First Time Makan Miang Pla Pao ft. Resepi Miang Pla Pao - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, October 25, 2021

First Time Makan Miang Pla Pao ft. Resepi Miang Pla Pao

First Time Makan Miang Pla Pao ft. Resepi Miang Pla Pao. Mama tak pernah dengar makanan nama Miang Pla Pao sebelum ni tau. Alkisah kat office kitaorang ada grup whatsapp mini mart. Kat situlah pelbagai jual beli ada. Satu hari ada dijual Miang Pla Pao ni dan mama pun pada mulanya rasa pelik sebab tengok makanan ni xde nasi. Makan dengan suhun je.. Setelah fikir beberapa kali mama pun order jugalah. 


Inilah rupa Miang Pla Pao, makanna dari Thailand yang terdiri dari ikan talapia goreng crispy, suhun, pelbagai sayur dan juga sos pencicah. 

Cara makannya ialah campurkan semuanya dan cicah dengan sos. Yummy, sedap juga rasa dia. Dengan sayuran yang banyak memang terasa makan makanan yang sihat. 

Mudah aje cara nak buat Miang Pla Pao ni. Kat bawah ni mama ada copu resepi. Next time boleh buat sendiri je.


Resepi Miang Pla Pao

Bahan-bahan

  • Suhun atau bihun
  • Ulam-ulaman (salad, timun, tomato)
  • Ikan talapia

Bahan- bahan sos hijau

Bawang putih 5 ulas

  • Cili padi. Guna yang hijau 30 biji baru padu
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar dan akarnya

Cara-cara membuatnya;

Suhun atau bihun direbus

Ikan:

1. Kelar sikit ikan tilapia di kedua-dua sisi.

2. Lumur garam sikit. Goreng atau bakar. Terpulang nak garing ke tidak.

*Jika dibakar, tidak perlu dibuang sisiknya.

Sos hijau:

Blender semua bahan sos. Masukkan sedikit air. Blender agak-agak lumat. Masukkan dalam mangkuk. Tambah garam dan gula ikut selera masing-masing. Hiris daun ketumbar tabur dalam mangkuk.

Susun semuanya ulam, suhun atau bihun dan ikan dalam pinggan.

Siap! Selamat mencuba.


Sumber: @sitieyluezia


12 comments:

  1. wahh... ikan talapia banyak kat kolam ni.. boleh la ambil order nanti..hahaha

    ReplyDelete
  2. simple resepi tapi nampak sedap ikan goreng makan dengan sos miang pla pao tu :)

    ReplyDelete
  3. saya pun baharu tahu tentang miang pla pao

    ReplyDelete
  4. Hari tu pernah makan sekali je. Ada orang jual. Gabungan yg unik dan rasa pun boleh tahan la juga.

    ReplyDelete
  5. Ada nampak orang jual makanan ni tapi tak pernah beli lagi.

    ReplyDelete
  6. Orang Thailand dan vietnam memang suka makan suhun kot. Sebab tu agaknya diorang kurus.

    ReplyDelete
  7. Kalau akak makan ni je..x yah makan nasi...kenyang sampoai petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak kenyang kak makan ni.. kiki lepas makan ni cari kuih lain pula

      Delete
  8. tak penah makan ni & tak penah nmpk orang jual. tengok resipi tu macam senang je nak buat, boleh lah cuba.

    ReplyDelete
  9. ramai juga yg tahu miang pla pao ni kan .. mama je first time rasa..

    ReplyDelete

Words of wisdom