Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) Tahun 2021

Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) Tahun 2021. Assalamaualaikum semua. Minta maaf mama sangat busy sampai tak sempat update blog semalam. Mama lihat harini pageview mama lagi 6000++ saja akan mencapai PV 2 juta. So, siapakah pemenang screen capture mama nanti? Mama sendiri excited nak tunggu. Tapi sementara tu mama nak share kepada sesiapa yang ada anak tahun 6 tahun 2020 ni bolehlah membuat Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) Tahun 2021 yang dibuka sejak minggu lepas. 








Bagi tahun 6 tahun 2020 memang special sebab tahun ni mereka tak ambil ezam UPSR dan UPKK. Tapi untuk permohonan KYSM ni boleh guna result tahun 5 ye. Jom baca..

Permohonan Kemasukan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) Tahun 2021


Permohonan kemasukan secara dalam talian ke Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima tahun 2021 telah dibuka mulai 1 Julai 2020.


Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di bawah pembiayaan sendiri adalah dibuka sepanjang tahun dan calon perlu menghadiri ujian kemasukan dan temuduga mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak KYSM.

Tarikh tutup permohonan ujian kemasukan ke Tingkatan Satu untuk tawaran biasiswa AXIATA FOUNDATION, KHAZANAH BESTARI & YAYASAN DAYADIRI adalah pada 1 September 2020. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan biasiswa tu baca sampai bawah..

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 06-2263157 (Pejabat Pentadbiran) atau Bahagian Pemasaran di talian 019-2223157 atau e-mel : admin@kysm.edu.my









Ni mama copy dari website KYSM. Good luck buat semua anak2 yang memohon..

PENGAMBILAN PELAJAR KEMASUKAN TAHUN 2021
Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) adalah sebuah sekolah swasta berasrama penuh yang menawarkan pendidikan berkualiti tinggi. Sistem pendidikan di KYSM telah terbukti dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Misi KYSM adalah untuk melahirkan individu-individu yang berkarisma dan berjati diri tinggi.
Kolej Yayasan Saad Melaka mempelawa pelajar-pelajar berkelayakan serta mementingkan pendidikan yang berkualiti untuk memohon belajar di KYSM. Permohonan kemasukan bagi tahun 2021 dari Tingkatan Satu hingga Lima dibuka kepada semua pelajar mulai 1 Julai 2020.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KYSM

  • Pendidikan sekolah menengah mengikut kurikulum kebangsaan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
  • Nilai Tambah: Program Pembangunan Intelektual, Program Pemantapan Sahsiah Diri dan Kepemimpinan, Program Pengayaan Bahasa Inggeris, Perspektif Global, Muzik, Coding, Seni Reka dan Grafik, Renang, Sukan dan Permainan.
  • Bilik-bilik yang serba lengkap dan berhawa dingin.
  • Penjagaan kebajikan pelajar yang menyeluruh.
  • Perkhidmatan jururawat, kawalan keselamatan dan pengangkutan.
  • Penginapan asrama dan penyediaan makanan yang seimbang.
  • Kompleks sukan yang lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik
  • Perkhidmatan internet jalur lebar di dalam kawasan kampus.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DENGAN TAWARAN BIASISWA (AXIATA FOUNDATION) BAGI TAHUN 2021

  • Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 5A1B (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) dalam peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Darjah 5. Syarat permohonan ini untuk pemilihan kemasukan tahun 2021 bagi menggantikan peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan, kelab dan persatuan, dan/atau seni persembahan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga B40.
  • Calon perlu menduduki Ujian 1 Kemasukan KYSM pada Sabtu 3 Oktober 2020 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak KYSM. Ujian akan dijalankan secara dalam talian sekiranya pusat peperiksaan tidak dibuka untuk peperiksaan.
  • Calon perlu menduduki Ujian 2 Kemasukan KYSM dan menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 25 November hingga 28 November 2020 di KYSM.
  • Perhatian: Anak kepada pekerja Axiata Group Berhad serta semua anak syarikatnya tidak layak untuk memohon.
Sila layari laman web Axiata Foundation untuk maklumat lanjut

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DENGAN TAWARAN BIASISWA KHAZANAH BESTARI BAGI TAHUN 2021

  • Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 5A1B (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) dalam peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Darjah 5. Syarat permohonan ini untuk pemilihan kemasukan tahun 2021 bagi menggantikan peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menduduki Ujian 1 Kemasukan KYSM pada Sabtu 3 Oktober 2020 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak KYSM. Ujian akan dijalankan secara dalam talian sekiranya pusat peperiksaan tidak dibuka untuk peperiksaan.
  • Calon perlu menduduki Ujian 2 Kemasukan KYSM dan menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 21 November hingga 25 November 2020 di KYSM.
Sila layari laman web Yayasan Khazanah untuk maklumat lanjut

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DENGAN TAWARAN BIASISWA YAYASAN DAYADIRI BAGI TAHUN 2021

  • Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya 5A1B (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) dalam peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Darjah 5. Syarat permohonan ini untuk pemilihan kemasukan tahun 2021 bagi menggantikan peperiksaan Percubaan UPSR.
  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga B40 (pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,360).
  • Calon perlu menduduki Ujian 1 Kemasukan KYSM pada Sabtu 3 Oktober 2020 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak KYSM. Ujian akan dijalankan secara dalam talian sekiranya pusat peperiksaan tidak dibuka untuk peperiksaan.
  • Calon perlu menduduki Ujian 2 Kemasukan KYSM dan menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 21 November hingga 24 November 2020 di KYSM.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DI BAWAH PEMBIAYAAN SENDIRI

  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menduduki Ujian 1 Kemasukan KYSM pada Sabtu 3 Oktober 2020 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak KYSM atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak KYSM. Ujian akan dijalankan secara dalam talian sekiranya pusat peperiksaan tidak dibuka untuk peperiksaan.
  • Calon perlu menduduki Ujian 2 Kemasukan KYSM dan menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 21 November hingga 24 November 2020 atau 25 November hingga 28 November 2020 di KYSM.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN DUA HINGGA LIMA DI BAWAH PEMBIAYAAN SENDIRI

  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah atau menengah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menghadiri Ujian Kemasukan KYSM dan temuduga di KYSM pada 7 Disember atau 14 Disember 2020 atau tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak KYSM.

BORANG PERMOHONAN

SEMUA permohonan kemasukan ke KYSM mesti dipohon secara atas talian di laman web kami melalui pautan admission.kysm.edu.my
Sila pastikan anda mempunyai maklumat-maklumat berikut sebelum mengisi borang permohonan:
  • Butir-butir biasiswa adik-beradik (jika berkenaan);
  • Butir-butir pekerjaan ibu-bapa, termasuk majikan dan gaji bulanan akhir diterima;
  • Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Darjah 5 (untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1);
  • Penglibatan kokurikulum (jika berkenaan).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN UJIAN KEMASUKAN

Tarikh tutup permohonan ujian kemasukan ke Tingkatan Satu untuk tawaran biasiswa adalah pada 1 September 2020.
Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di bawah pembiayaan sendiri adalah dibuka sepanjang tahun dan calon perlu menghadiri ujian kemasukan dan temuduga mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak KYSM.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 06-2263157 (Pejabat Pentadbiran) atau Bahagian Pemasaran di talian 019-2223157 atau e-mel : admin@kysm.edu.my

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. terima kasih Mama. Kak Laili pun ada cucu sedara tahun 6 yang tengah happy takde UPSR hahaha

    ReplyDelete
  2. saya cuma sekarang ini menhantar pergi dan balik cucu ke tadika sahaja... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tentu seronok tengok cucu membesar kan

      Delete
  3. siapalah yang bertuah jadi 2 juta punya visitor tu ek ;)

    ReplyDelete
  4. semoga yang layak akan berjaya memasuki kolej yang berprestij ni kan mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. sgt berprestij tgk yuran pun telan air liur. kalau dpt tajaan mmg beruntunglah si anak

      Delete
  5. Mudah mudahan urusan anak2 yang memohon dipermudahkan...

    ReplyDelete
  6. Semoga mereka yang berjaya dapat peluang ini tak mensia-siakan peluang yang diberikan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sharing ni.. membantu ibu2 di luar sana

    ReplyDelete
  8. antara sek yang berprestij..
    seronoknya kalau dapat masuk KYS ni..

    ReplyDelete
  9. mmg sgt berprestij sekolah ni. good luck buat anak2 yg apply

    ReplyDelete
  10. Wah.. Menarik..
    TQ for sharing kak Adda..

    ReplyDelete
  11. carlissa sophea bt azamJanuary 29, 2021 at 1:22 AM

    yayasan khazanah bistari telah last minute telah menarik diri dari menaja pelajar untuk tahun ini. hingga tarikh hari ini. pelajar telah yang berjaya telah memulakan sessi pembelajaran secara online. manakala pelajar dibawah yayasan daya diri masih menunggu keputusan penilaian.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post