Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, June 19, 2020

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain

Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain. Mari sama-sama baca perkongsian yang bagus ini. Untuk peringan diri mama juga..






Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Orang Lain



عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidak beriman  (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". (Sahih Bukhari, no: 13) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith: 

1.  Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim dengan memuliakan, menghormati dan menyayangi mereka.

2.  Jika kita suka diri mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya mengasihi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Ia adalah tanda kesempurnaan iman.

3.  Jika kita suka memperolehi nikmat dunia kita juga sewajarnya suka agar saudara muslim yang lain juga memperolehinya.

4.  Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

5.  Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini  begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.





6.  Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara” (al-Hujurat: 10)

7.  Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Semoga Allah memberikan kita taufik untuk berkasih sayang sesama saudara kita yang beriman sebagaimana kita suka mendapatkan hal yang sama.

Sumber: 1 Hari 1 Hadis 







Mari sama-sama doakan doa ini. Ramai dikalangan kita yang menghadapi masalah dan beberapa rakan mama pun ada yang sedang diuji dengan penyakit kanser. Salah seorang sedang menjalani chemo start harini, dan seorang lagi pula menjalani pembedahan harini. Mama doakan juga sesiap yang baca ni semoga semua urusan kita dipermudahkan dan semua doa dimakbulkan.. amin..

Allah Ya SalamAllah Ya Sami'Allah Ya HafizAllah Ya Muhaimin..
Jika suatu saat kami hilang harapan & tujuan,
Engkau berikan kami keyakinan bahawa takdir-Mu adalah yg lebih baik..
Jika ada dikalangan ahli keluarga/sahabat kami yang sedang Engkau uji dengan sakit,
Engkau ringankan sakit mereka
Jika ada dikalangan ahli keluarga/sahabat kami yang sedang sedih, Engkau hilangkan kesedihan mereka
Jika ada dikalangan ahli keluarga/sahabat kami yang sedang dalam kesulitan,
Engkau mudahkan urusan mereka
Perkenankan doa kami ya AllahAmeen Allahumma Ameen Ya Mujib

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. Moga ukhuwah sesama kita terus berkekalan.

    ReplyDelete
  3. Terus teringat lagu Raihan - Iman Mutiara.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah perkongsian yang bagus
    semoga ramai dapat ilmu dan manfaat

    ReplyDelete
  5. Semoga memberi kebaikan buat Kita semua

    ReplyDelete

Words of wisdom