Countdown Traveloka Sale-abration Promotion Lagi 3 hari

Bulan Ogos adalah bulan paling sibuk bagi mama. Kalau korang perasan mama selalu luah perasaan di bulan Ogos ni lah setiap tahun huhu. Fuh, memang sangat kritikal job di office sampai mama masuk kerja weekend. Bila dah penat sangat mulalah mama Google dan survey tempat-tempat best untuk melancong. Melancong kan boleh release stress. Survey tempat menarik pun boleh release stress tau. Tadi mama ada masuk website Traveloka tiba-tiba ternampak di bahagian promosi sedang Countdown Traveloka Sale-abration Promotion lagi 3 hari. Mama selalu guna Traveloka Dan sememangnya murah. Kalau tempah masa Sale-abration mesti mama boleh dapat harga lagi menarik dan berbaloi -baloi kan.

Phuket, Thailand

(pic credit to melancong.com.my)

Koh Phi Phi (Pulau Phi Phi), Phuket, Thailand yang sangat cantik dengan pasirnya yang putih dan air yang membiru. Mama teringin nak ke sini sebab pulau ni sangat cantik dan terkenal sebab selalu masuk dalam filem. Tadi mama dah tengok di website Traveloka. Murah saja kos penginapan 4 Hari 3 Malam termasuk flight boleh dapat dengan harga RM 500++ satu kepala. Lagi 3 hari lagi mama nak check semula mesti dapat harga lagi murah dengan Traveloka Sale-abration..


Tiger Kingdom Phuket
Tiger Kingdon

Selain dari pulau-pulau yang cantik, banyak lagi tempat menarik di Phuket, Thailand antaranya menikmati rekabentuk bangunan lama Eropah di Bandar Phuket dan beramah mesra dengan harimau belang (ada berani ka..) di Tiger Kingdom. Comel sangat anak-anak harimau mesti seronok kalau dapat pegang seekor dua, kan.


Phuket FantaSea
Phuket FantaSea 
Sumber: Phuket Fantasea

Phuket FantaSea ni nampak best.. ia adalah taman tema kebudayaan dengan 3 jenis tarikan utama iaitu pertunjukan teater kebudayaan Thai, restoran buffet berseni bina Ayutthaya dan Festival Village shopping street. Ketiga-tiga tarikan ni memang semuanya favourite mama.


Traveloka Sale-abration Online Promotion

Ni lah gambar promosi yang mama nampak tadi. Promosi travel terbesar secara online. 

Traveloka Sale-abration ni merupakan promosi / deals include flight, hotels,experience dan airport transfer. Dengan kesibukan mama, nampaknya Matta Fair Online Promotion macam ni sangat membantu mama untuk cari hotel dan flight dengan harga yang mampu bayar. Tak perlulah mama bersusah payah. Semuanya hanya di hujung jari je. 

Mama selalu buat survey di website dan apps Traveloka untuk tiket dan harga penginapan yang murah. Traveloka memang pilihan mama sebab selepas buat carian, dia akan senaraikan pilihan harga di apps / website berlainan. Dengan cara tu lah mama selalu dapatkan harga yang murah. Seronok sangat bila dapat berjalan dan berjimat. Dengan adanya Traveloka Promo Flights tak payah kita masuk website flight provider satu-satu untuk lihat harga. Semua dah all-in-one je. 

Tempoh Promosi Traveloka Sale-abration 

Promosi ini bermula dari 26 August hingga 27 September 2019. Ada tempoh sebulan untuk survey dan compare harga. Mungkin inilah masanya untuk rancang percutian keluarga hujung tahun atau percutian untuk tahun depan. Dengan adanya carian Flight + Hotel lagi mudah nak memilih flight dan hotel yang diingini. Homestay tak pasti pulak.


Antara pilihan Flight + Hotel ke Phulet, Thailand. Malindo Air harga tiket flight paling murah dan harga hotel tertera seperti dalam screenshot mama. Harga paling murah hotel + flight bermula RM400++ satu kepala untuk 3 malam. Siap ada option kalau nak include breakfast. Kalau mama book selalunya mama akan pilih yang ada breakfast sekali.


Kalau nak tukar flight lain pun boleh. Ada MAS, Scoot, SilkAir dan pelbagai pilihan lain. Pilihlah flight mana yang korang suka tapi mungkin ada tambahan untuk harga tiket lah nanti.


Bila cerita tentang makan angin ni automatik pula rasa hilang stress mama. Belum lagi pergi melancong. Alahai seronoknya kalau dapat pergi melancong lagilah hilang stress tu. So, korang kalau rasa stress tu bolehlah cuba masuk website Traveloka usha Sale-abration dan countdown bersama-sama mama. Hanya beberapa hari je lagi. Tak sabar pula nak tunggu hihi...

Destinasi impian korang ke mana? Jom lah share kat sini.




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Yeay..jom skodeng Traveloka..mesti ada benda best...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Rasanya berbaloi sebab time xde Sale-abration pun Ada yg mmg murah

      Delete
  3. Destinasi impian saya kalau di Malaysia ialah Kundasang, Sabah. Tak pernah lagi sampai ke negeri Sabah. Sarawak dah pernah pergi sekali. Kalau oversea pula, teringin nak ke UK, Australia & New Zealand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun sama gak lamanfah teringin nak ke kundasang.. jom pi sama2 hehe

      Delete
  4. wowwww sale besar-besaran cenggini haaa

    ReplyDelete
  5. Kak laili teringin nak pergi Bangkok lagi. Pertama kali sampai dulu tak puas jalan-jalan kejap sangat 😅

    ReplyDelete
  6. abe kie cuma mampu naik bot tambang menyeberangi Sungai Golok utk ke Thailand. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  7. Cantik pulak phuket ni kak. Rasa nak ke sini pulak. Boleh ushar guna traveloka lah nanti.

    ReplyDelete
  8. holiday!!!
    kena klik klik traveloka lah ni...

    ReplyDelete
  9. Hadoi.. menarik betul promosi Traveloka ini.. memang berbaloi nie..

    ReplyDelete
  10. yang ditunggu2 oleh kaki-kaki jalan hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post