Resepi Biskut Tart Nenas Lejen Mak Mertua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, April 21, 2022

Resepi Biskut Tart Nenas Lejen Mak Mertua

Buat julung-julung kalinya mama nak share Resepi Biskut Tart Nenas Lejen Mak Mertua mama. Sejak mama bujang lagi mama dah mula tolong buat biskut tart ni. Biskut tart mak mertua memang menjadi rebutan sedara-mara hatta kawan-kawan opis mama pun berebut beli walaupun harga jualnya memang mahal. Korang akan tau kenapa harga dia mahal lepas tengok Resepi Biskut Tart Nenas  Lejen Mak Mertua. Tak sempat ambil order orang luar, sesama sedara mara pun tak sempat nak buat. Sambil tu baca juga ni:
Kat sini mama share resepi beserta detail yang buatkan biskut tart ni lain dari yang lain..

Resepi Biskut Tart Nenas Lejen Mak Mertua



Rupa tart sebelum dibakar

Sedang dibakar. Bau dia alahaiii..

Bahan-bahan:

1 ketul butter tatura 250g
2 ketul scs pure creamery butter 250g
1 sudu teh garam
2 sudu besar esen vanila
2 biji telur kuning
1 biji telur full
16 ounce tepung naik sendiri (464g)
16 ounce tepung gandum (464g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Jem nenas (resepi korang cari sendiri la ye) 

Cara-cara :

1. Semua tepung di ayak dan dicampur garam
2. Masukkan butter (jgn terlalu lembut dan jangan terlalu keras). Gaulkan dengan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti (as mention by mak mertua)
3. Telur di campur dengan Esen vanila dan pukul dgn garfu tapi jgn sampai terlalu kembang. Campurkan kedalam adunan tepung
4. Tambah soda bikarbonat dan uli sehingga menjadi doh. Boleh tambah sedikit air jika terlalu keras dan tambah sedikit tepung gandun jika terlalu lembut
5. Masukkan tepung ke dalam.acuan dan tambah jem nenas ke atasnya. Hias dengan potongan badam
6. Bakar dengan suhu 175 Celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)

Biskut tart nenas ni luarnya crunchy dan rasa dia sedap sangat. Bau dia memang semerbah sangat, mungkin disebabkan butter yang digunakan ikut branded kat atas. Jem nenas tu pula mama selalu minta makcik di Kluang buatkan. Memang sedap. 


Psst.. OKlah mama copy resepi inti tart nenas dari Aziekitchen ye

Inti Tart Nenas

Bahan bahan:
1 kg parutan nenas - tanpa air
1/2 kg gula pasir
Air nenas
Kayu manis & bunga cengkih
Daun pandan
Pewarna kuning

Cara cara:
  1. Selepas diparut, ditapis dan ketepikan air. Tujuan ditapis adalah untuk mendapatkan berat isi nenas dan menentukan jumlah gula yang digunakan.
  2. Jika parutan agak kasar, bolehlah dikisar seketika dengan menggunakan air nenas tadi menggunakan blender.
  3. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Masukkan sedikit pewarna kuning.
  4. Nyalakan api perlahan dan dikacau sehingga air nenas kering. Inti nenas menjadi berkilat dan tidak melekat di daun pandan.
  5. Bolehlah angkat dan sedia untuk digunakan. Kami gentel inti seberat 8 gram dan dapat menghasilkan 58 biji inti.

Inti
1 mamgkuk isi nenas 
2 mamgkuk gula pasir
Esen vanilla
Blend, Tos nenas, masukkan dlm kuali sampa airi agak kerimg
Masukkan gula Dan esen vanilla

14 comments:

  1. Fav!!!akak suka apa je tart nenas x kisah la bentuk apa..cantik plak bentuk ni...tau awal bleh order..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg tak jual dah kak, makan utk diri sendiri aje pun x cukup haha

      Delete
  2. Feberett ramai tart nenas x kira masa
    tp legendd ni lg la sedapp

    ReplyDelete
  3. Biskut nenas emak Mrs. A pun style macam ni.
    Tapi dah lama dia tak buat sejak oven gasnya rosak huhuhuuuu....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, biskut favourate Kak Mah ni, Kak Mah ambil resipi yer, in shaa Allah nak buat, kalau ada orang nak beli Kak Mah jual yer, Kak Mah nak minta tolong halal kan yer dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, boleh kak mah, kalau ikut sebiji resepi ni mmg boleh dpt tart premium yg rasa dia mmg mabeles tau.

      Delete
  5. Antara kuih raya kesukaan Kak Sue..

    ReplyDelete
  6. wah..tak pernah buat tat nenas sendiri. bolehlah gi beraya rumah mama

    ReplyDelete
  7. nampak pun dah tau sedap ni.. eh atasnya tu badam eh?

    ReplyDelete
  8. uih lagi biskuit rasa nanas
    sedapnya

    ReplyDelete
  9. wahhh guna 2 jenis butter patut laa jadi rebutan

    ReplyDelete

Words of wisdom