Membina Akhlak Yang Disukai Ramai - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, October 25, 2019

Membina Akhlak Yang Disukai Ramai

Membina Akhlak Yang Disukai Ramai. Adakah kita tahu bagaimana pandangan orang terhadap diri kita? Sesungguhnya akhlak yang baik akan mencerminkan pandangan orang terhadap kita. Bagaimana Membina Akhlak Yang Disukai Ramai? Hubungan sesama manusia juga perlu kita jaga, kan. Mari kita baca sama-sama..

Credit pic to mastekno.com

Cara Membina Akhlak Yang Disukai Ramai

1. Sebarkan salam 

Ucapan salam dapat mengikat kasih sayang antara kita. Ia bererti kita mendoakan kesejahteraan orang lain. Berikan salam kepada orang yang kita kenali ataupun tidak kenali. Kita perlu membiasakan amalan ini supaya ia menjadi amalan terpuji. Sesiapa yang pernah ke Madinah semasa umrah pasti merindui sikap penduduknya yang menjadikan amalan menyebarkan salam sesama mereka. (Sumber, blog suka makan jalan)

2. Hidupkan amalan ziarah 

Ini adalah tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat. Amalan berziarah menunjukkan kita prihatin dengan orang lain dan sentiasa mengingatinya. Lebih-lebih lagi ia perlu dilakukan apabila ada individu yang sakit ataupun kematian. Apabila kita ingat orang lain, orang lain akan mengingati kita.

3. Bercakap benar 

Kita lebih disukai dan lebih dipercayai apabila sifat ini ada pada diri kita. Cuba latih diri untuk sentiasa bercakap benar dalam apa jua keadaan. Berkata benar sekali pun ia pahit.

4. Jujur dan Amanah 

Jujur dalam tingkah laku dan amanah dalam pelaksanaan. Jangan sesekali kita mengkhianati amanah yang diberikan. Ingat, kepercayaan orang lain adalah suatu yang mahal. Ia tidak dapat dibeli.

5. Bersikap Bertolak ansur dan Merendah Diri

Tiada insan yang sempurna. Perbezaan pendapat dan sikap adalah hiasan yang menceriakan lagi kehidupan. Namun, sikap bertolak ansur dan merendah diri pelerai segala-galanya. Kita mesti bertegas dalam perkara prinsip, tetapi bertolak ansur dalam perkara cabang.

6. Hulurkan bantuan dalam perkara kebaikan

Ringankan tulang dan hulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Tetapi ingat, tolong-menolong hanya dalam perkara kebaikan, bukan untuk kejahatan dan kemungkaran.

7. Sentiasa menasihati orang lain

Kadang kala manusia tersilap langkah dan tersalah bicara. Semua pasti melakukan kesilapan. Teguran dan nasihat dapat menyedarkan kembali mereka yang alpa. Apabila tanggungjawab ini diamalkan, mereka akan kembali ke pangkal jalan, membetulkan kesalahan dan kita sentiasa di ingatan. Kita juga turut diingatkan apabila tiba masanya nanti.

8. Menunaikan janji 

Janji adalah kalimah yang mudah dilafazkan tetapi manusia sering kali sukar melaksanakannya. Manusia yang mungkir janji dibenci dan tidak dipercayai. Justeru kotakan apa yang kita katakan. Jangan terlalu mudah berjanji apabila tidak mampu menepati.

9. Menzahirkan rasa kasih sayang

Kasih sayang adalah paksi utama pengikat kasih sayang masyarakat. Orang yang dikasihi berasa mereka dihargai dan lazimnya akan dibalas. Jadi, tunjukkan yang kita kasihkan orang lain, kita juga akan dikasihi.

20 comments:

  1. Terima kasih kak, semoga ia memberi manfaat

    ReplyDelete
  2. betul kak, semua sifat positif di atas buat orang suka pada kita, kecuali orang yang memang sukakan perkara negatif

    ReplyDelete
  3. i am still trying and will keep on trying to improve my self and be better.

    ReplyDelete
  4. makin menginjak usia ni rasa makin perlu sangat sangatla kita baiki diri..
    mula dlu dari yang simple kan.. sebarkan salam senyum..
    insyallah =)

    ReplyDelete
  5. insyallah, mempuyai akhlak terpuji ramai orang akan suka pada kita. btw, sy ada tag kak di giveaway.

    https://nurain-syahirah.blogspot.com/2019/10/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete
  6. mudah saja kan nak bina akhlak yg baik.. keep positive je

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg baik mamapipie..tq ya

    ReplyDelete
  8. insy Allah kita amalkan bersama.

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    ReplyDelete
  9. Marilah kita jaga akhlak kita sebaiknya untuk diri kita dan juga orang lain.

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian yang menarik ini

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang menarik. Boleh praktik pada anak anak juga kan

    ReplyDelete
  12. ini jadi pekerjaan yang sangat berat saat ini baik oleh cikgu ataupun oleh orang tua karena adanya media yang gampang diakses dan memberi pengaruh buruk kepada budak kecik

    ReplyDelete
  13. sama-sama kita jaga akhlak. Moga terpelihara :)

    ReplyDelete
  14. Betul sangat mama, satu lagi sentiasa bertanya khabar. Tapi yang ni saya fail nak buat..aduii

    ReplyDelete
  15. Mudah sebenarnya nak bina akhlak pyang disukai.. tq share kak adda..

    ReplyDelete
  16. pandai kaya o bagus mcm mn pun kita kalau akhlak zero mmg akan dibenci org. teringat 1 post kt IG smlm psl org minta kerja. mmg rude sgt. kalau sy x hingin nk layan org mcm tu

    ReplyDelete

Words of wisdom