Jaminan Syurga Buat Insan Prihatin - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, February 28, 2020

Jaminan Syurga Buat Insan Prihatin

Jaminan Syurga Buat Insan Prihatin. Sebagai seorang manusia kita tidak bersendirian hidup di muka bumi ini. Ramai manusia lain di sekeliling Kita. Selain melakukan tanggungjawab rukun Iman Dan rukun Islam kita juga ada tanggungjawab dan ihsan untuk orang di sekeliling Kita. Jaminan Syurga Buat Insan Prihatin










Jaminan Syurga 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih








Kesimpulan hadith:


1.  Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2.  Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.

3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan setiap Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga. 

Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim.

Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.

Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 


8 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian dan peringatan bersama ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ni..

    ReplyDelete
  3. Abu Bakar Sahabat Nabi Yang Mulia Semoga Keselamatan untuk Rasul dan seluruh Sahabatnya

    ReplyDelete
  4. sama samalah kita berbuat kebaikan ..hablumminas nas, hamblumminallah

    ReplyDelete
  5. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

    ReplyDelete
  6. subhanaallah..semoga kita jugak termasuk di kalangan ahli syurga

    ReplyDelete

Words of wisdom