Makan Ice-cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 3, 2021

Makan Ice-cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1

Makan Ice-cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1. Alkisah semasa kisah ni Travel Secara Tak Sengaja, kami kan merantau dan highway dah jadi tempat persinggahan kami. Masa dalam perjalanan ke JB, kami singgah di RnR Simpang Renggam. Disebabkan driver letih maka kami berhenti sekejap untuk berehat. Kebetulan parking betul-betul di depan BR.

Ntah macam mana, adik ipar dan hubby mama yang ajar mama buat keje ni hihi..


Makan Ice-cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1

Inilah asikrim free yang mama pilih.

Chocolate peanut butter dan peach & cream. Dia dua sedap. Peach & cream tu refreshing sebab rasa buah kan. Siap ada potongan buah peach dalam tu. Begiru juga chocolate peanut tu, ada peanut butter dan kacang dalam tu. Sedap!..


Ni pilihan air mama iaitu Chocolate Mint dan Mocha. Kedua-dua minuman mama suka. Chocolate mint memang sedap nanti mama nak redeem coupon mama beli ni lagi.


Macam Mana Redeem Ice-cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1?

Sebenarnya bukan 2 ni aje boleh redeem, korang boleh juga dapatkan coupon yang lain tau. Caranya mudah aje:

  1. Download apps Baskin Robbins kat Google Play
  2. Register as new user
  3. Bila korang buka kat bahagian Gift/Coupon akan tertera semua kupon ni

Semua kupon ni valid selama setahun. Yeyy, nanti mama nak redeem yang lain pula, Psst.. kami download setiap handphone satu apps dan register user lain2. So kami 3 beranak ada sorang satu akaun BR. Boleh kami dapat lagi banyak coupon kihkihkih.. Lagi 2 minggu kami nak travel lagi ni. Nak repeat beli BR hihi..

17 comments:

  1. wahh untungla beli eskem mahal dpt free lagi.., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la wak.. wak pun boleh dpt free kalau nak

      Delete
  2. sedapnya! harga sedikit kayangan ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye syaz tapi kalau guna coupon jimat la juga kan

      Delete
  3. ais krim kayangan, sekali sekali dapat makan memang puas hati..haha

    ReplyDelete
  4. Bijak Adda ada 3 orang. Kiranya kena cetak kjpon itu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu na, redeem guna apps je. tunjuk apps tu kat kaunter nanti. tapi jgn tekan redeem dulu, tekan kat depan staf kaunter tu

      Delete
  5. yelah kan. sekarang semua ada apps. tak pernah rasa lagi air Baskin Robbin. Aiskrim BR memang betul lah sedap

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada air nya
    Rabia beli aiskrim je di ktcc mall ganu hari tu huhu

    ReplyDelete
  7. tq kasi tips..nak donlod gak. jimat banyak weh

    ReplyDelete
  8. antara aiskrim yang hanya orang berduit mampu beli hehhee

    ReplyDelete
  9. Wahhhhh.. kemainnn... Ishhh, nak kena redeem gak ni nampaknyaaa.. Hahahaha... Kena donlod duluuu apps nya

    ReplyDelete

Words of wisdom