Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Thursday, June 27, 2019

Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api. Masakan simple dan sedap especially jika ikan tu fresh. Memang la terangkat. Jom tengok Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api.

Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:

3-5 potong ikan jenahak
500ml santan
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk

Bahan di kisar:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
10 tangkai cili padi

Cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga air hampir kering.
2. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan hingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ikan. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan daun kunyit dan masak sehingga ikan masak. Tutup api dan siap untuk di hidang.




15 comments:

  1. Saya suka ikan jenahak...masak asam pedas pun sodapp

    ReplyDelete
  2. ikan jenahak tu msk apa pun sedap, mak dana biasa masakkan kari jenahak pun layan betul...

    ReplyDelete
  3. Wowwww sedapnyaaa...terus terasa-rasa dek anak tekak ni haaaaa

    ReplyDelete
  4. aduhhhh sedap sangat niiiii mamapp!

    ReplyDelete
  5. sedap tu...fav juga tp biasa guna ikan tenggiri

    ReplyDelete
  6. makan bertambah-tambah ni...hihi..

    ReplyDelete
  7. sedap tu. suka ikan jenahak :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya masak lemak cili api!

    ReplyDelete
  9. masa di asrama sek dulu setiap minggu mkn nasi lauk ayam masak lemak cili api. hmmm..skrg ni nk try masak ikan jenahak la plak..

    ReplyDelete
  10. ikan jenahak ni sodapp sangat. goreng kunyit macam biasa pun sedap hahaha

    ReplyDelete
  11. Jenahak masak lemak pasti sedap

    ReplyDelete
  12. Sedapnya!! Terliurrr weh kecur air liur

    ReplyDelete
  13. Masak lemak sedap apalagi jika guna ikan jenahak.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. Saya suka masak lemak macam nie.. memang bertambah kalau makan..

    ReplyDelete
  15. jenahak ni memang ohsem.
    masak lemak.
    asam pedas.
    kari.
    semua ya Allah, sgt sedap!

    ReplyDelete

Words of wisdom