Semarakkan Silaturahim dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Friday, June 14, 2019

Semarakkan Silaturahim dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah

Semarakkan Silaturahim dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah



Bulan Syawal ini adalah bulan yang sangat sesuai untuk kita merapatkan lagi Silaturahim dan Ukhuwah ke jalan Allah. Inilah masanya untuk kita berkunjung dan bertanya khabar sanak saudara dan sahabat handar agar hubungan sentiasa terjaga. Mari baca hadith ini:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,
"Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' 

Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' 

Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' 

Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' 

Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.'*_ (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih

Kesimpulan hadith

1.  Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas.

2.  Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah.

3.  Ziarah dan kunjungi saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah.

4.  Marilah kita saling mengunjungi  sanak saudara dan sahabat handai khususnya di bulan Syawal. Tidak perlu kita menunggu rumah terbuka.  Carilah ruang masa menziarahi saudara-mara, kerabat dan sahabat kita sebagai tanda kita mengasihi mereka.

5.  Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram


15 comments:

  1. bulan ni sangat sesuai kita berkunjung2 sambil mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dana.. inilah alasan utk kunjungi mereka kan

      Delete
  2. bulan ramadhan dan syawal adalah peluang keemasan untuk mengeratkan silaturahim...great sharing...thank you. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. hendaklah berpesan2 dgn kebenaran n kesabaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul abam sentiasalah kita ingat mengingat

      Delete
  4. sy sedih tgk seorg sedara sy ni skrg... hanya kerana Whatsapp, masing2 bermasam muka... raya pun x dtg rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kenapa tu.. jgn ambil hati sgt dgn sedara2 ni tapi tu la kan kena berjaga2 tulis dlm whatsapp takut ada yg sentap

      Delete
  5. Alhamdulillah. raya kali ni dapat melawat ramai sedara mara walaupun cuti kejap je

    ReplyDelete
  6. dengan asbab raya la, kita dapat bersilaturrahim kan.

    ReplyDelete
  7. Semoga silatulrahim tidak putus angkara dengki. :). Selamt hari raya kak

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya buat mama sekeluarga.

    Mari kita raikan lebaran dgn saling kunjung mengunjung. Moga beroleh rahmat dari-Nya.

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya...marilah sama2 ...menyambung ukhwah dlm berblog sambil bertukar ilmu

    ReplyDelete
  10. Salam mama

    Tag https://belogsjm.blogspot.com/2019/06/segmen-kad-raya-2019-nanienacom.html

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya salin mengeratkan silaturrahim namun Sha melihat di depan mata saudara-saudara MIL melayan acuh tak acuh je MIL.. nampak MIL sangat terasa.. Makin pelik perangai manusia sekarang.. Tak tahulah..

    ReplyDelete

Words of wisdom