Dinner di Laparbetul.co Kapar Klang Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, August 1, 2022

Dinner di Laparbetul.co Kapar Klang Selangor

Assalamualaikum semua. Apa khabar semoga semuanya sihat. Semalam mama cuci rumah di Klang dan selepas tu perut pun lapar. So, mama dgn hubby ngedate Dinner di Laparbetul.com Kapar Klang Selangor. Dah lama nampak medan makan ni baru sekarang berpeluang singgah. Memang kena dgn nama kedai, kami mmg tgh lapar masa ni hihi..

Medan seleran macam ni buat mama teringat konsep yang sama macam di Medan Makan Pesta Baru Muar Johor


Dinner di Laparbetul.com Kapar Klang Selangor

Korang jangan terkejut tengok menu yang mama dgn en hubby beli ni tau. Disebabkan kitaorang order separately tetiba memasing terkejut bla makanan-makanan sampai.. Last-last ada makanan yang tapau bawa balik sebab perut dari lapar betul jadi kenyang betul hihi..


Set ayam korea. Dah lama en hubby teringin. Pedas betul sos dia tapi sedap. Dalam set ni ada ayam, meatball dan fries+cheese. Harga RM 17

Nasi lemak hasnor dengan lauk Ayam goreng berharga RM 8. OK juga rasanya


Set kambing bakar RM 15 untuk mama. Not bad rasa dia. Kambing pun byk juga potion nya. Mama makan tak habis.


Ni mama pula yang terigin.. Sate ayam ni sedap RM 1.10 satu cucuk. Rasa kuah kacang dia pun sedap. Sate ni tak banyak lemak. Byk isi.


Tembikai laici RM 7 satu. Hubby and wifey sama pula menu air minumannya haritu..

Overall makan kat sini memang puas hati. Menu yang kami order semuanya sedap. Seating dia banyak juga dan ada outdoor seating yang luas. Next time bolehlah singgah lagi cuba menu lain pula. Cuma, kalau nak improve pun mama cadangkan meja tu kalau boleh tukar baru atau letak alas sebab meja yang ada ni nampak uzur dan permukaan pun kasar dan calat balar. Tengok gambar kat atas ni pun boleh nampak kan.


Maklumat Laparbetul.co Kapar Klang Selangor

Banyak kedai makanan kat sini.


Laparbetul.co

Alamat: 11, Jalan Dusun, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor

Masa operasi : 5:00 petang – 12 malam (Tutup hari Khamis)



11 comments:

  1. Alahai..makanan dha aaokey kemudahan plaka yang tak berapa ok kan..betul kalau restaurant ni nak tarik orang ramai kena la betulkan apa yang dah uzur kan...

    ReplyDelete
  2. setuju mama. balut meja tu nampak cantik lagi. uish ni memang lapar betul ni

    ReplyDelete
  3. Memang nampak sedap sate ayam tu Mamapp.

    ReplyDelete
  4. Banyak order
    Memang lapar betul nampaknyer

    ReplyDelete
  5. Belum pernah mencoba makan sate ayam dari korea ini. Betulkah enak rasanya ya

    ReplyDelete
  6. Wah byk menu yg di order mmg betul2 lapar tu hihi. Set kambing bakar dgn air tembikai laici tu nampak sungguh menggoda...

    ReplyDelete
  7. Era saya nak makan sebegini dah berlalu...

    ReplyDelete
  8. Hi mama! berzaman Cuya tak singgah sini. Harap mama dan family sihat2 sahaja <3

    ReplyDelete
  9. tak jauh eh dari rumah ko kalau kapar ni?

    ReplyDelete

Words of wisdom