Zikir Menghindar Musibah

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Diam tak diam harini adalah Jumaat kedua solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan.. Sebenarnya rasa sayu je hati bila lihat rumah Allah sunyi sepi tanpa solat jemaah. Semoga segeralah berlalu ancaman Covid-19. Jom ramai2 Kita solat hajat Selepas zohor harini memohon agar wabak ini segera tamat. Sambil duk rumah  Mari Kita amalakan Zikir Menghindar Musibah








Zikir Menghindar Musibah


عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّات لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ


Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang membaca: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” (HR Abu Daud No: 5088) Status: Hadis  hasan


Kesimpulan hadith:


1.  Muslim dituntut memperbanyak doa dan zikir dalam setiap perkara.

2.  Antara tujuan berzikir dan berdoa ialah untuk memohon perlindungan daripada musibah dan kerosakan.

3.  Antara zikir yang diajar oleh Nabi SAW:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


4.  Sesiapa yang membaca zikir ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi akan dipelihara daripada sebarang mudarat termasuk musibah seperti penyakit merbahaya sehingga ke petang. Sesiapa yang membaca sebanyak 3 kali pada waktu petang dia akan terpelihara sehingga waktu pagi.







Marilah kita mengamalkan zikir ini pada setiap pagi dan petang. Moga kita terhindar daripada sebarang penularan wabak penyakit seperti virus Covid 19.


Sumber :
telegram.me/hadisharian_ikram


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. Sama2 kita berdoa & berzikir..doa itu senjata org Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kita doa Dan solat hajat agar cepat wabak ni berlalu

      Delete
  2. terima kasih mama sebab share. lama nya tak singgah sini ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita berdoa dan berzikir meminta pertolongan Allah.. Semoga Allah permudahkan buat kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua terhindar dari musibah.. terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. semoga wabak covic-19 ni dapat disekang dengan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. Aamin semoga kita dijauhkan segala keburukan, wabak dan kehinaan

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua umat Islam bersolat secara berjemaah di rumahNya sebelum bulan Ramadhan nnti :)

    ReplyDelete
  8. Moga kita semua di bawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  9. rasa nak nangis bah. semoaga Allah beri peluang lagi untuk kita.

    ReplyDelete
  10. Amin sama2 Kita doakan ye...mmg satu je hatindgn keadaan sekeg

    ReplyDelete
Previous Post Next Post