Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, February 14, 2020

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

Salam Jumaat yang berkah buat semua pembaca mama. Harini mama nak share tentang berbuat baik sesama muslim. Rupanya kita ada tanggungjawab buat saudara seislam kita. Jom baca Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim..











Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih








Kesimpulan hadith:


1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5.  Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

Jadilah kita orang yang bersifat RAHMAH dengan memelihara hak saudara Islam kita yang lain.


Sumber: Telegram 1 Hari 1 Hadis

16 comments:

  1. Yup kalau tak boleh tolong jangan susahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsiaan kak

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, saya dapat ilmu baru harini. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. terima kasih sebab sudi berkongsi hadis pd hari ini...

    ReplyDelete
  5. Subahanallah..hebatnya seorang wanita apabila Allah angkat darjatnya

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian yg sangat2 berguna..
    Alhamdulillah!
    Semoga kita dapat menunaikan tanggungjawab kita sebaik2nya..
    Aamiin!!

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ini, hablumminas nas berbuat baiklah sesama insan..

    ReplyDelete
  8. Peringatan yang bagus kak Adda

    ReplyDelete
  9. Hubungan dengan manusia pun penting untuk dijaga untuk jadi muslim yang baik. Thanks for sharing mama

    ReplyDelete
  10. Amin. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. muslim itu bersaudara. kalau bukan kita yang jaga dan membantu saudara kita siapa lagi yang boleh diharapkan?

    ReplyDelete
  12. terima kasih untuk peringatan ini kak Adda..

    ReplyDelete

Words of wisdom