Makan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, October 12, 2021

Makan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa

Makan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa. Secara tak sengaja mama terbeli dan termakan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa ni. Sebelum ni sana sini mama baca tentang kekeliruan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa ni kan. Kelakar juga sebab ramai yang tertipu dan tersalah beli. Baru-baru ni mama pergi ke kedai runcit belakang rumah kawasan perumahan Shah Alam dan tetiba terjumpa roti ni. Kebetulan tinggal satu maka mama pun belilah. Mamak kedai tu siap bagitau roti ni rare dan sedap kalau di toast..

Makan Gardenia Toast'em Pandan Kelapa

Ni la rupa roti pandan kelapa. Mama.beli dengan harga RM 4.70. comel aje rotinya kan.

Mama toast dan  makan. Semerbak haru baunya dan bila makan memang sedap tau. Sambil makan tu terasa kelapanya. Macam makan kek pandan versi roti pun ada. Sedap dan harum wangi bau pandan. 

Selain dari toast mama try makan macam tu je pun sedap gak. Tapi lagi sedap kalau buat roti bakar. Cicah kopi O pun sedap. Selain dari pandan kelapa, all time favourite toast'em mama ialah chocolate raisin. memang mama bakar dan makan macam tu aje. Sedap macam makan kek coklat. BAu dia pun harum semerbak juga.


 

15 comments:

  1. Memang sedap roti viral ni. Saya kalau makan, suka bakar dulu.

    ReplyDelete
  2. tk dpt2 lg beli roti viral ni..kena tgu abis viral gamaknya

    ReplyDelete
  3. banyak yg cakap roti ni sedap tapi tak pernah jumpa lagi roti ni.

    ReplyDelete
  4. salam singgah
    so far belum jumpa - jumpa lagi.
    tapi kecoh juga ramai yg tertipu masa beli sbb sticker kat luar hanya untuk promo

    ReplyDelete
  5. sedap yg amat! sebungkus sekali hadap.. haha

    ReplyDelete
  6. duk tengok orang pos je tapi tak jumpa-jumpa lagi roti ni. laku keras gamaknya. selalu tengok ada yg butterscotch tu je huhu

    ReplyDelete
  7. Sedapppp, saya sukaaaa sangat!!! Haritu just nak rasa je..tetiba sedap..
    Terus beli lagik..hehhe

    ReplyDelete
  8. Kak Sue belum rasa lagi Adda.. nanti nak kena cari jugak nie..

    ReplyDelete
  9. so far belum dapat jumpa lagi...cari2 tak jumpa sampai dah malas nak cari dah..hahaa

    ReplyDelete
  10. Belum cuba lagi. Mungkin jadi Adda terjumpa, beli sebab saya pergi kedai tidak jumpa.
    Saya suka yang ada kismis.

    ReplyDelete
  11. memang sedap roti ni, lepas tu suka wangi bau pandan kelapa

    ReplyDelete
  12. Ya mmg sedap roti ni mama..shida pun suka juga..mkn dia saja blh kenyang..

    ReplyDelete
  13. Belum penah beli lagi. Asal husband bawak balik je mesti hat yg jumbo biasa. Kedekut lah pulak kan nak beli yg mahal sikit ahakssss

    ReplyDelete
  14. Kat rumah ada lagi 2 pack..Pak Zain tu beli sampai 4 pek...ntah sape la nak ngabihkan

    ReplyDelete
  15. Dah ramai blogger post tentang roti ini. Kita tahan je sebab susah nak dapat. Keluar pun seminggu sekali kan

    ReplyDelete

Words of wisdom