Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, February 23, 2021

Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap

Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap. Mee Kari ni mama.dan adik2 masak Masa kami kat kampung dulu. Masa tu semua ada maka bergotong royong lah memasaknya. Alahai lama ya tak balik kampung rindunya dengan Muo. Insya Allah kalau ada rezeki dapat juga mama berkumpul sesama adik beradik yang lain. Sini mama nak share Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap. 







Baca ni juga:


Mee Kari Simple tapi Sedap


Resepi Mee Kari Simple Dan Sedap 


Bahan-bahan :

Untuk hiasan di hidang:
  • 2 bungkus mee kuning dibasuh dan ditoskan
  • Taugeh
  • Hirisan cili merah
  • Tauhu goreng
  • Bawang goreng
  • Telur Rebus
Bahan-bahan kuah kari:

Bahan menumis:
  • 1 cawan mintak masak
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Bahan dikisar:
  • Sebiji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia dihiris
  • 2 batang serai 
  • 2 sudu besar cili kisar
Bahan dimasukkan dalam kuah kari:
  • 1 senduk rempah kari daging & 1 senduk rempah ikan 
  • 1 kotak saiz sederhana santan
  • 1 keping asam keping
  • Ayam (potong kecil)
  • Sebungkus Fishball (dipotong dua)
  • Sebungkus Fish cake (dipotong nipis)
  • Udang (buang kulit)
  • Stok air udang (dibuat dari 1/2 kg udang yang sudah diambil isi. Kulit serta kepala udang direbus dengan 2 cawan air dalam 10 minit. Kisar kesemuanya dan tapiskan ambil air sahaja)
  • Isi Kerang
  • 5 biji kentang dipotong kecil

Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak masak dan tumis daun kari dan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar sehingga kekuningan.

2. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga agak garing. Pastikan api jangan terlalu kuat utk elakkan rempah kari dari hangus.

3. Masukkan air stok udang dan dan kesemua bahan mee kari seperti ayam, fishball, fishcake, isi kerang dan udang. Masakkan sehingga mendidih. 

4. Masukkan santan kotak dan tambah air ikut kepekatan yang diingin. Perasakan dengan gula dan garam.

5. Siap, sedap dimakan dengan sambal kicap juga ni. 


14 comments:

  1. Replies
    1. tak juga NA, mee kari versi sukati aje ni hihi

      Delete
  2. saya tak pernah jadi bila buat mee kari..ada je rasa yang terkurang..fail betul la haha

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba resepi mama :)
    sedap mee kari..dulu shida xberapa mkn sejak2 kawen ni husben ajar mkn udah jd fav juga hehee ^_^

    ReplyDelete
  4. Dah lama plan nk buat mee kari tapi tak buat buat lagi.. Sedapnya.. Fave sangat ni. Lagi lagi ada kerang..

    ReplyDelete
  5. Lama x makan mee kari..version akak mesti ada kerang...baru meletop mee kari tu

    ReplyDelete
  6. Kalau ana wajib ada perahan limau..buang muak kari tu. Tp lps tu siap lah. Bermangkuk menambah. Ahha.

    ReplyDelete

Words of wisdom