Potong Mood Memasak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 1, 2021

Potong Mood Memasak

Assalamualaikum semua, sebenarnya mama malas nak cerita peristiwa semalam kat sini. Tapi pagi ni bila buka blogger, terajin pula mama nak menaip. Simpan sebagai kenangan kat la sini hihi. 

Alkisah, semalam mama dengan semangatnya nak masak lauk ikan siakap sambal, sup sayur dengan suhun dan terung goreng. Kononnya semalam nak try buat cili kisar tanpa buang biji. Mama ada baca caranya dan semangat mama nak cuba. 


Blender

Nasi dah dimasak, ikan siakap 2 ekor dah disiang, semuanya sudah ready. Cuma masa nak blend tetiba terburai cili mama yang sudah separa kisar. Penuh tabletip dapur huhu.. Masa tu mama tengah masak sayur dan goreng terung. OK takpelah, mama pun bersihkan table tip dan blender mama. 

Percubaan kali kedua blend mama kisar bawang-bawang dulu. Sambil berdoa dan selawat sebab takut juga blender jadi basah kan.. OK, berjaya. Pastu rasa confident la nak kisar balik cili tu. Kisar 2-3 kali ok, tapi tetiba dia terburai balik bahagian bawahnya. Huhuu. Maka bertabah lah mama. Masa ni mama husnuzon dan masih gigih nak masak juga. Cuma sambal aje tak tak siap lagi. Ikan siakap tengah goreng atas dapur.


Gas Habis

Sambil goreng ikan siakap, mama bersihkan balik tabletop dan tapis cili kisar yang tak berapa nak hancur tu. Tetiba plup.. gas habis pula huhu.. Dalam hati mama kata, aih apa lagi pula nak jadi ni.. sambil senyum sorang2..


Kedai Gas Tutup

Bila telefon orang gas, rupanya kedai gas dah ditutup.. sebab hari Ahad dia kerja separuh hari aje.. OK bai, mama terus kemas dapur, baki ikan siakap letak balik dalam petis ais, bawang semuanya masuk kat freezer. Ambil handphone, order telur bungkus 2 set. Dah, itu la lunch kami.. Sup sayur campur suhun, terung goreng, ikan siakap goreng (sempat goreng 4 ketul aje) dan telur bungkus. Alhamdulillah.. setel. Tapi badan jadi penat sebab tak dapat apa yang kita nak huhuu

16 comments:

  1. Ada hari masak atau buat tidak jadi.
    Betul penat fikiran. Serabut.

    ReplyDelete
  2. wah sayang sekali banyak rintangannya untuk masak

    ReplyDelete
  3. memang potong mood bila benda yang kita nak buat semua tak menjadi..

    ReplyDelete
  4. Baca tajuk tu dah agak dah gas habis ni hehe...

    ReplyDelete
  5. Ni baru betul tragedi Oktober. Hu3.

    ReplyDelete
  6. tersenyum baca... sebab pernah juga terjadi macam tu. serba tak kena...hahaha

    ReplyDelete
  7. heheheh bertabahla kak ye...
    dana pernah jugak jadi gitu tengah masak2 gas abis, lepas pada kejadian tu memang spare 1 tong gas kt rumah .

    ReplyDelete
  8. Bukan rezeki mamapp tu. Mungkin rezeki abang rider dan kedai tu untuk dapat order dari mamapp.

    ReplyDelete
  9. Tong gas sekurang2nya kena ada dua yang berisi
    sebab kita tak tahu bila gas akan habis

    ReplyDelete
  10. Penat tak dapat hasil tu lebih meletihkan. Huhu

    ReplyDelete
  11. ikan siakap goreng pun sedap.,

    kat umah cikkak ada brape tong gas., xde spare tong erk?

    ReplyDelete
  12. teringat satu saat excited nak try masak lauk kegemaran last sekali api berkelip dan poof padam. terus merajuk nak masak walaupun dah ganti tong gas lain hahah

    ReplyDelete
  13. Pernah jugak kena macama ni sekali...hahaha...sebab tu rumah akak ada standby tong gas 2 tong...tiap kali habis gas cepat2 pi kedai beli lain

    ReplyDelete
  14. kaum ibu2 tentu faham kan perasaan tu hihi. tu la selalunya memang ada 2 tong gas kat rumah, tapi tak perasan pula yg spare ni tak ganti beli yang baru. Punyalah ingat tong tu baru huhu

    ReplyDelete
  15. Awal2 cili tu dah kasi hint ye "takyahlah blend aku... Gas ko nak abis dah tu"

    ReplyDelete
  16. sekali sekala best juga ada ujian begini.

    boleh beli tong gas satu lagi atau beli dapur elektrik sebagai back up

    ReplyDelete

Words of wisdom