Bersedekah Kepada Ahli Keluarga - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, January 7, 2022

Bersedekah Kepada Ahli Keluarga

Bersedekah Kepada Ahli Keluarga. Salam hari Jumat penuh keberkatan kepada semua. Harini mama nak buat perkongsian hadith tentang bersedekah kepada ahli keluarga. Sama-sama kita baca dan renungkan ye. Baca ni juga


Bersedekah Kepada Ahli Keluarga 


عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ


Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW  bersabda,: "Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu".(HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih


Kesimpulan Hadith:



1.  Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.

2.  Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pemberian kepada ahli keluarga merupakan sedekah. 

3.  Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab keluarga. Firman Allah:

وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ

“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (QS. Al Baqarah: 219).

Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).


4.  Sedekah atau pemberian kepada keluarga terlebih dahulu lebih diutamakan kerana ganjarannya lebih besar berbanding sedekah (pemberian) kepada orang lain.


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan


Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui ada ahli keluarga kita yang terkesan ekonomi mereka.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor telegram.me/hadisharian_ikram


15 comments:

  1. Sama samalah kita rajin amalkan bersedekah terutamanya hari jumaat ni. Terima kasih untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Kurang buat. Insya Allah cuba praktikkan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mengingatkan mamapipie 🥰

    ReplyDelete
  4. Setuju Mama. Apa-apa pun kena check ahli keluarga kita dulu keperluan cukup ke tidak

    ReplyDelete
  5. tqq atas perkongsian
    tp inilah masalah yg byk berlaku lazimnya yg jauh dibantu tp yg dekat dipinggirkan
    insyaAllah semoga kita dijauhkan dan ikut yg mana baik

    ReplyDelete
  6. Betul tu..dahulukan priority baru selanjutnya kan...

    ReplyDelete
  7. InSyaAllah.
    Sedekah dahulu kaya kemudian.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah terima kasih atas ingatan

    ReplyDelete
  9. konsep bantu keluarga yg dianjurkan islam ni amat bagus.
    bila kita jaga keluarga kita, takkan ada org yg susah sebenarnya, kan.
    adik beradik, ipar duai, anak2 buah, mak saudara, sepupu dan seterusnya.
    konsep kita jaga kita.

    ReplyDelete
  10. bersedekah merupakan amalan yang sangat mulia dan paling baik juga kepaada ahli keluargs sendiri

    ReplyDelete

Words of wisdom