Selamat menyambut Ramadhan..

Selamat menjalankan ibadat berpuasa kepada kengkawan semua.. semoga kita mendapat keberkatan di dalam bulan yang rahmat ini..
ada satu sms dari adik aku yg best.. bunyinyer cam nih:
"Bulan Ramadhan ni; anda suka dengar apa?
Radio?
Nasyid?
MP3 kegemaran?
Suara kekasih?
..
..
..
hmm.. anda tipu..
..

..

..
Anda suka dengar azan maghrib, kan???
Selamat Perpuasa"
haha.. kelakar kan.. tp bermakna kan. terkena batang idung sendiri haha.


Sedikit pengisian Ramadhan.. Jom kita baca tentang panduan Rasulullah ketika bulan Ramadhan.. sesungguhnya menghidupkan sunah Rasulullah besar pahalanya..

Di antara petunjuk puasa daripada Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan adalah:

1. Meningkatkan dan mempelbagaikan amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat.
2. Memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran, solat, zikir, iktikaf dan mengkhususkan beberapa
jenis ibadat yang tidak baginda lakukan pada bulan-bulan lain.
3. Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya dan disunatkan dengan mendahului kurma atau air.
4. Baginda bersahur pada waktu imsak di samping memberi semangat kepada sahabat serta umatnya untuk melakukan hal yang sama.
5. Rasulullah s.a.w melarang orang yang berpuasa mengucapkan kata-kata keji atau caci maki.
6. Jika baginda bermusafir pada bulan Ramadan, adakalanya baginda meneruskan puasa dan kadangkala
berbuka.
7. Baginda pernah dalam keadaan junub (selepas menggauli isterinya) ketika fajar, lalu segera mandi
junub walaupun telah terbit fajar dan tetap berpuasa pada siang hari itu.
8. Rasulullah s.a.w juga membebaskan daripada qada puasa bagi sesiapa yang termakan atau terminum
kerana terlupa dan tidak sengaja.
9. Dalam riwayat yang sahih ada disebutkan bahawa baginda pernah bersiwak (menggosok gigi) ketika
berpuasa.
10. Imam Ahmad juga pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menuangkan air di atas kepala
dalam keadaan dirinya berpuasa.
11. Semasa berpuasa juga baginda pernah melakukan istinsyaq (menyedut air ke dalam hidung) serta
berkumur. Tetapi baginda melarang orang yang berpuasa melakukan istinsyaq secara berlebih-lebihan.
 
- Rujuk Kitab Zaadul Ma’ad fi Hadyi Khairil ‘Ibaad, I/320-338

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post