Tingkatkan metabolisme melalui makanan
Minta maaf semua, beberapa hari ni mama pipie sgt2 bz kat opis.. mmg tak sempat nk buat posting.. bila balik umah dh exhausted plak.. huhu.. Dah lama mama pipie tak share tips pelangsingan badan kan. Hehe mmg mama ni bukannya seorg yg kurus pong. Tapi tips ni utk bahan bacaan mama gak. Senang nak refer ye tak.. ok, korang nak tau tak 4 cara untuk tingkatkan metabolism hanya dengan memilih makanan yg sesuai aje.. Ada satu kajian menunjukkan terdapat 4 cara bagi menggalakkan dan seterusnya meningkatkan metabolisme badan. ;
1 Makan dengan kerap
Anda perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5 - 6 kali sehari. Amalan ini membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan sekali gus kadar metabolism badan meningkat disebabkan proses penghadaman sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 kali makan berat sehari. Dianggarkan 10% daripada kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme.
2 Makan makanan pedas
Makanan pedas mengandungi capsaicin yang mana boleh meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan.
3 Makan ikan
Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa menggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu, kandungan Omega 3 dalam ikan amat bagus untuk jantung anda.
4 Makan serat
Makanan yang berunsurkan serat membuatkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya.
Tags
health
bagus tip yang diberikan..
ReplyDeletesaya akan cuba. wish me good luck yer..hehehehe
ReplyDeleteyey suka makan ikan dan serat(sayur dan buah).mmg tgh diet.kihkih..
ReplyDeleteyg lg dua tu ssh sikit nak buat..:)
Today im late, but better late than ever ;) Have a great day!!!
ReplyDeletetapi sy x kuat mamam, hukk...
ReplyDeleteiena, ell, pn kutu.. jom kita amalkan. mama pn mula dh amalkan mkn ikan dgn sayur byk2,,
ReplyDeletecaliph untung la sebab mkn sket
sgt2 suke .. betul semua dik ;)
ReplyDeleteooo yeke.. br tau... nasib semua ni saya suke :-)
ReplyDeleteye ke kak ieda.. mmg sedang jadikan amalan ni.. manalah tau. kalau tak byk sikit pon ok lakan..
ReplyDeleteintan berlian, untung le awak ye
selalu dah buat..tp..xkurus2..haha..kena usaha lg nie..hee
ReplyDelete