Perkara Larangan Menjelang Waktu Senja - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, October 22, 2021

Perkara Larangan Menjelang Waktu Senja

Perkara Larangan Menjelang Waktu Senja. Kebetulan beberapa minggu lepas ada seseorang bertanyakan mama kenapa orang melayu selalu suruh anak balik rumah sebelum senja dan tutup pintu tingkap semuanya menjelang senja. Dia berketurunan cina dan seorang Islam. Dia tanya sama ada itu ada orang melayu atau ada dalam Islam. Maka mama pun menceritakan serba sedikit yang mama tahu. Rupanya ada hadith berkenaan perkara ni dan alhamdulillah jawapan mama selari dengan hadith di bawah. Jom sama-sama kita baca.


Kalau di kampung dulu selalunya mama lah yang selalunya jadi tukang tutup tingkap rumah arwah nenek. Tingkap rumah kampung kan banyak memang ambil masa kalau nak tutup semuanya. Kalau bina rumah berkonsep rumah kampung macam ni best juga kan.


Perkara Larangan Menjelang Waktu Senja


عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا


Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: "Apabla menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka jagalah bayi-bayi kamu kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu  isyak, bolehlah kamu biarkan mereka dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya". (HR Bukhari No: 3280) Status: Hadis Sahih


Kesimpulan hadith:

1.  Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggangu khususnya bayi, menggoda atau menumpang makan.

2.  Laranglah kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain di luar rumah apabila menjelang waktu senja kerana syaitan dan jin berkeliaran pada waktu tersebut.

3.  Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh berupa pencuri, penjenayah dan sebagainya.

4.  Rasulullah memerintah agar menutup bekas minuman dan makanan bertujuan agar makanan yang berbaki dapat dijauhi daripada virus, bakteria, debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut seperti cicak, lipas dan sebagainya.

5.  Sunnah untuk kita menutup bekas-bekas makanan dan minuman agar tidak dihinggapi kuman dan bakteria. Ia sebagai salah satu usaha untuk menjaga kesihatan daripada pelbagai penyakit.

6.  Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah tidak lain dari memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara makhluk.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 

9 comments:

  1. dana selalu pukul 6.45 ke 6.50 petang dah tutup pintu semua, kadang pelik waktu dah nak maghrib tu masih ramai anak-anak yang duk main kat luar rumah. Mak pak nya tak kesah ke atau tak pernah menegur, kita dulu masa kecil 6.00 petang dah kene ada dalam rumah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana. punyalah strict mak ayah mama dulu. kalau tak balik kena rotan la gamaknya kan. sampai mcm tu diorg tekankan tentang perkara ni

      Delete
  2. heee orang tua dulu2 asal matahari dah turun je bergegas suruh masuk rumah mandi apa semua.

    ReplyDelete
  3. Memang betul orang² dulu mengingatkan kita agar tak berkeliaran pada waktu senja dan hingga kini saya masih mengamalkan apa yang diajarkan oleh ummie dan abah saya...

    ReplyDelete
  4. Kadang kerja sampai rumah waktu maghrib . tapi selalu suruh anak anak terus masuk rumah . bebudak biasalahh , ada ja nak pegi rumah jiranlahh , tengok matahri tenggelamlah hahha

    ReplyDelete
  5. Ye betul tu kak
    Tapi sedih tgk budak budak zaman sekarang ralik sgt main sampai dekat dekat waktu maghrib baru balik rumah

    ReplyDelete
  6. Orang dulu- dulu banyak pantang larangnya...walau kedengaran weird tapi ada sebab dan benarnya....

    ReplyDelete
  7. jom kita buat balik amalan org dulu2.. kita hidupkan balik jom

    ReplyDelete

Words of wisdom