KFC Chizza Dan KFC Float Mug Sarsaparilla

Sudah ramai Yang dah merasa menu terbaru Dari KFC iaitu KFC Chizza Dan KFC Float Mug Sarsaparilla. Tapi mama baru berpeluang merasa menu Dari KFC ni. Malam tadi masa baru balik Dari rumah Abang ipar Di Ampang mama sekeluarga singgah ke KFC seksyen 9 Shah Alam. Tentu sekali menu Yang mama pilih adalah KFC Chizza Dan KFC Float Mug Sarsaparilla.

Combo Chizza RM11.90. Ayah Syafi beli combo box Chizza RM15.90. Beza antara 2 menu ini ialah tambahan seketul ayam goreng Dalam menu combo box

Haa.. cuba tengok Sama atau tak hidang Chizza mama dengan gambar Dari promotion KFC? Boleh lah Kan. Cuma ayah syafi punya Chizza mmg tak menepati piawaian. Tak sempat mama nak ambil gambar sebab terus komplen dgn budak KFC. Ayah syafi punya Chizza langsung x nampak cheese yg rich mcm kat atas Tu. Menunggu aje rupanya. Kitaorang siap bandingkan pada adik Tu. Aik dik, takkan menu Yang sama tapi Rupa lain2 pulak Kan 

Inilah Yang terkandung dalam KFC Chizza ni. Rasanya macam pizza. Bezanya cuma pizza Kan altopping semua atas doh, tapi Chizza ni topping dia atas filet ayam ala2 zinger Tu.

Untuk air Pula mama memilih float drink KFC Mug sarparilla. Ada satu lagi float ialah mirinda strawberry. Cyma tambah RM 1.60 aje boleh dapatkan float ni Dari menu utama. Rasanya memang ok lebih kurang macam rutbir a&w. Boleh lah order lagi. Cuma mama tak ambil gambar sebab hidang air ni diletak Dalam paper cup seperti air biasa. Tak nampak aiskrimnya. Pelik juga, Nama mug Dan Dalam gambar dihidang Dalam mug, tapi hasilnya Dalam paper cup aje huhuu.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. asben saya suka dok repeat beli chizza

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak ada sarsaparilla ni. Nanti nak try lah tapi macam taknak pun ye jugak sebab dalam paper cup je :(

    ReplyDelete
  3. Saya makan yang biasa makan je, takut nak cuba, lepas ni boleh lah cuba...

    ReplyDelete
  4. Ana dah rasa hari tu. Ok lah kak. Tp xlah sampai nk repeat lagi. Hehe

    ReplyDelete
  5. saya belum cuba lagi. adoi nampak gambar kat sini menggoda lah pulak. haha ^_^

    ReplyDelete
  6. Dah makan juga, tapi try je kakak beli/ Hmm, xberapa best, sebab macam xberapa rasa pizza sgt pon. Maybe kat tempat fatin kot mcm tu

    ReplyDelete
  7. KFC Chizza Dan KFC Float Mug Sarsaparilla, liat itu gambar jadi lapar...^^

    ReplyDelete
  8. penah cuba skali je chizza ni. tp mkn time dh sejuk, so xbape sedap sgt

    ReplyDelete
  9. Ayu tak pernah try lagi.. sebab ramai kata tak puas hati. hahaha. tak berani nak beli. Ayu suka makan zinger je. Yang tu ja Ayu rasa produk kfc paling best. hehehe

    ReplyDelete
  10. Selalu ter order ayam goreng juga bila di kfc

    ReplyDelete
  11. banyak yang review , cizza ni indah khabar dari rupa

    ReplyDelete
  12. Biasala mama, promotion kena lebih walaupun realiti krik krik..gambar 1st impression katanya..walaupun in realiti, apsal macam lain je ghupe...haha

    ReplyDelete
  13. Ramai juga yang komplen chizz ni indah khabar dari rupanya

    ReplyDelete
  14. tak pernah cuba lagi..sebab rasa macam pelik ja ayam+pizza..

    ReplyDelete
  15. Walaupun baru lepas lunch tapi bila baca entri ini terus lapar..
    LZ belum pernah rasa KFC chizza ni mungkin boleh cuba untuk dinner malam nanti..

    ReplyDelete
  16. ya ampun,baca ni terus terliur tau.huhu

    ReplyDelete
  17. Migha belum cuba lagi. Tengok advertisment dgn real macam menghampakan. Tue yang jadi takut nak cuba

    ReplyDelete
  18. Anak je sempat merasa sebab maknya kerja time tu, papa anak yang belanja.

    ReplyDelete
  19. ray rasa chizza sekali tu je. hihi

    ReplyDelete
  20. lom try lg sbb bla g kepsi mata sy cuma nmpk potato loaded je hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post