Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, March 20, 2020

Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit

Hadith Mencegah Penyakit Berjangkit. Hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia Dan Hari Jumaat pertama sembahyang Jumaat tak dapat dilaksanakan. Agaknsedih juga kan bila lihat masjid Dan surau sunyi dan sepi dari jemaah. 








Walau apapun sama2 kita doakan agar pandemik Covid-19 Ni dapat segera berlalu. Tentu sekali.ini peringatan dari Allah Dan sama2 kita renungkan..



Mencegah Penyakit Berjangkit


عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا عَدْوَى وَيُحَدِّثُ مَعَ ذَلِكَ لَا يُورِدُ الْمُمْرِضُ عَلَى الْمُصِحِّ


Daripada Ibnu Syihab; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdur Rahman dia mendengar Abu Hurairah RA berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian.' Juga baginda bersabda:  Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”  (HR Muslim No:  2221) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:


1.  Di antara ajaran Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit seperti Covid 19 adalah melalui pencegahan.

2.  Menjadi tanggungjawab setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Bagi yang mengidap sakit yang berjangkit seperti positif Covid 19, perlu  mengelakkan diri dari berada ditempat-tempat awam, seperti masjid, pasar dan lain-lain agar orang yang sihat tidak dijangkiti.








3.  Nabi SAW juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak. Sabda Rasulullah SAW:


 إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ


 “Apabila kamu mendengar (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim no: 2219)

4.  Al-Quran mengingatkan agar setiap kita tidak mendedahkan diri dengan sesuatu yang boleh membawa kepada musibah dan kebinasaan. Hal ini termasuk dalam perkara maqasid syariah iaitu memelihara nyawa. Firman Allah:

لَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ


“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” Surah Al-Baqarah (195)

Setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini.  (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/367). Kebinasaan disini termasuk memelihara nyawa daripada wabak COVID-19.

5.  Bagi mengelakkan penularan wabak virus Covid 19, beberapa langkah perlu sentiasa diambil oleh setiap orang antaranya:


  • Tangguhkan perjalanan ke luar Negara
  • Elakkan berada di tempat tumpuan ramai
  • Tutup mulut ketika batuk @ bersin
  • Kerap cuci tangan
  • Jaga kebersihan diri
  • Ikut arahan KKM dan pihak berkuasa


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor

11 comments:

  1. Alhamdulillah tq share kak Adda..

    ReplyDelete
  2. semoga cepatlah terhapus virus ini

    ReplyDelete
  3. Tq sharing sis. Moga Allah maafkan kita semua dan wabak ini cepat berlalu pergi

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua dilindungi Allah selalu dan semoga virus ini dapat dikekang tak lama lagi.. Terima kasih atas perkongsian Mama..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. ayuh kita ikhtiar..
    semoga virus cepat berlalu pergi..

    ReplyDelete
  7. Harap kita semua patuh akan peraturan untuk mencegah wabak dari terus merebak

    ReplyDelete
  8. Tqsemua Kita berkongsi sama2 ingat mwngingat semoga Kita semua dijauhkan dari malapetaka

    ReplyDelete

Words of wisdom