Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap Macam Kenduri Kahwin Punya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, May 5, 2022

Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap Macam Kenduri Kahwin Punya

Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap Macam Kenduri Kahwin Punya. Air bandung soda mama ni agak lejen sebab ramai yang suka dan ramai yang minta resepi. Sedara-mara yang datang beraya siap minta resepi dan setiap tahun ada aje tanya mama macam mana nak buat sirap bandung sedap macam mama. Padahal mama rasa biasa aje cara buatnya hihiii. Mari mama kongsikan Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap. Kita share ilmu..


Sebenarnya mama buat sirap bandung soda ni hasil menuntut juga dengan sepupu mama iaitu seorang chef di Johor. Selain tu melalui pengalaman mama juga tanya-tanya pada orang yang buat air masa kenduri kawin.. Eh, jom la tengok resepi mama ni. Sedap tau. Boleh lah hidang semasa raya.


Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap

Gambar hiasan. Penat mama cari gambar sirap bandung mama dalam henpon x jumpa..

Bahan-bahan:

1 botol air aiskrim soda
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Ais
Sirap

Cara-cara:

  1. Masukkan aiskrim soda dalam jug anggaran setengah jug. Mama guna jug tupperware 2 L.
  2. Masukkan sirap. Agak-agak kuantitinya sehingga air menjadi merah.
  3. Masukkan ais banyak2 sehingga hampir penuh jug. (Agak2 la ye sebab jap lagi nak letak susu cair pula). Ais kena letak banyak-banyak untuk mengelakkan sirap bandung kita tak emulsified (bergumpal-gumpal)
  4. Sambil kacau-kacau air dalam jug, masukkan sikit2 susu cair  sehingga sebati habis 1 tin.
  5. Lepas tu masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau sehingga sebati. Garam ni yang akan membuatkan rasa sirap bandung tu lemak dan ada kick.
  6. Dah siap!! Senang aje.
Inilah menu wajib jika ada majlis berbuka puasa sesamaa family member mama. Diorang selalu request mama buat air ni.  



14 comments:

  1. Memang sedap bandung soda..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Mamapp sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Adda.. lama tak minum sirap bandung..

    ReplyDelete
  4. Fuh, dia punya tajuk tu macam orang nak meniagalah mama :D
    Kita pun sirap bandung juga raya hari tu. Laku keras alhamdulillah.
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ye Mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. panjang yek tajuknya.. selamat hariraya maaf zahir batin gak ye ph

      Delete
  5. Sedapnya, tambah plak laici kan...huiii..minum tengah panas2....

    ReplyDelete
  6. Orang Johor memang suka air ni kan. Kalau kenduri kahwin pun ada

    ReplyDelete
  7. saya tak minat sgt air bandung..tapi mcm tertarik nk cuba resipi mama ni...

    ReplyDelete
  8. Fav ni Kalau dekat Ayam Penyet nama dia Soda Gumbira

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ais tu air batu.. faham tak kalau cakap air batu pak? atau in english ice

      Delete

Words of wisdom