Lalamove Mudahkan Shopping Barang Dapur Waktu PKP

Lalamove Mudahkan Shopping Barang Dapur Waktu PKP. Selepas hampir 2 minggu berada dalam perintah PKP aritu maka barang dapur mama pun hampir habis. Mama sebenarnya takut dan malas nak pergi beli barang dapur. Sebab menurut kawan-kawan mama yang membeli di Checkers memang kena beratur panjang ada yang sampai 20 minit. Bila mama bagitau kawan mama yang mama nak pergi sendiri ke Checkers kawan mama bagi tau mama tentang Lalamove ni. Lalamove Mudahkan Shopping Barang Dapur Waktu PKP.








Kawan mama tu dah beberapa kali guna khidmat Lalamove so mama pun rasa yakin juga nak guna khidmat Lalamove. Lalamove ni seperti personal shopper untuk kita dan dia akan pergi kemana-mana yang kita surh dan beli apa yang kita senaraikan. Mudahnya..

Cara Menggunakan Lalamove


Bagi pengguna android macam mama, hanya perlu install apps Lalamove dan register. Mama register guna akaun google aje. Nak register guna FB pun boleh


Sebelum buat order korang kena pilih kenderaan mana yang korang nak. Kalau motor hanya bayar RM4 je dan maximum pembelian adalah RM100 manakala bagi kereta kena bayar RM20 dan maximum pembelian adalah RM200. Mama pilih kereta dan select Buy4U

Pilih kedai/ Lokasi mana nak dia belikan barang, then nak hantar ke mana barang tu. Pastu klik kat schedule boleh pilih hari dgn masa kita nak dia hantar. Letak senarai apa nak beli kat bahagian remark.. Selepas tu Lala move akan pilih driver untuk kita. Kalau dah ada favourite driver korang boleh terus pilih favourite driver korang.

Tengah detect driver

Mula-mula mama dapat driver lelaki. Risau juga nak suruh beli barang dapur. Tapi esok paginya tetiba driver tu cancel.. Then dapat adik ni. Alhamdulillah mama seronok dapat driver perempuan. Selepas dapat tahu siapa driver, Lalamove akan berikan contact nama memasing. So, mama boleh call dia dan dia akan call mama









Alhamdulillah mama dapat driver yang jujur. Dia call mama dulu dan bagitau yang ada kesilapan pada order mama. Sepatutnya mama kena letak s enarai apa yang ingin nak beli di bahagian REMARKS driver.. ooo manalah mama tau.

So, mama letakorder dalam whatsapp je. Walaupun adik ni minta duit advance tapi memang adik ni jujur. Tengok lah antara komunikasi kami melalui gambar whatsapp kat atas ni


Ni la hasil belian mama kat Checkers. Alhamdulillah cukup la untuk seminggu lebih lagi

Keseluruhannya mama memang puas hati dengan Lalamove. Lepas ni mama nak guna lagi la untuk belikan apa-apa. Selain dari beli barang korang boleh juga guna khidmat Lalamove untuk khidmat door-to--door seperti pindah rumah dan buat insuran.. very convenience. Cuma, korang kena hati0hati juga mana tau kena driver yang tak OK. Apapun mama ada tengok kat apps Lalamove kita boleh complaint ke Lalamove jika ada yang tak kena dengan order kita/ driver kita..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. senangnya macam ni mama.. jujurnya orang belikan tu, sampai semua ditanya dulu. Moga diberikan rezeki lebih pada driver ni.. ^^

    ReplyDelete
  2. Senang dan mudah berkomunikasi untuk beli barang. Kalau barang yang nak tiada, boleh cari jenis lain.



    ReplyDelete
  3. Mudah mcm ni, driver pun sporting..

    ReplyDelete
  4. senang ada apps boleh shopping, nak shopping pun seronok bila dapat driver yg sporting dan jujur macam ni.

    ReplyDelete
  5. Dina baru tahu tentang lalamove ni. Dina selalu guna Bungkusit je. Tu pun okay juga. Tapi harga ikut jarak tempat

    ReplyDelete
  6. stakat ni saya x penah panggil Lalamove lagi tapi saya order brownies hari tu seller tu yang guna khidmat Lalamove. barula saya thuuu pasal Lalamove. ingatkan seller je blh panggil rupanya kita pun..

    ReplyDelete
  7. Senang dan mudah kan sekarang. Order barang online saja. Lepas tu tunggu barang sampai depan rumah guna servis penghantaran. Lalamove ni firts time juga dengar

    ReplyDelete
  8. Lalamove Ni nak suruh driverbuat ala pun boleh.. mmg memudahkan kan

    ReplyDelete
  9. ramai gak kawan2 saya recommend guna lalamove ni masa pkp ni. so, kiranya lalamove boleh dipercayai la. insahallah saya akan guna service ni nanti. thanks mamapipie review

    ReplyDelete
  10. Suka kalau dapat PS yang best.. Nak berurusan pun senang dan tak risau kan kak adda..

    ReplyDelete
  11. bagus servis macam ni. paling suka ina beli on9. jimat masa.. bukan mudah nk cari ps jujur

    ReplyDelete
Previous Post Next Post