Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, August 3, 2020

Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak

Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak. Kalau korang follow ig dan FB mama tentu sekali korang tau yang mama pergi ke Pulau Pangkor baru-baru ini. Mama menetap di Pangkor Bay View Resort selama 3 hari 2 malam. Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor.







Sebenarnya percutian ni memang sangat-sangat unplanned. Mama takde niat langsung nak pergi bercuti dalam masa terdekat ni. Tapi atas ajakan dan desakan adik ipar serta ibu mertua maka kami pun ikut jugalah ke sana. Terubat juga keletihan setelah bergelumang dengan kesibukan kerja beberapa minggu ni. Jom tengok Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor mama. Rugi tak baca: Jom beli tanah masa muda, boleh bina banglo waktu pencen

Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor




Kawasan lobby Pangkor Bay View

Mama book Pangkor Bay View melalui Agoda dan memang murah saja harga penginapan semalam lebih kurang RM120 satu malam untuk bilik deluxe yang ada 1 katil queen dan 1 katil single.

Bilik Deluxe

Inilah keadaan bilik kami selama 3 hari.
Pada mama bilik ni selesa . Katil dan linen dia best walaupun pada mama tahap kebersihan bukan 5 bintang

Simple wardrobe. Jadilah kan. Bilik air dia pun simple meskipun basic tapi ada air panas dan water pressure dia pun kuat

Kemudahan di Pangkor Bay View Resort 








Antara kemudahan best kat sini:  


  • Wi-Fi percuma - laju wifi dia tau seronok anak mama guna. Line maxis mama pun x elok kat area ni so guna wifi unifi hotel je 

Swimming pool.. mama sempat ambil.gambar waktu malam je hihi


  • Kolam renang terbuka - walaupun swimming pool dia bersih tapi budak2 prefer mandi kat pantai so diorang tak mandi kat sini pun
  • Berhawa dingin - ini memang mama suka. Aircond dia mmg sejuk

Water dispenser Dan iron board Ada di hallway


  • Hampir dengan pantai - ini mmg plus point hihi



Kesimpulannya

Tengok sunset di Teluk Nipah.. bestt


Alhamdulillah mama seronok sangat stay di sini selama 3 hari. Seperti rating yang mama baca di Agoda memang staff hotel friendly dan cekap buat kerja. Contoh bilik mak mertua mama tak boleh pasang TV, bila panggil terus je ada orang datang check. Setiap permintaan dilayan dengan baik dan cepat.


Dari segi lokasi memang sangat sesuai sebab dekat dengan pantai dan kedai makan. Mini market pun dekat so tak perlu risau kelaparan atau etc. Kalau boring boleh aje jenjalan di pesisir pantai dan memancing. Rasa relax dan tenteram duk sini. Kalau lapar mama buat meggie guna water dispenser kat depan bilik je.

Banyak lagi nak cerita pasal Pulau Pangkor ni. Stay tuned!

19 comments:

  1. Pernah pergi Pulau Pangkor masa single dulu lama sangat dah banyak lupa paling ingat van pink je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la.. mama.dtg sini 20 tahun dulu lagi lama Tau hihii

      Delete
  2. Salam, blogwalking here. Lama tak komen di sini. huhu. Wah, nice place to go tu. Hope dapat ke sana suatu hari nanti.:)

    ReplyDelete
  3. lamanya tak pergi Pulau Pangkor.. last pegi 2016 kot..
    itupun samala kawan2 paksa ajak p.. sesekali pergi bercuti Mama..
    kasi reward pada diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru la tu .. mama Ni 20. Tahun dulu Tau Kalau terakhir sampai sini

      Delete
  4. Lama betul tak ke Pulau Pangkor ni. Bestnya dapat jenjalan kat sana nikmati view yang indah. Tak sabar nak tunggu cerita sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadilah kinah jalan dekat2.. jgn lupa.baca citer seterusnya

      Delete
  5. Replies
    1. Senang aje nak ke marintapi ganu lagi cantik

      Delete
  6. Seronoknya tengok dah bercuti ke sana. Ena belum ada kesempatan lagi. Tp memang teringin

    ReplyDelete
  7. Best tu resort dekat dengan pantai. bilik pun nampak macam okay.

    ReplyDelete
  8. seronoknya :) lama xpegi pgkor.. Inshaa Allah akan myusur nnt :)

    ReplyDelete
  9. Cantik Sunset tu... hari tu tak keluar petang tu... penat hanya Cik Fatin n geng dia je pergi mandi kat tepi pantai.

    ReplyDelete

Words of wisdom