10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, August 24, 2020

10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur

10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur. Ada Sesiapa kat sini penggemar makanan Cina atau juga dipanggil Chinese Food? Tentu ramai yang suka makan Chinese Food kan. Di sini mama nak share 10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur








Selain dari rasa yang sedap,ramai yang suka makan Chinese Food sebab ianya sihat kerana banyak makanan Chinese Food yang ada banyak letak bahan-bahan seperti bawang putih dan halis yang banyak. Selain itu, kebanyakan Chinese Food juga ada yang direbus dan di stim jadi tentulah makanan tu lagi sihat kan. Sebagai seorang muslim tentu saja mama akan mencari makanan yang halal. So, kat sini mama senaraikan Chinese Food yang halal yang korang boleh pilih. 

10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur

1. Lemon Chicken Chop


Lemon chicken chop. Gambar dari website Mohd Chan

Sedap sangat lemon chicken chop ni sebab ada rasa manis dan masam. Ayam dia pula crispy memang kombinasi yang terbaik.

2. Crabmeat Soup with Abalone Slices

Kalau korang nak tau Abalone ni kaya dengan vitamin dan zat selain dari antioxidant yang boleh menjauhkan diri kita dari pesakit jantung serta anti kanser.

 Gambar dari website Mohd Chan

Makanan no 1 & 2 ni korang boleh beli dari Restoran Mohd Chan, sebuah restoran cina muslim yang ada banyak cawangannya di sekitar KL.

3. Ketam Masak Kam Heong

Aduhai sedapnya ketam masak kam heong ni. Ini adalah antara menu popular yang korang dapatkan di kedai makanan chinese muslim

Ketam masak kam heong (pic credit to foursquare)

Antara restoran yang menyediakan ketam masak kam heong yang sedap ni adalah Restoran Adam Lai yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam.


4. Kuey Teow Kungfu

Mama pernah makan di di Homst Recipe Chine Restaurant di Bangi. Boleh baca di sini Dinner di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi 


IMG20191027205215-800x600
Kuey teow kungfu. Sedap ooo..

5. Ying Yang Kailan

Menu ni memang rare dan sedap sangat. Sayur kailan diracik dan dimasak bersama sos bawang putih. Sedap betul!
Sayur ni di racik dan di masak. Memang rare tapi sedap tau

Ada banyak juga cawangan Homst di area KL so jangan lupa cuba menu ni ye. Banyak lagi menu best kat sini. Korang boleh tengok di post mama tu ye.








6. Dim Sum

Ada penggemar Dim Sum kat sini? Pasti korang pernah dengar tentang restoran Dolly Dim Sum yang terletak di KL ni kan. Kepada sesiapa yang belum cuba boleh la cuba di Dolly Dim Sum.
Pic credit to Foursquare

7. Beef Noodle

Korang boleh dapatkan beef noodle yang sedap dan potion yang banyak ni di Amber Chinese Muslim Restaurant

Beef noodle image credit to Foursquare

Terdapat cawangan di Bangsar, 1 Utama dan KL so korang pilihlah mana yang terdekat ye.

8. Butter Prawns

Antara Butter prawn yang sedap ada di Muhibbah Seafood. Restaurant 


Butter Prawns, Image credit to Muhibbah Seafood FB

Dekat aje kalau nak datang ke Muhibbah Seafood. Restaurant  ni. Ia terletak di Sungai Penchala KL.

9. Salted Egg Crab

Sekarang ni memang musim Salted Egg kan. Antara menu telur masin yang popular adalah Salted Egg Crab ni. Korang boleh dapatkan di Mohammad Chow Restaurant  


 Salted Egg Crab, Gambar fari FB Mohammad Chow

Terdapat banyak lagi hidangan menarik di Restoran Mohammad Chow. Korang boleh pergi ke restoran ini yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

10. Wantan Mee

Ini adalah menun favourite mama. Sedap dan sihat menu ni. Mee yang dicampur kicap dan dihidang bersama wantan dan sup panas memang sedap dimakan. Selalunya ada sayuran seperti kailan yang lagi menambahkan lagi kesedapan mee ini. Kalau nak cuba Wantan Mee Roasted Duck boleh lah cuba di Haji Sharin Low Grand Restaurant.

Wantan Mee

Sebenarnya banyak lagi makanan cina yang menarik tapi kat sini mama cuba senaraikan 10 saja dulu ye. 

Cara Mudah Dapatkan Masakan Cina

Sini mama nak share cara paling mudah untuk dapat Chinese Food. 

FoodPanda kan ada

Sememangnya cara paling mudah untuk order Chinese Food (klik link ni). Disebabkan musim pandemik Covid ni sekarang mama memang jarang makan di luar. So, selalunya mama akan order melalui FoodPanda aje. Mudah, cepat dan selamat.


7 comments:

  1. menu menu chinese dishes ni memang sedap2 kan mama

    ReplyDelete
  2. Lemon chicken chop dan dimsum memang sedap!

    ReplyDelete
  3. semua pun sedap....dekat kawasan rietta ada stu restoran chineese muslim...mmg sedap makan kt ctu....tpi dah lama xpergi....

    ReplyDelete
  4. Ya Ampun...sedapnya makanan cina...

    ReplyDelete
  5. dengan adanya foodpanda semua menjadi mudah kan mama :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dim sum. Lama tak makan. Terliur tengok haa.

    ReplyDelete

Words of wisdom