Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, December 6, 2021

Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka

Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Mama sekeluarga termasuklah adik ipar dan keluarga telah mengembara ke selatan dan tempat menginap terakhir kami dalam pengembaraan itu ialah di Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Pada awalnya kami sepatutnya plan nak balik hari ru sebab dah 4 malam tidur di hotel. Tapi tiba-tiba adik ipar buat permintaan nak duduk tepi pantai pula. Nak bagi anak-anak main air pantai katanya.


Apalagi, kami semua on je dengan cadangan dia. Terus cari chalet area Pengkalan Balak dan akhirnya dapatlah kami book Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Baca ni juga:


Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka

Sebenarnya ini kali kedua mama menetap kat sini. Kali pertama adalah pada tahun 2015 kalau tak silap. Masa tu travel dengan arwah ayah setelah beberapa bulan mak mama meninggal. Travel tu untuk gembirakan hati dia walaupun kami tahu masa tu semua orang pun tengah bersedih. Tak sangka mama akan stay kat sini lagi. Chalet ni adik ipar mama yang pilihkan.

Kami sampai sini dah malam dah. Nampak bangunan chalet sama macam dulu juga. Teringat lagu malam tu mama bakar sate dan babeque kat tepi tu.

Kami book 2 bilik untuk 2 keluarga.


Bilik 1 - Bilik dengan 1 katil King dan 1 Katil  Queen (RM180)


Inilah bilik dengan 1 katil king dan 1 queen dan 1 extra tilam single. Memang luas biliknya ni. Bilik ni bersih dan luas. Cuma ada satu je kalau improve lagi bagus. Iaitu mcm ada bau pengap. Eh korang tau ke bau apa tu. Mama tgk kat dinding macm ada kesan air mungkin bocor dan tak berapa kering. Mungkin tu la punca bau tu kot.


Ada disediakan almari dan set minuman serta kettle. Ada extra bantal dan selimut. Memang tak kedekut chalet ni.


Terdapat juga meja, cermin dan  almari laci.



Bilik air


Bilik ke 2 - 1 Katil King (RM120)

Ni adalah satu lagi bilik yang mama book
Ada satu katil queen dan 1 tilam single disediakan.

Lengkap dgn TV, meja dan drawer



Overall stay memang ok. Owner sgt membantu dan sabar melayan kerenah mama yang asyik2 call tanya dan minta macam2. dan lokasi pun ok . Mama book bilik yg ada katil king dan satu bilik lagi ada 1 king dan 1 queen. Kedua2 bilik ada tilam extra dan sesuai untuk keluarga besar. 



Pemandangan depan chaler. Memang berdepan dgn pantai dan kawasan pantai ni tak berapa ramai org Lokasi chalet ni terletak kat hujungi. Location ok, cuma don't expect too much on rooms je la ye. Almaklumlah mcm chalet kat pulau juga. Tak boleh nak expect lelebih. Yang bestnya pepagi boleh lepak gazebo layan pemandangan pantai. Malam pun boleh gak melepak situ.


Maklumat lanjut Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka

Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka

Alamat: Batu 21 1 / 2, Jalan Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka, 78300 Masjid Tanah

Telefon: 012-915 1130



19 comments:

  1. ok lah tu mama. chalet sesuai dengan harga. bau pengap tu memang kerap la kalau musim hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sal tgk bilik 2 katil tu sal boleh nampak dinding dia ada kesan air. bocor kot

      Delete
  2. bestnya bercutian kak, dengan family baru meriah kan

    ReplyDelete
  3. Kampung suami ammi ni.
    Dulu2 masa awal kawin dan rumah kampung belum renovate mmg asal balik raya je book chalet sbb tka larat nak bersesak2 kat situ. Adik bradik suami ammi je dah 12 org bayangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar betul family suami ammi.. mama ni adik beradik 6 org pun beriiya cari homestay kalau semua nak balik sekali.. senang la ammi nak mandi pantai dekat je kan

      Delete
  4. Haah asal main pantai.
    Nampak biasa chalet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah biasa je Na.. yg penting budak2 boleh mandi manda kan

      Delete
  5. Boleh tahan luas jugak biliknya.. tapi bab berbau tu yang tak boleh tahan tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak sue.. luas tu mmg saya suka. yg ada bau tu saya buat2 tak tau je la hikhik dah book last minute

      Delete
  6. Cantik juga chalet resort...boleh lah travel kesana suatu hari nanti..

    Jangan lupa ke homestay ummi percutian melaka nanti..

    ReplyDelete
  7. welcome to pengkalan balak.
    ari tu sempat la seharian kami picnic tepi laut.
    mak abah aida balik kampung, tgk rumah yg da setahun tak balik.
    diorang lepas rindu kat rumah 2 malam.
    then balik Bangi semula...

    ReplyDelete

Words of wisdom