Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, January 2, 2021

Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua

Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua. Ini post pertama untuk tahun ni. Maafkan mama yang busy sangat. Dah le tahun baru dan birthday mama jatuh pada weekend. Memang sibuk la mama. Masih belum terlambat mama nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2021. Sesungguhnya tahun 2020 mencoretkan pelbagai warna dan peristiwa yang tak pernah kita alami seumur hidup. Satu dunia dilanda wabak Covid-19 dan semua orang terkesan dengannya. Selamat tinggal tahun 2020 semoga tahun 2020 menjadi kenangan dan semoga tahun 2021 mencorakkan lakaran yang lebih indah. Amin.







Sememangnya tahun 2020 penuh muhasabah dan membuka mata mama pada banyak oerkara.


Tahun Baru vs Umur Baru



Seperti biasa bila masuk tahun baru ni bermakna umur mama pun meningkat lagi setahun. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat usia dan kesihatan sehingga hari ni. Amacam korang seronok tak dengan cuti yang mama bagi semalam sempena besday mama? Haha jangan marah, gurau aje.


Cerita Tentang Azam Baru







Mama biasanya tak pernah bercerita tentang azam baru. Setiap tahun dan setiap hari apa yang mama inginkan ialah menjadi lebih baik dan memperbaiki lagi apa juga yang mampu agar menjadi lebih bagus. Tapi tahun ni terasa nak senaraikan pula apa yang mama nak improve untuk tahun 2021.


Improve diri sebagai seorang insan

Semoga mama menjadi Ibu, isteri, kakak, adik, jiran, collegue etc yang lebih baik dari sebelum ni. Tentunya setiap hari mama cuba improve agar menjadi lebih baik. Semoga mama berjaya menjadi hamba Allah yang disayangi..


Blog

Mama betharap blog ni dapat mencapai 3 juta pageview tahun 2021 ni dan semoga mood mama xde kelaut walaupun memang ada sikit2 perasan kelaut tu 😅. Seperti tagline "yang baik dijadikan teladan" mama betharap blog ni serba sedikit dapat members info dan menjadi media yang membantu orang lain.


Tulisan

Korang jangan gelakkan yang satu ni. Mama nak improve tulisan mama yang semakin buruk sampai mama sendiri Tak boleh nak baca haha.. kalau Tak percaya tengok ni

Adehh.. buruknya tulisan mama..


Nak kurangkan sikit berat

Sejak sebulan ni berat mama dah mula Naik dah berat mama sekarang ni adalah berat yang paling maksimum yang penah mama capai. Adoii teruknya tabiat makan mama sekarang. Disebabkan bekerja Tak tentu waktu Masa pkpb aritu, Masa makan mama pun lari. So mama nak turunkan sikit berat mama. Xyah kutus macam dulu pun xpe. Dapat kurangkan 5kg pun dah syukur dah.. Doakan mama berjaya tau.


Hmm.. tu je la sempat mama tulis .. semoga semua impian mama menjadi kenyataan.. Amin. 


25 comments:

  1. Selamat tahun baru 2021 mamapp..semoga tercapai azam mama..fighting!!

    ReplyDelete
  2. Kecil tulisan tapi tidak nampak buruk.
    Moga tercapai hasrat.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru mamapp..
    PH harap 2021 lebih baik utk kita semua, cepatlah luput Covid-19 ni supaya hidup kembali seperti dulu.

    ReplyDelete
  4. Semoga tercapai semua impian mama pd thn 2020 ni... happy new year mama 🥳

    ReplyDelete
  5. Semoga semua azam tercapai. Happy New year

    ReplyDelete
  6. Eza pun nak kurangkan berat badan jugak tahun ni. Nak exercise setiap hari. Selamat tahun baru mamapp. :)

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru. Semoga segala impian tercapai... jemput join giveaway di blog saya

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    ReplyDelete
  8. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan mencapai azam🤗

    ReplyDelete
  10. Selamat Thun baru mama. Semoga Azam tahun in dpt dicapai 😆

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru 2021 kak..
    semoga harapan akan akan berjaya tertunai.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru. semoga tercapai semua azam mama untuk tahun baru ni :)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. uish nakal mr h ni. berat mama mestilah rahsia haha

      Delete
  14. Hepi belated birthday dan happy new year! Semoga tercapai semua azam dan tahun 2021 lebih baik. Ok la tu ada dah entry tahun baru. Saya masih belum start. Haha

    ReplyDelete
  15. happy belated birthday dan selamat thn baru mudah2an segalanya dipermudahkan aminnn

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru semua semoga impian korang pun dimakbulkan

    ReplyDelete

Words of wisdom