Alkisahnya, hari Jumaat lepas anak mama ada beritahu yang dia demam sejak hari Khamis. Bila berjauhan dan anak sakit ni memang la buat mama risau. So, mama suruh dia makan ubat dan katanya badan dah mula rasa makin sihat. Sekali pagi Sabtu tu dia whatsapp mama beritahu dia semput. Alahai bila terima berita macam ni terus buat mama tak boleh tidur.
Fikir punya fikir, mama terus decide turun ke Kedah untuk bawa dia pergi klinik. Kebetulan hari Sabtu tu outing. Dari Selangor ke sana ambil masa 5 jam lebih dan kebetulan highway pula jem ada kemalangan yg melibatkan lori terbalik. Risau mama tak dapat sampai ke Kedah sebelum pukul 5 ptg.
Tapi alhamdulillah kami berjaya sampai pada pukul 3.40 petang dan terus mama bawa dia ke klinik Harmoni di Baling. Doktor check suhu 38.3C dan heartbeat laju 113. Tekak dah merah. Akhirnya doktor bagi MC selama 4 hari. Tak sangka pula anak mama boleh dapat MC lama begitu. Doktor kata nampak muka dia terlalu letih. Anak mama ni masalahnya di asrama ialah dia taknak makan nasi masa lunch dan dinner. Dia cakap badan dah penat, so nak rehat sebab kat sekolah tengah banyak aktiviti. Inilah satunya masalah yang mama risaukan bila dia berjauhan ni. Susah sgt nak makan.
Selepas balik dari klinik, terus mama whatsapp pengetua dan akhirnya dapat la mama bawa balik dia ke rumah. Sekarang anak mama on antibiotic dan harapnya kembali sihat dengan segera. Dia kata dia masih rasa semput so nanti petang atau malam ni nak bawa dia gi klinik.
Kat asrama tu memang tengah ramai yg demam-demam. Kengkawan mama pun ramai yg tak sihat. Agaknya memang musim sakit sekarang ni kan.
Semoga semua yang terjejas kesihatannya, baik2 sahaja dan lekas2 sembuh
ReplyDeletepokoknya yang sakit semoga cepat diberi kesembuhan
ReplyDeleteyang susah segera dihilangkan kesusahannya
Terus dapat cuti 4 hari.
ReplyDeleteMemang dia kena jaga makan dan rehat.
semoga cepat sembuh dik
ReplyDeleteBetul. Tengah musim anak2 demam. Haritu bawak anak g check klinik soc cakap musim ramai budak2 demam.
ReplyDeletemoga anak mama cepat sembuh :)
ReplyDeleteMusim sekarang ramai yang sakit demam. Moga kembali sembuh.
ReplyDeleteAllahu Akbar! Paling risau kalau dengar anak demam, lagilah kalau yang berjauhan dari kita. Moga baik-baik saja.
ReplyDelete