dgn en shark

Harga tiket Aquaria KLCC

Harga tiket Aquaria KLCC adult RM49, child & Senior citizen RM39, OKU RM19.


k baii

16 comments:

  1. Terubat rindu nak jalan-jalan bila tengok video mama ni.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah buat secara online mama. Nampak macam best jugak walaupun secara online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga tu online pun online la kan. buat melepas rindu nak jenjalan

      Delete
  3. pernah aquaria dulu
    rinduuu nk pergi KL

    ReplyDelete
  4. memang seronok bawa anak2 explore aquaria ni kan mama, baru-baru ni kak ana ada terbaca adanya virtual vivit Aquaria secara Google meet dengan bayaran rm5 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah tu kak.. boleh sgt tu. kita support ikan2 kat sana.

      Delete
  5. Tak pernah pergi aquaria ni. Tapi kalau ada geng nak pergi ni confirm jadi.

    ReplyDelete
  6. Boleh tengok video balik untuk mengubati kerinduan.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya.. Dulu pernah pergi galeri Petronas saja. Seronok tempat tum

    ReplyDelete
  8. dah ada virtual visit ni lagi senanga dan murah kan. jom kita sama2 gi aquaria jom

    ReplyDelete
  9. saya memang teringin untuk ke sana...harao dapat tercapai juga nanti

    ReplyDelete
  10. Last pi Aquaria ni masa dania nyer rombongan tadika umur 5 tahun...hahahahaha...

    ReplyDelete
  11. ramai orang tak masa ko pergi? macam best je kan..rindunya nak jalan2

    ReplyDelete

Words of wisdom