Ariq Azhafi Aka Timeboy - Autisme Bukan Penghalang Untuk Berjaya Dalam Bidang Muzik

Ariq Azhafi Aka Timeboy - Autisme Bukan Penghalang Untuk Berjaya Dalam Bidang Muzik. Setiap manusia Allah jadikan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Hanya insan terpilih yang Allah akan berikan ujian buatnya. Tentunya ujian yang diberikan Allah hanya untuk mereka yang mampu mengharunginya. Samalah seperti adik Ariq Azhafi ni. Sebagai seorang yang menghidap Autism, ianya bukan satu halangan baginya untuk terus maju memperbaiki diri dan seterusnya berjaya di dalam Bidang Muzik. Ariq Azhafi Aka Timeboy - Autisme Bukan Penghalang Untuk Berjaya Dalam Bidang Muzik


Bagi yang belum mengenali adik Ariq Azhafi ini. Mari mama cerita sedikit tentang beliau.  Nama penuh adik Ariq Azhafi adalah Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun tahun ini (2019). Dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor (orang kampung mama ni). Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Gambar Ariq semasa kecil. gebu gebas..

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? 

Kenapa ye ensem boy Ariq digelar TimeBoy? Rupanya kerana dia jarang bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. 

Comelnya Ariq Masa baby

Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau. 

Faktor Yang Mendorong Ariq Untuk Berjaya

Apakah dorongan yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. 

Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 


Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


Lagu “Kita” Sebagai Tiket Ariq Untuk Buktikan Bakat Nyanyian


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. 

Mama dah lihat music video lagu Kita. Mama suka pada lirik yang sungguh memberikan inspirasi. Sedap suara Ariq. You can go further Ariq. Kalau nak lihat video boleh klik sini;


"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya. Besar makna pada lagu ni, kan!

Ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :


"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini. 

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka. 



Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya. 

Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆 

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."



All the best Ariq, mama doakan semoga Ariq terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang Ariq pilih. You have proven you can do anything you want dear. Good Luck!!

Media Social Ariq Azhafi

Kalau korang nak follow Ariq boleh follow media social Ariq Seperti di bawah:
Instagram
Facebook

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Kalau tak diberitahu dia autisme mesti ramai yang ingat dia normal.
    Semoga Ariq terus maju jaya dalam bidang muzik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan.. Ariq mmg hebat dia berjaya jadi penyanyi dah

      Delete
  2. Budak autism ni Allah kurniakn mereka creative, sebab merka melihat dunia lain dr orang lain, it gift from Allah, and ada kelebihan yang Allah selitkan pd mereka

    ReplyDelete
  3. Bertuah ariq dapat parents yang banyak beri dorongan positif. Tak menghalang minat ariq dlm muzik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. family memainkan peranan penting kan.. tahniah buat ibu ayah dan family Ariq

      Delete
  4. Kalau tak diberitahu dia Autisme, org mesti tak tau..coz he look normal..ensem plak tu..hehe..all the best ariq dlm bidang yg diceburi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mmg ensem.boy Ni nampak normal je. Insya Allah Ada rezeki dia Dlm bidang Muzik

      Delete
  5. Alhamdulillah, semoga terus berjaya ye. Nampak sempurna kan kalau tak bagitau memang taktau dia autisme ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post