Menu Minggu Ke Empat Ramadhan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, May 22, 2020

Menu Minggu Ke Empat Ramadhan

Sudah minggu terakhir ramadhan dah kita.. Huhu sayunya bila kenangkan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita bertemu dengan Ramadhan tahun depan pula. Mama nak share Menu Minggu Ke Empat Ramadhan mama dan family. Memang minggu terakhir ni dah tak tau dah nak makan apa.. Kalau korang tengok menu mama pun dah mula mengarut dah hihi







Hilang idea dan hilang selera dah nak makan apa.. Jom la tengok menu kami ni.. Menu biasa-biasa je

Hari ke 22 - Tak lalu nak makan nasi.maka mama goreng mee aje. Makan bersama ayam ala nandos semalam yang mama alter tambah sos caramel jadi ayam goreng. Makan bersama buah Oren dan kek pisang. Malam moreh puding zebra yang mama buat bersama buah naga. Syafi pula moreh penkek vanilla.

Hari ke 23 - Tak selera nak makan nasi maka mama buat lempeng dan sambal tumis. Ada juga sambal sardin dan nugget tempura untuk anak mama makan dengan nasi bersama ulam timun dan baby tomato. Mama buat air soda herbs dan malamnya kami moreh puding zebra yang mama buat. Kalau ada masa nanti mama share resepi ye..








 Hari ke 24 - Masih tak lalu nak makan nasi. So untuk kali kedua mama masak sambal tumis lagi makan dengan jemput-jemput. 2 hari berturut-turut masak sambal tumis. Last2 malam perut mama pun dah terasa pedih hihi. Ada balance ubi so mama goreng je ubi tu. Buka dengan air kelapa laut MAn Java dan malamnya anak mama yang kelaparan mama masakkan mac n cheese je.

Hari ke 25 - Mama buka nasi dengan ayam masak ungkep bersama sayur timun dan bendi. Minum air sirap selasih. Malamnya kami moreh biskut cornflakes yang mama buat sendiri. Tak sempate nak share resepi biskut cornflake yang sedap abad ini.. Kalau ada masa mama share ye.. Resepi mak mertua


Hari ke 26 - Taknak makan nasi, maka kami buka baked bean aje haha.. makan dengan puding laici, pelam water lily yang sedap dan teh O ais. Malamnya anak mama kelaparan so mama pizza simple aje

Hari ke 27 - Buka nasi bersama asam pedas ikan merah, ikan goreng dan kacang buncis. Buah pelam epal member bagi dan dragon fruit. Moreh kek karamel pelangi yang jiran bagi. Alhamdulillah


Hari ke 28 - Hari paling kesian hihi.. gambar pun tak sempat ambil. Mama balik dari opis agak lewat.  Teringin plak nak makan ayam bawang Khulafa Bistro kat seksyen 14, so mama pergi beli lauk jap bersama air neskapiaq feveret mama kat situ. Dah lebih 2 bulan tak makan mamak tau mama memang ngidam. Pastu jumpa office mate di seksyen 2 sebab dia nak pass barang untuk customer dia yang akan visit esok harinya. Dia cuti so dia minta mama entertain customer. Tengah sedap berborak tetiba teringat air neskapiaq tertinggal kat kedai mamak. Masa tu dah kul 6++. Maka kelam kelibut mama patah balik kedai mamak ambil air neskapiaq haha.. Dah craving nescafe tarik mamak memang kena carik juga. Sampai rumah dah 6.45 terhegeh2 mama masak nasi, setel apa yang patut. Maka, berbuka lah apa yang ada hihi. Makanan beli aje. Tapi mama sempat goreng ayam juga la.

Hari ke 29 - kami buka nasi goreng, lemang bersama rendang ayam dan rendang daging. Mama Ada jugak masak ayam masak kicap. Tu je.. alhamdulillah

Hari ke 30 -  Malam raya, mama akan masak lauk raya bersama-sama kakak. Maka, buka menu raya la kite..

11 comments:

  1. Asam pedas ikan merah tu mengancamnya..

    ReplyDelete
  2. Meriahnya makanan.. Aduhai.. Kita biasa buka satu lauk jerk.. haha..

    ReplyDelete
  3. meriahnya menu mama....semua pun sedap....puding zebra tu dah lama xmakan....

    ReplyDelete
  4. Menu hari ke 29 tu yakni harini mama takde ide nak masak apa huhuu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... lagi sekali tergoda iman singgah kat blog mama ni... sedap2 semua juadah air tgn mama...

    ReplyDelete
  6. semua menarik tau mama even pon xde mama ckp xde selera nak makan, saya yg tengok ni berselera tau hehehe..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sedap2 belaka
    Selamat berbuka puasa.
    Esok dah sibuk buat menu raya pulak

    ReplyDelete
  8. Sedap je rupa dia.

    Jom join ni mama
    https://theninjablogging.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html

    ReplyDelete
  9. semua nampak sedap kak ooi.. apsal lah kita tak berjiran ? hahahaha~ nescaya setiap hari atie hulur mangkuk..

    ReplyDelete
  10. Wah macam macam jenis makanan!

    ReplyDelete
  11. kenang kembali lauk-pauk ramadhan, rindu plak!
    10 ramadhan terakhir tu, aida x share apa2 di blog.
    pause kan diri :)
    lagipun masak biasa2 je. dah takde byk idea hu hu hu hu...

    ReplyDelete

Words of wisdom