Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Saturday, May 25, 2019

Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap. Lauk ni sedap dibuat berbuka puasa. Tak tau kenapa tapi mama sekeluarga tahun ni suka masakan kicap pula. Syafi pula tetiba suka makan sambal sardin yang mama masak. Tak pernah-pernah dia makan sambal dan tak pernah dia makan sardin. Apapun alhamdulillah setiap kali mama masak walupun simple habis sepinggan dimakannya. Kalau sambal sardin dia makan 2 pinggan haha.. Jom mama share kan Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap.

Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap


Resepi Daging Masak Kicap Simple dan Sedap

Bahan bahan:
250g daging lembu - dipotong dan dilumur serbuk kunyit dan sedikit garam
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar kicap manis
2 batang cili merah
1 biji bawang besar - hiris

Bahan-bahan di kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara cara memasak: 
1. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng sebentar dan masukkan air. Rebus sehingga daging hampir empuk dan air hampir kering. Kemudian keluarkan daging.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, dan tumis bahan kisar dan bunga lawang serta kayu manis. Tumis sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.

4. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, boleh tambah air lagi.

5. Masukkan kicap manis, bawang besar dan cili merah. Kaup balikkan sehingga kepekatan kuah kicap yang diingin tercapai.

Siap!

15 comments:

  1. Sedap juga daging masak kicap kan mamapp.

    ReplyDelete
  2. Stok daging ada...boleh masak la daging masak kicap..menu kegemaran keluarga PC juga ni..lauk yang mudah dan susah basi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC..sedap pun sedap Kan. Mama bulan puasa Ni dah 2 botol kicap dah abis

      Delete
  3. Kat rumah nie pun memang suka daging masak kicap.. kadang depa balut dalam salad pastu makan gitu ja Adda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow sedap tu kak mcm wrap gitu kan.. sesuai utk diet juga kan

      Delete
  4. ok dah tau nak jenguk blog mana kalau nak cri menu nnt hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak gayanya kena beli daging jugalah petang ini.. cam sedap je berbuka makan daging masak kicap.. bookmark dulu resepi mamapp ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung2 puasa Ni mmg dh xde idea nak masak APA Kan sha

      Delete
  6. Makk aii sedapnyaa..peberet kita ni kalau resepi daging-daging ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Raya lagi la macam2 Daging Ada nanti

      Delete
  7. Rindu masakan mak, daging masak kicap..

    ReplyDelete

Words of wisdom