6 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah! - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, June 17, 2021

6 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah!

6 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah!

Setiap seorang rakyat Malaysia tak boleh lari dengan syurga makanan dan minuman di negara kita. Sentiasa ada menu baru dan menarik.  Setiap makanan dan minuman akan berevolusi mennjadi makanan dan minuman fusion yang kena dengan tekak rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Minuman pun ada pelbagai variasi yang sedap dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Mari mama kenalkan  6 Minuman Yang Popular Di Malaysia, Tak Cuba Tak Sah! Tentu sekali 6 minuman ni adalah kegemaran mama juga.

1. Teh Tarik

Image : Flickr @ Jonathan Lin


Teh tarik sememangnya merupakan minuman yang digemari ramai dan ia turut terkenal di Indonesia. Nama teh tarik itu sendiri diambil daripada kaedah untuk membuatnya di mana ia perlu ditarik sebelum boleh dihidangkan. Selepas teh dan juga susu yang menjadi bahan utama untuk membuat teh tarik dicampur menjadi satu, campuran tersebut dituangkan ke dalam gelas yang lain dengan jarak yang agak jauh seolah-olah sedang ditarik oleh pembuatnya.


Teh tarik pada pertama kalinya dibuat oleh Mamak atau India Muslim di Malaysia dan ia telah menjadi sebab kenapa ramai penjual teh tarik berbangsa India terutama yang beragama Islam. Minuman satu ini sesuai diminum secara panas ataupun sejuk, tetapi ramai yang gemar menikmatinya dalam keadaan panas.


2. Air Bandung

Image : Flickr @ eric ...


Air bandung atau dikenali juga sebagai sirap bandung adalah minuman yang sememangnya terkenal dan digemari ramai di Malaysia. Selain daripada Malaysia, sirap bandung juga turut terkenal di negara Singapura dan Brunei.


Ianya sangat mudah untuk dibuat dan bahan utamanya adalah susu sejat atau susu pekat yang di kemudiannya dicampur dengan sirap mawar. Proses ini memberikan warna merah jambunya yang tersendiri dan terang.Di Malaysia, sirap bandung banyak disajikan di gerai-gerai milik bangsa Melayu dan juga Mamak. 




3. Jus Laici


Laici merupakan sejenis buah tropika yang sememangnya dikenali ramai. Laici atau dikenali juga dengan ejaan Lichi atau Litchi berasal daripada China dan juga seluruh Asia Tenggara. Buah laici dan longan berasal daripada jenis yang sama dan mempunyai bentuk yang hampir sama. Jika di Malaysia, buah longan lebih mudah untuk didapatkan berbanding buah laici. 


Jus sangat menyegarkan dan ringan. Ia adalah minuman yang mudah untuk dibuat dan dapat menghilangkan rasa dahaga yang baik pada hari yang panas. Anda disarankan untuk menambahkan buah laici ke dalam jus ini bagi menaikkan lagi rasanya. Buah-buah laici itu kemudiannya dapat dinikmati selepas selesai minum jus laici tersebut. 




4. Ipoh White Coffee

Image : Flickr @ velverse


Seperti mana namanya,kopi ini berasal daripada Ipoh tetapi bertentangan dengan namanya, kopi ini tidak berwarna putih. Namanya berasal daripada teknik memanggang di mana biji kopi dipanggang dengan ringan dalam marjerin sebelum digiling dan dibancuh. 


Asal-usul cara memanggang ini selalu dikaitkan dengan pendatang Hainan yang menetap di Malaysia yang mengadaptasi teknik klasik untuk membuat minuman yang mempunyai rasa kopi dan karamel yang ringan. Kopi putih Ipoh biasanya diperkaya susu pekat dan biasanya mempunyai buih yang ringan di permukaan air kopi ini. 




5. Teh Tiga Lapisan


Minuman sejuk ini dipanggil teh tiga lapisan kerana disebabkan ramuan teh yang berlapis di dalam gelas kaca yang tinggi. Teh ini sangat sesuai untuk dinikmati terutama pada hari yang panas terik bagi menyegarkan tubuh. 


Seperti lapisannya, terdapat tiga bahan utama yang diperlukan untuk membuat teh ini. Lapisan bawah diperbuat daripada gula Melaka cair dan lapisan yang kemudiannya adalah susu pekat manakala pada bahagian paling atas adalah teh hitam pekat. 


Ketumpatan setiap bahan membuatkan minuman ini mempunyai tiga lapisan. Orang akan mengacau dahulu sebelum minum air tersebut bagi mencampurkan bahan-bahannya. Minuman ini telah mendapat populariti selama beberapa dekad dan ia juga boleh didapati di seluruh Malaysia, tetapi jika anda mencari teh tiga lapisan yang asli, Sarawak adalah tempat yang harus anda kunjungi. 




6. Milo Ais

Image : Flickr @ Zed Zeni


Milo adalah salah satu produk keluaran Nestle. Ianya merupakan minuman coklat dan malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Pasifik. Di Malaysia, rakyatnya gemar menikmatinya secara sejuk dan tentu saja akan ditambah gula dan juga susu pekat. 


Antara variasi yang popular adalah ‘Milo Dinosaur’. Tidak ramai yang tahu bagaimana ia boleh mendapat namanya. Ia secara ringkasnya adalah Milo Ais dengan tambahan serbuk Milo sebagai topping. 


Image : foodmsia.com/


Lihat minuman-minuman ini sedap juga kan? Nak minum tak susah, Foodpanda kan ada! Eh siapa cakap Foodpanda hanya untuk order food jer, nak pesan minuman pun boleh okay. 


Minuman yang ditawarkan di dalam Foodpanda ada bermacam-macam jenis, dari minuman ala Asia hinggalah kepada minuman trendy ala barat dan sebagainya. Harga pun agak berpatutan. Paling happy order boleh buat secara online dan pesanan akan terus dihantar sehingga ke lokasi yang ditetapkan. 


Mudah dan sangat berbaloi. Yes!!


26 comments:

  1. Aduh, suma sedap² airnya.. minum plak di musim panas nie..🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shikin.. lepak mamak pulak tu pehh

      Delete
  2. Paling memikat hati ialah teh tarik. Tapi dah lama giler tak minum. Huhu

    ReplyDelete
  3. Aduh... Kopi 0 tak masuk senarai pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi kena buat list lain pula. kopi pun ada byk jenis kan

      Delete
  4. rindu pula teh tarik kedai mamak kan huhu :)

    ReplyDelete
  5. sedap semua air tu mamapp..menyelerakan..

    ReplyDelete
  6. semua air nih sedap-sedap nak-nak minum time panas lepas tu beraisss perghhh legaaa rasa

    ReplyDelete
  7. Teh tarik tu favourite saya. Lupa sekejap kononnya nak kurangkan minum manis dan bersusu

    ReplyDelete
  8. Semuanya dah cuba . Paling menjadi pilihan ofkos la tea tarik dan bandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh tarik boleh dikatakan minuman kebangsaan dah.. semua org suka

      Delete
  9. Semuanya dah cuba . Paling menjadi pilihan ofkos la tea tarik dan bandung

    ReplyDelete
  10. no 4. tak pernah cuba kalau yang betul2 original. hehe..

    ReplyDelete
  11. Memang rugi tak cuba semua ni. Terutama teh tarik tu.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. sekarang mama suka teh tarik halia pula

    ReplyDelete
  15. buat minum petang best ni hehe

    laici tu ja minat yg lain kurang sikit hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom