Musibah Penghapus Dosa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, January 31, 2020

Musibah Penghapus Dosa

Sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari musibah dan ujian dari Allah. Tetapi berbahagialah kerana setiap Musibah itu ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Musibah Penghapus Dosa. Moga kita bersabar dengan setiap ujian yang dilalui agar ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.









Musibah Penghapus Dosa









عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin  sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya." (HR Tirmizi No: 2323) Hadis Hasan Sahih.


Kesimpulan Hadith:



1.  Setiap ujian atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.

2.  Al-Baghawi: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau  Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)

3.  Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebagai penghapus dosa. Hadis Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5210) Status: Hadis Sahih



Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor,

10 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ni mama 😁

    ReplyDelete
  2. Setiap ujian atau musibah yang dihadapi oleh orang mukmin sama ada pada dirinya, harta serta ahli keluarganya adalah sebagai pengampun dosa-dosanya.

    Terima kaseh atas perkongsian info ini

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah cuz Allah masih sayangkan kita. Semoga dapat dijauhkan dari istidraj. Aamiin. Nice sharing. <3

    ReplyDelete
  4. Semoga bermanfaat perkongsian mama ni utk kita semua

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak. Bila kita ditimpa musibah kena terima dengan redha sebab itu tanda Allah sayang dan hapuskan dosa2 kita kan

    ReplyDelete
  6. artikel yang menginsafkan..

    moga kita terpelihara dari musibah dan bala dengan banyak beristighfar

    ReplyDelete
  7. Tq semoga Kita jdikan peringatan bersama

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah terima kasih untuk perkongsian ini. :)

    Atul ada tag mama dalam segmen Beeha ya.

    ReplyDelete
  9. aida pun suka percaya bhw - kesusahan kita tu adalah penghapus dosa kecil.
    redha dgn apa yg terjadi.
    sedang ajar diri. then, ajar juga anak2 aida utk terima sesuatu dgn hati yg terbuka.
    semoga Allah kurniakan sesautu yg lebih baik.

    ReplyDelete
  10. sbb dgn musibah kita akan kembali mengingati kekuasaan dan kehebatan Pencipta kita yg sesungguhnya amat berkuasa ke atas kita yakni hamba-Nya

    ReplyDelete

Words of wisdom